Cara Mohon Moratorium Bank Islam

Sebagai maklumat yang perlu Anda ketahui, selain moratorium Maybank dan moratorium Bank Rakyat, rakyat Malaysia juga boleh memohon moratorium Bank Islam.

Oleh sebab itu, di kesempatan ini, kami akan cuba berkongsi dengan Anda panduan cara mohon Moratorium Bank Islam atau bantuan pembayaran Recovery daripada Bank Islam khususnya untuk pelanggan individu.

Semasa PKP 3.0, permohonan moratorium Bank Islam adalah sangat sesuai untuk individu yang mempunyai pinjaman peribadi, pinjaman kereta dan pinjaman perumahan dengan Bank Islam.

Dan berikut adalah panduan lengkap tentang cara mohon moratorium Bank Islam yang boleh Anda ikuti.

Cara Mohon Moratorium Bank Islam

Syarat Kelayakan

Bagi Pelanggan Individu Bank Islam.

Pra-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • Akaun pembiayaan pelanggan yang diluluskan pada atau sebelum 30 Jun 2021;
  • Akaun pembiayaan tidak tertunggak melebihi 90 hari dan tidak diklasifikasikan sebagai pembiayaan tidak berbayar pada tarikh permohonan lengkap diterima.
  • Pelanggan bukan seorang yang bankrap.

Kriteria

Terdapat dua kriteria pakej bantuan Bank Islam yang ditawarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

A. Kriteria 1

Termasuk dalam kriteria 1 ialah pelanggan yang diberhentikan kerja pada tahun 2020 dan 2021 (termasuk individu yang sebelum ini bekerja sebagai pekerja kontrak atau bekerja sendiri dan belum bekerja pada tarikh permohonan).

Pakej Bantuan/Moratorium Bank Islam yang Ditawarkan Sepanjang Tempoh PKP 3.0 adalah seperti berikut:

  • Penangguhan pembayaran balik ansuran bulanan selama tiga (3) bulan; atau
  • Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama enam (6) bulan.

B. Kriteria 2

Termasuk dalam kriteria 2 ialah potongan gaji (gaji pokok/komisyen/elaun tambahan/elaun lebih masa) pada tahun 2020 dan 2021.

Pakej Bantuan Bank Islam yang Ditawarkan Sepanjang Tempoh PKP 3.0 adalah seperti berikut:

  • Pengurangan pembayaran balik bulanan sepadan dengan pengurangan pendapatan selama 6 bulan.

Kriteria Lain yang Dipertimbangkan:

  • Cuti Tanpa Gaji pada tahun 2020 dan 2021.
  • Suami / Isteri yang kehilangan pendapatan (Bagi pembiayaan bersama dan bukan bersama) pada tahun 2020 dan 2021.
  • Bekerja sendiri – Perniagaan terkesan pada tahun 2020 & 2021 dan masih beroperasi.
  • Bekerja Sendiri-Perniagaan terkesan dan telah ditutup pada tahun 2020 dan 2021.

Bagi kriteria yang dinyatakan di atas, pelanggan akan ditawarkan pakej seperti penangguhan sementara ansuran bulanan atau pengurangan ansuran bulanan mengikut pengurangan pendapatan tertakluk kepada penilaian dan kelulusan Bank.

Baca juga: Cara Daftar Bank Islam Online.

Cara Mohon Moratorium Bank Islam

Terdapat dua cara mohon moratorium Bank Islam yang Anda boleh cuba iaitu secara manual di pejabat cawangan Bank Islam dan secara online.

A. Cara Mohon Moratorium Bank Islam Manual

Untuk cara mohon moratorium Bank Islam secara manual, ia boleh dilakukan melalui cawangan Bank Islam dengan mengisi Borang Permohonan Program Prihatin Bersasar.

Sila Anda kunjungi cawangan Bank Islam berhampiran. Untuk senarai cawangan Bank Islam boleh rujuk di sini.

