Cara Langgan Astro First Best

Jika Anda sedang mencari panduan tentang cara langgan Astro First Best, maka artikel ini adalah untuk Anda. Astro (MYX: ASTRO) ialah penyedia televisyen satelit dan radio berbayar pertama di Malaysia, tetapi telah berkembang ke Brunei dan Indonesia, di bawah pengurusan All Asia Broadcast Centre (ABC) yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pada mulanya, Astro mula bersiaran pada tahun 1996 dengan hanya menawarkan 50 saluran televisyen dan juga 5 saluran radio.

Perkhidmatan Astro menggunakan model pakej langganan harga dan biasanya digunakan oleh sistem perkhidmatan televisyen berbayar lain di mana saluran televisyen dikumpulkan ke dalam pakej tertentu (sama ada pakej asas atau premium) yang perlu dibayar oleh pelanggan pada setiap bulan.

Jika Anda berminat untuk menggunakan perkhidmatan Astro, maka Anda perlu tahu cara melanggan. Di kesempatan ini, kami akan cuba kongsikan panduan cara langgan Astro First Best (On Demand) untuk Anda.

cara langgan astro first best

Apa Itu On Demand Astro First Best ?

On Demand ialah cara baharu untuk menikmati TV Anda. Dengan PVR Anda disambungkan, pada bila-bila masa Anda boleh memuat turun (download) dan menonton kandungan terbaharu yang Anda inginkan.

Untuk mengakses perkhidmatan On Demond, sila ikuti langkah di bawah:

  1. Tekan butang Home pada alat kawalan jauh (remote) Astro.
  2. Kemudian pilih On Demand.
  3. Sila pilih dan tonton rancangan TV yang Anda inginkan bila-bila masa Anda mahu.

Nota:

– On Demand Astro Percuma* untuk pelanggan dengan PVR yang disambungkan ke Wi-Fi.

-Anda juga boleh menonton filem blockbuster secara bayar setiap tontonan.

Apa Beza Astro Best dan Astro First Channel?

Astro first dan Astro best mempunyai beberapa perbezaan seperti yang diterangkan di bawah.

A. Astro First

cara langgan astro first best (astro first)

Merupakan perkhidmatan daripada Astro untuk filem tempatan seperti Ejen Ali, Upin Ipin, Keris Siamang Tunggal, Bisik Pada Langit, Ola Bola, filem Korea dan lain-lain.

Bagi Anda peminat filem Malaysia yang tidak berkesempatan ke pawagam, Anda boleh menontonnya menerusi Astro First.

Senarai saluran penuh adalah seperti di bawah:

  • 478
  • 483
  • 485
  • 488
  • 489
  • 491
  • 492
  • 493

Baca juga: Panduan cara check nombor akaun Astro, jika Anda terlupa nombor akaun Astro.

B. Astro Best

cara langgan astro first best (astro best)

Merupakan khidmat Astro untuk filem tempatan seperti filem Hollywood yang sering box-office. Peminat filem seperti The Avengers, Hunger Games, Spiderman dan macam-macam lagi tajuk yang juga tidak berkesempatan ke pawagam bolehlah menonton di Astro Best.

Cara Langgan Astro First Best

Sangat mudah untuk cara langgan Astro First Best. Sila ikuti langkah seperti di bawah:

  1. Sila Anda masuk ke salah satu channel yang dimahukan, channe 481 untuk Astro Best dan 480 untuk Astro First.
  2. Kemudian pilih filem yang mahu Anda tonton, kemudian tekan butang biru untuk membeli.
  3. Seterusnya ketik arahan yang tampil di skrin TV Anda dan hantar ke 32999. Setelah itu Anda akan terima SMS pengesahan dari Astro.

Baca juga: Cara bayar redONE guna CIMB Clicks.

FAQ’s Astro

Soalan-soalan lazim mengenai Astro:

1. Saya Cuba Buka Saluran 480 (Astro First) Tetapi tiada yang Keluar?

Jawab: Cuba Anda tengok line jugak, pastikan line Anda OK. Lalu cuba balik balik.

2. Lebih Kurang Berapa Lama Kita boleh Menonton Filem Terakhir (Ulang) yang Kita Langgan?

Jawab: Filem akan di ulang ulang selama 48 jam.

3. Saya Sudah Ikut Arahan diatas tapi Tidak ada Filem Tayang?

Jawab: Cuba tengok terus. Jika masih ada sebarang masalah, sila call Astro Customer Service:

  •  General Line: 03 9543 3838.
  •  NJOI: 03 9543 8100.
  •  IPTV: 03 9543 1543.

4. Line Manakah yang Dibolehkan untuk SMS Astro?

Jawab: Sila Anda gunakan Maxis, Celcom dan Digi.

5. Mengapa Memuatkan (Loading) Astro First/Best lama?

Jawab: Perkara ini memang sering terjadi, jadi bersabarlah dan Anda akan dapat melakukannya kemudian.

6. Beli Filem Caj Sekali Sahaja Kan?

Jawab: Ya, caj sekali sahaja.

Itulah panduan dan cara langgan Astro first best yang boleh kami kongsikan dengan Anda.