Cara Mohon Kad Kredit Affin Bank

Ramai pelanggan berminat untuk mengetahui cara mohon kad kredit Affin Bank. Ini kerana setiap transaksi kewangan dan pembayaran lebih mudah dilakukan jika Anda menggunakan kad kredit Affin Bank contohnya untuk membayar barangan runcit, bil dan lain-lain.

Affin Bank sendiri mempunyai pelbagai jenis Kad Kredit yang boleh Anda pilih mengikut keperluan dan keinginan Anda dengan pendapatan minimum tahunan yang berbeza.

Bagi Anda yang ingin memiliki Kad Kredit Affin Bank, Anda perlu menyediakan syarat dan dokumen sebelum memohon kad kredit Affin Bank. Dan berikut adalah syarat-syarat dan langkah-langkah cara mohon kad kredit Affin Bank.

cara mohon kad kredit affin bank

Syarat Mohon Kad Kredit Affin Bank

Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon kad kredit Affin Bank yang mesti Anda lengkapkan apabila Anda ingin memohon kad kredit Affin Bank:

  1. Berumur minimum 21 tahun bagi ahli kad utama (pemohon).
  2. Berumur minimum 18 tahun bagi ahli kad tambahan
  3. Salinan Kad Pengenalan Anda (pemohon).
  4. Slip gaji terkini.
  5. Penyata KWSP terkini.
  6. Penyata Bank.

Baca juga: Cara daftar Affin Secure.

Cara Mohon Kad Kredit Affin Bank

cara mohon kad kredit affin bank (cawangan)

Jika syarat dan dokumen di atas sudah lengkap, sila ikuti cara mohon kad kredit Affin Bank di bawah ini:

  1. Silahkan pergi ke mana-mana cawangan Affin Bank terdekat untuk dapatkan Borang Permohonan.
  2. Jika Anda sudah dapatkan Borang Permohonan, segera isikan Borang Permohonan tersebut.
  3. Pilih Kad pilihan yang Anda inginkan.
  4. Isikan/tuliskan pada kolum, Maklumat Peribadi Ahli Kad Utama (pemohon) secara lengkap.
  5. Isikan/tuliskan pada kolum, Maklumat Peribadi Ahli Kad Tambahan secara lengkap.
  6. Kemudian tuliskan, maklumat lainnya seperti tanda tangan dan lainnya secara lengkap.
  7. Selepas selesai menuliskan/mengisi borang permohonan, pastikan Anda sudah sediakan syarat dan dokumen di atas.
  8. Lalu serahkan borang permohonan yang telah Anda isikan dan dokumen Anda kepada pegawai bank.
  9. Pegawai bank akan berikan kad kredit Affin Bank kepada Anda.
  10. Selesai.

Nota: Anda juga boleh melayari laman web rasmi Affin Bank untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Baca juga: Panduan cara mohon kad kredit BSN.

cara mohon kad kredit affin bank (1)

FAQ’s

Dan di bawah adalah contoh soalan lazim berkaitan kad kredit Affin Bank:

1. Perlukah saya memberitahu saudagar auto-debit mengenai penamatan kad kredit saya?

Jawab: Ya memang perlu. Anda dikehendaki memaklumkan peniaga auto-debit mengenai penamatan kad kredit untuk membolehkan mereka menamatkan transaksi auto-debit. Dan anda perlu membuat tetapan baharu untuk transaksi autodebit anda.

2. Adakah terdapat tempoh tanpa faedah untuk transaksi runcit?

Jawab: Ya ada. Tempoh dua puluh (20) hari tanpa faedah akan diberikan untuk semua transaksi runcit. Dengan syarat bahawa semua baki tertunggak pada bulan sebelumnya, mengikut laporan bulanan telah dijelaskan sebelum tarikh tamat tempoh. Perlu diingat, tiada tempoh tanpa faedah untuk transaksi pengeluaran tunai.

3. Berapa kali pelanggan boleh membuat pengeluaran wang tunai dan berapakah had pengeluaran dalam sehari?

Jawab: Anda boleh membuat pendahuluan tunai maksimum tiga (3) kali sehari. Dan had pengeluaran tunai ialah 25% daripada jumlah had kredit atau baki had mengikut mana yang lebih rendah.

Demikian artikel kami yang membincangkan cara mohon kad kredit Affin Bank. Anda juga boleh membaca artikel kami yang lain tentang cara dapatkan penyata bank Affin Bank Online.