B. Cara Mohon Moratorium Bank Islam Online

Cara mohon moratorium Bank Islam secara online, berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Layari laman web Permohonan Bantuan Bayaran Pemulih Bank Islam di https://vao.bankislam.com.my/ppb/
  2. Seterusnya, Anda kini berada di laman e-Borang Bank Islam.
  3. Ada dua pilihan:
    • Bantuan Pembayaran Pemulih (Bagi Pelanggan Individu).
    • Penukaran Baki Kad Kredit-i Bank Islam.
  4. Sila Anda pilih Bantuan Pembayaran Pemulih (Bagi Pelanggan Individu).
  5. Kemudian, tekan butang Hantar.
  6. Lalu, masukkan Maklumat Terkini Pelanggan seperti dipinta.
    Nama Penuh.
    No. Kad Pengenalan/No. Pasport.
    No. Telefon Rumah.
    No. Telefon Pejabat.
    No. Telefon Bimbit.
    Alamat E-mel.
    Pakej yang Tersedia:
    ° 6 Bulan Moratorium.
    ° Pengurangan sebanyak 50% ansuran bulanan selama enam (6) bulan.
    Tarikh Efektif Pakej yang Dipohon:
    ° Bulan ini.
    ° Bulan hadapan.
    No. Akaun Pembiayaan #1.
    Jenis Pembiayaan:
    ° Pembiayaan Perumah.
    ° Pembiayaan Peribadi.
    ° Pembiayaan Kendaraan.
  7. Sekiranya Anda mempunyai lebih dari satu akaun pembiayaan, sila masukkan nombor akaun seterusnya.
  8. Isikan semua maklumat sehingga selesai.
  9. Kemudian, tekan butang Seterusnya.
  10. Setelah itu, Anda kini berada di bahagian Maklumat Kaji Selidik.
  11. Sila Anda jawab soalan yang diberi.
    • Sila Nyatakan Sebab Anda Memohon Program Moratorium 2.0:
    ° Kategori B40 – Berdaftar/Penerima BSH/BPR.
    ° Kehilangan Pekerjaan.
    ° Cuti Tanpa Gaji.
    ° Pengurangan Gaji Bulanan.
    ° Pengurangan Ketara Pendapatan Bulanan Isi Rumah.
    ° Pengurangan Ketara Pendapatan/Aliran Tuani Perniagaan.
    ° Perniagaan Terkesan dan Ditutup – Bagi Pekerja/Berniaga Sendiri.
    ° Pendapatan Tidak Terjejas – Bagi Bekerja/Berniaga Sendiri.
    • Industri Pekerjaan Anda:
    ° Pelancongan, Penginapan/Perhotelan dan Perkhidmatan Makanan.
    ° Pemborongan, Peruncitan dan Pembaikan Motor.
    ° Profesional, Santifik dan Teknikal.
    ° Pembinaan.
    ° Infrastruktur.
    ° Pembuatan/Pengilangan.
    ° Pengangkutan, Logistik dan Penyimpanan.
    ° Aktiviti Hartanah.
    ° Pendidikan.
    ° Penerbangan & Industri Berkaitan Penerbangan.
    ° Kewangan/Perbankan.
    ° Pertanian/Perladangan/Perikanan.
    ° Maklumat, Komunikasi & Teknologi.
    ° Perlombongan & Pengkuarian.
    ° Minyak & Gas.
    ° Sektor awam.
    ° Undang-undang.
    ° Lain-lain.
    • Pendapatan Bulanan Isi Rumah:
    ° Di bawah RM2,000.
    ° RM2,001 – RM4,000.
    ° RM4,001 – RM8,000.
    ° MELEBIHI RM8,000.
  12. Kemudian, tekan butang Seterusnya.
  13. Lalu, lihat Captcha seperti yang terpapar.
  14. Sila Anda masukkan paparan Captcha tersebut di ruangan Pengesahan Perkataan.
  15. Kemudian, klik Soalan-saolan Lazim (FAQ) (Sila tekan di sini untuk butiran lanjut).
  16. Jika Anda tidak klik, Anda tidak boleh meneruskan permohonan moratorium Bank Islam ini.
  17. Seterusnya, sila baca soalan lazim (FAQ) tadi dengan teliti.
  18. Seterusnya, Tick di bahagian ini:
    Saya dengan ini, mengisytiharkan bahawa.
    Saya memahami bahawa.
  19. Setelah itu, tekan butang Seterusnya.
  20. Setelah itu, Anda kini berada di bahagian Ringkasan Maklumat.
  21. Semak semua maklumat yang berkaitan:
    Nama Penuh.
    No. Kad Pengenalan/No. Pasport.
    No. Telefon Rumah.
    No. Telefon Pejabat.
    No. Telefon Bimbit.
    Pakej yang Tersedia.
    Tarikh Efektif Pakej yang Dipohon.
    Email.
    No. Akaun Pembayaran #1.
  22. Kemudian, tekan butang Hantar Permohonan.
  23. Tahinah! Cara mohon moratorium Bank Islam secara online telah selesai.

