Cara Order McDonalds Online

Apabila kita mendengar nama-nama makanan seperti burger, ayam goreng dan kentang goreng, pasti Anda sebagai penggemar makanan segera akan terbayang McDonald’s kan?

Dan lebih hebat lagi, Anda boleh menempah (order) dengan pelbagai cara yang memudahkan Anda, salah satunya trend semasa di Malaysia iaitu membuat tempahan secara online.

Jadi, untuk itu, jom kami kongsikan panduan cara order McDonalds online yang boleh Anda ikuti dengan mudah.

Cara Order McDonalds Online

Cara Order McDonalds Online

Pada masa ini, terdapat sekurang-kurangnya empat (4) cara untuk memesan McDonalds secara online iaitu melalui mcdelivery.com.my, melalui aplikasi McDelivery Malaysia, online melalui Foodpanda dan online dengan GrabFood.

A. Cara Order McDonalds Online melalui mcdelivery.com.my

Untuk cara order McDonalds online melalui laman web rasmi McDelivery, berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Sila Anda buka laman rasmi McD https://www.mcdelivery.com.my/my.
  2. Kemudian, klik butang Pesan Sekarang.
  3. Setelah itu, sila Daftar untuk membuat akaun baru.
  4. Lalu, masukkan Alamat Rumah Anda alamat tujuan penghantaran.
  5. Kemudian, pilih Menu McD.
  6. Setelah itu, pilih Jenis Pembayaran/Payment Yype (Cash on Delivery atau Credit Card/Debit Card).
  7. Seterusnya, sila Anda pilih Confirm Order.
  8. Kemudian, Tunggu pesanan Anda datang.
  9. Selesai.

Atau Anda juga boleh ikuti langkah-langkah di bawah, untuk panduan cara mendaftar McDonalds McDelivery supaya boleh menempah McDonalds secara online melalui laman web rasmi:

  1. Anda disarankan untuk mempunyai akaun McDelivery McDonalds, ia untuk memudahkan Anda mengesan pesanan Anda serta mendapat tawaran dan promosi eksklusif.
  2. Jika Anda tidak mempunyai akaun, Anda boleh memilih untuk membuat pesanan sebagai ‘Pesanan Tetamu’ (akan diterangkan sebentar lagi).
  3. Setelah itu, layari laman web rasmi untuk order McDelivery di https://www.mcdelivery.com.my/my/.
  4. Kemudian, tekan pada ruang ‘Akaun’.
  5. Setelah itu, akan Pop-up satu ruang untuk diisikan Emel dan Kata Laluan, itu adalah untuk pengguna yang sudah mempunyai akaun.
  6. Bagi individu yang baru menggunakan kemudahan ini, Anda boleh click pada ‘Saya Pengguna Baru’.
  7. Di situ Anda mempunyai pilihan sama ada untuk’ ‘Daftar Sekarang’ atau sebagai ‘Pesanan Tetamu’.
  8. Jika Anda memilih untuk ‘Daftar Sekarang’, Anda akan diminta untuk mengisi maklumat di dalam ruangan ‘Alamat Penghantaran’. Kemudian akan keluar pula paparan ‘Maklumat Saya’, untuk Anda isikan maklumat diri Anda seperti Nama, Jantina, Tarikh Lahir, Nombor Telefon, E-mel dan Kata Laluan.
  9. Selepas selesai, Anda boleh tekan ‘Daftar Akaun’ dan Anda sudah boleh memulakan untuk membuat pesanan Anda.
  10. Manakala jika Anda memilih sebagai ‘Pesanan Tetamu’, Anda juga diperlukan untuk mengisi ruangan ‘Alamat Penghantaran’.
  11. Tetapi selepas selesai mengisi ruangan itu dan menekan ‘Save Address’, Anda akan terus dibawa ke bahagian ‘Pesanan Cepat Value Meal’ dan Anda boleh mula membuat order makanan yang Anda inginkan.
  12. Setiap harga yang tercatat di laman web adalah tertakluk dengan Cukai Perkhidmatan 6%. Dan bagi setiap penghantaran akan dikenakan caj sebanyak RM4.70.
  13. Dan harus diingatkan bukan semua kawasan dapat menerima perkhidmatan McDelivery ini.
  14. Selesai.

