Jika Anda tidak lagi mahu alamat Gmail dan E-mel Anda, Anda boleh mengalih keluar alamat Gmail dan E-mel itu daripada Akaun Google Anda. Pemadaman alamat Gmail dan E-mel ini tidak akan memadamkan seluruh Akaun Google Anda.

A. Cara Padam Perkhidmatan Gmail

  1. Sebelum memadamkan perkhidmatan Gmail, download data Anda.
  2. Pergi ke bahagian Padamkan perkhidmatan Google dalam Akaun Google Anda, mungkin perlu log masuk.
  3. Di sebelah “Gmail“, pilih Padam Padam.
  4. Ikut arahan pada skrin.

Note: Jika Anda menggunakan aplikasi Gmail Luar Talian, Anda juga perlu kosongkan cache pelayar dan kuki Anda.

B. Perkara yang Berlaku Bila Anda Memadamkan Perkhidmatan Gmail

  • E-mel dan tetapan Gmail Anda akan dipadamkan.
  • Anda juga tidak akan dapat menggunakan alamat Gmail Anda untuk menghantar atau menerima E-mel lagi.
  • Alamat Gmail Anda mungkin tidak akan digunakan oleh orang lain pada masa akan datang.
  • Akaun Google Anda tidak akan dipadamkan, hanya perkhidmatan Gmail Anda akan dipadamkan. Anda masih mempunyai aktiviti dan pembelian yang dibuat di Google Play.