Baca juga: Cara Check Baki Bank Islam Online.

Semakan Permohonan Moratorium Bank Islam

Sehingga kini masih tiada maklumat berkaitan sama ada boleh menyemak kelulusan permohonan moratorium Bank Islam secara online atau tidak.

Maklumat Lanjut Berkaitan Cara Mohon Moratorium Bank Islam

Sila hubungi Pusat Perhubungan (Contact Center) di talian di bawah, jika Anda menghadapi masalah atau mempunyai soalan mengenai moratorium Bank Islam:

  • Contact Centre: 03- 26 900 900.
  • General Line: 03- 2088 8000.

Masa operasi adalah seperti berikut:

Waktu OperasiPenerangan
9 pagi – 6 petangIsnin – Jumaat
24 jamPerkara- perkara urgent seperti kehilangan atau kecurian kad

Atau menerusi laman sosial Facebook Bank Islam di sini.

Akaun Facebook Rasmi Bank Islam
Akaun Facebook Rasmi Bank Islam

FAQ’s

Soalan-soalan Lazim Cara Mohon Moratorium Bank Islam atau Bantuan Pembayaran Pemulih untuk Pelanggan Individu.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan bantuan moratorium dalam Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan baru-baru ini?

Jawab: Seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 28 Jun 2021 di dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), program moratorium diperkenalkan bagi membantu pelanggan yang masih terus terkesan akibat pandemik Covid-19.

2 Siapakah yang layak untuk memohon program ini?

Jawab: Pelanggan individu dari semua kategori (B40, M40 dan T20) layak memohon untuk program ini.

3 Adakah program ini bersifat automatik?

Jawab: Tidak, pelanggan perlu memohon untuk menyertai program ini.

4 Apakah pra-syarat kelayakan untuk permohonan program ini?

Jawab: Pra-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

a) Akaun pembiayaan pelanggan yang diluluskan pada atau sebelum 30 Jun 2021;
b) Akaun pembiayaan tidak tertunggak melebihi 90 hari dan tidak diklasifikasikan sebagai pembiayaan tidak berbayar pada tarikh permohonan lengkap diterima.
c) Pelanggan bukan seorang yang bankrap.

5 Apakah pakej yang ditawarkan di bawah program ini?

Jawab: Pakej yang ditawarkan (tertakluk kepada kelayakan seperti yang dinyatakan di soalan terdahulu) adalah seperti berikut :

a) Penangguhan pembayaran ansuran bulanan selama enam (6) bulan; atau
b) Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama enam (6) bulan.

Baca juga: Cara Transfer Bank Islam ke Bank Islam Online.

Itulah tadi maklumat mengenai cara mohon moratorium Bank Islam yang boleh kami kongsikan untuk Anda.