Nota:

  • Namun, kelemahan tempahan (order) melalui laman web ialah Anda tidak boleh membuat tempahan istimewa seperti tanpa sayur, tanpa sos cili dan sebagainya.
  • Pesanan istimewa/khas tersebut tidak boleh dibuat melalui McD secara online. Hanya boleh dilakukan dengan menghubungi 1-300-13-1300.

Baca juga: Cara Daftar McDonalds McDelivery.

B. Cara Order McDonalds Online melalui McDelivery Malaysia App

Untuk cara order McDonalds online melalui Aplikasi McDelivery Malaysia, prosesnya adalah sama seperti menempah melalui laman web McDelivery, sama ada Anda mendaftar atau membuat pesanan sebagai ‘Tempahan Tetamu’.

Dan di bawah adalah langkah-langkahnya:

  1. Sila Anda muat turun (download) aplikasi app McDelivery Malaysia di Playstore dan App Store.
  2. Kemudian, Anda pilih menu Order Now.
  3. Lalu, masukkan Alamat Rumah Anda alamat tujuan penghantaran.
  4. Kemudian, pilih Menu McD.
  5. Setelah itu, pilih Jenis Pembayaran/Payment Type (Cash on Delivery atau Credit Card/Debit Card).
  6. Seterusnya, sila Anda pilih Confirm Order.
  7. Kemudian, Tunggu pesanan Anda datang.
  8. Selesai.

Baca juga: Cara Order Foodpanda.

C. Cara Order McDonalds Online melalui Foodpanda

Selain boleh membuat tempahan McDonalds melalui McDelivery, Anda juga boleh menggunakan Foodpanda. Cara nak order McDonalds melalui Foodpanda pun senang.

  • Untuk menggunakan aplikasi Foodpanda untuk memesan McDonalds, Anda boleh memuat turun aplikasi Foodpanda daripada AppStore atau Google Play.
  • Anda juga boleh membuat pesanan melalui laman web rasmi Foodpanda di www.foodpanda.my.

Nota: Anda mesti mendaftar dahulu untuk membuat pesanan melalui Foodpanda.

Melalui aplikasi Foodpanda, Anda bukan sahaja boleh memesan McDonald’s, malah Anda juga boleh memesan makanan lain yang Anda inginkan.

Tetapi perlu diingat, Anda akan dikenakan bayaran penghantaran yang berbeza untuk setiap jenis makanan yang Anda pesan.

Melalui aplikasi Foodpanda, Anda boleh membuat pilihan pembayaran sama ada melalui ‘Cash on Delivery‘ (namun bergantung kepada makanan yang ditempah, tempat dan kawasan penghantaran), Kad Kredit atau Kad Debit atau melalui Perbankan Dalam Talian (Online Banking).

Baca juga: Cara Aktifkan GrabPay.

D. Cara Order McDonalds Online dengan GrabFood

Selain menawarkan perkhidmatan GrabCar, Grab turut menawarkan perkhidmatan tempahan McDonald’s melalui GrabFood. Ini adalah alternatif untuk memesan melalui McDelivery.

Namun begitu, Anda juga perlu memuat turun (download) aplikasi Grab pada telefon pintar Anda dan mendaftar dahulu.

Kelebihan menggunakan aplikasi Grabfood ialah Anda bukan sahaja boleh memesan McD atau McDonalds, tetapi Anda juga boleh memesan makanan lain yang Anda inginkan.

Tetapi perlu diingat, Anda akan dikenakan bayaran penghantaran yang berbeza untuk setiap jenis makanan yang Anda pesan.

Cara membayar melalui aplikasi ini, Anda hanya mempunyai pilihan untuk membayar menggunakan Kad Kredit atau Kad Debit atau ‘PayPal‘. Atau pilihan lain untuk Anda membuat pembayaran semasa membuat tempahan melalui aplikasi GrabFood ialah GrabPay Wallet atau GrabPay Credit.

Itulah tadi maklumat cara order McDonalds online yang boleh kami kongsikan untuk Anda.