Cara Mohon Pinjaman Peribadi AEON

Di Malaysia pinjaman peribadi AEON yang paling popular adalah AEON iCash, karena tak bercagar dan perlu diketahui bahawa AEON iCash ini adalah pinjaman peribadi Islamik di Malaysia yang patuh Syariah sepenuhnya.

Ramai yang bertanya bagaimana cara untuk lulus? Apakah syaratnya? Untuk memudahkan anda, berikut kami akan maklumkan cara mendapatkan pinjaman peribadi AEON Credit. Di mana anda boleh meminjam wang atau personal financing daripada AEON yang jumlah RM100,000 dengan kadar faedah serendah 0.66 % sebulan.

Cara Mohon Pinjaman Peribadi AEON

Syarat Kelayakan Pinjaman Peribadi AEON Credit

Supaya anda tidak menghadapi kesukaran untuk memproses pinjaman Peribadi AEON Credit nanti, anda perlu mengetahui terlebih dahulu syarat-syarat yang perlu dilengkapkan agar permohonan pinjaman peribadi anda segera diluluskan.

Syarat Umum Kelayakan Pinjaman Peribadi AEON

  1.  Warganegara Malaysia.
  2.  Sudah berumur minimal 18 tahun hingga 65 tahun.
  3.  Tidak kena blacklist oleh AEON atau Bank Nasional Malaysia.
  4.  Bukan di bawah seliaan AKPK.
  5.  Berpendapatan RM1,500 sebulan (gaji kasar) ke atas atau berpendapatan RM18,000 setahun (gaji kasar) ke atas.

Jika Anda Seorang Pekerja Swasta

  1. Telah bekerja lebih dari 6 bulan dengan majikan yang sama.
  2. Mempunyai caruman KWSP atau jika tiada caruman, gaji perlu dimasukan oleh majikan ke bank.

Jika Anda Berniaga atau Bekerja Sendiri

  1. Pemilik perniagaan adalah warganegara Malaysia yang sudah berumur 18 tahun ke atas.
  2. Tempoh berniaga sudah lebih dari 1 tahun.
  3. Sudah didaftarkan perniagaan anda pada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  4. Mempunyai akaun bank syarikat dengan jumlah urus niaga bulanan sebanyak RM5,000 dan lebih.

Dokumen Untuk Pinjaman Peribadi AEON Credit

Bagi yang Mempunyai Gaji Tetap Kakitangan Awam dan Pekerja Swasta

  1. Salinan kad pengenalan (depan belakang).
  2. Penyata slip gaji 1 bulan terkini (untuk pekerja tetap), slip gaji 3 bulan terkini (untuk pekerja yang bukan berasaskan komisen), dan slip gaji 6 bulan terkini (untuk untuk perja yang berasaskan komisen).
  3. Penyata EPF terkini.

Baca juga: Cara mohon kad kredit Affin Bank.

Bagi yang Berniaga atau Bekerja Sendiri

  1. Salinan kad pengenalan (depan belakang).
  2. Salinan pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Borang 9, Borang 24 dan Borang 49.
  3. Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini.
  4. Borang BE/E dan resit bayaran cukai (sekiranya ada).

Pengajuan Pinjaman Peribadi AEON Secara Online

Anda juga boleh memohon pinjaman peribadi AEON iCash secara online, lihat kaedah berikut:

  1. Layari laman web resmi AEON Credit Service.
  2. Pilih Submit A New Application.
  3. Tekan Next.
  4. Pilih Tajuk.
  5. Isikan Nama penuh sesuai kad pengenalan.
  6. Isikan alamat E-mel anda.
  7. Isikan maklumat Perhubungan Kontak.
  8. Tekan Next.
  9. Isikan maklumat yang dipinta seperti berikut:
    • Gender
    • Race
    • Marital Status
    • No of Dependents
    • Residential Address
    • Residential Ownership
    • Years of Stay
    • Is your permanent and residential address, the same?
  10. Tekan Next.
  11. Isikan maklumat tentang Kerja sekarang.
  12. Tekan Next.
  13. Isikan Maklumat Keluarga terdekat jika berlaku kecemasan.
  14. Tekan Next.
  15. Isikan untuk guna apa anda mohon pinjaman peribadi AEON.
  16. Isikan Jumlah yang dikehendaki.
  17. Pilih Installment Periode iaitu tempoh bayar balik.
  18. Tekan Next.
  19. Dibagian Auto Debit, pilih bank untuk bayar hutang personal loan AEON Credit secara automatik. Ini bermakna, anda tidak perlu pergi ke ATM untuk bayar hutang. Wang dalam akaun ini akan ditolak secara automatik setiap bulan.
  20. Isikan Nama dan Nombor akaun Auto Debit.
  21. Tekan Next.
  22. Di bahagian Financing Account Information, pilih bank untuk disburse atau dimasukan wang personal Loan AEON Credit setelah diluluskan.
  23. Isikan Nama dan Nombor akaun bank.
  24. Tekan Next.
  25. Tekan Yes, I agree to the disbursement of the Financing Amount through AEON Member Plus Visa Card (AMP).
  26. Tekan Next.
  27. Ikuti arahan seterusnya untuk menghantar permohonan AEON Credit hingga berjaya.
  28. Finish.

Baca juga: Cara mohon kad kredit OCBC.

FAQ’s

Berapa lama proses kelulusan?

Kelulusan untuk kemudahan tersebut adalah dalam tempoh 1 hingga 3 hari.

Bilakah pembayaran perlu dibuat?

Pembayaran perlu dibayar pada setiap 2 haribulan.

Jika permohonan anda telah diluluskan, jangan lupa untuk menyemak baki AEON credit anda supaya anda tidak terlambat membayar bil.

Anda juga boleh menghubungi khidmat Pelanggan AEON Credit di Talian Khidmat Pelanggan di 03-2719-9999. Selepas mengikuti arahan di atas, semoga dengan adanya maklumat ini bisa menghantarkan anda untuk mendapat kelulusan pinjaman peribadi AEON Credit.