Aplikasi media sosial Instagram kini menjadi salah satu media sosial yang paling popular dan digunakan secara meluas di pelbagai bahagian dunia. Tidak hairan kerana Instagram lebih menarik daripada Facebook baik dari segi penampilan mahupun kandungan. Tetapi pernahkah Anda merasa bosan dan mahu ‘hilang dari Instagram? Atau ada sebab lain yang membuatkan Anda mahu berhenti menggunakan Instagram.
Jika benar Anda mahu berhenti menggunakan Instagram. 2malaysia.com kali ini akan berkongsi maklumat dengan Anda tentang cara padamkan akaun Instagram Anda secara sementara (Temporarily) atau kekal (Permanent).
Cara Padamkan Akaun Instagram Sementara (Temporarily) Dan Kekal (Permanent)
Tips yang kami kongsikan kali ini amat sesuai untuk Anda yang mungkin merasa bosan dengan Instagram, privasi sangat mengganggu, atau mungkin kerana banyak kandungan penting atau sebab lain yang membuatkan Anda memutuskan untuk memadam akaun IG Anda. Atau mungkin Anda ingin memulakan semula dengan memadamkan akaun lama Anda dan mencipta yang baharu.
Begini caranya untuk memadamkan akaun Instagram buat sementara waktu (Temporarily) atau selama-lamanya (Permanent) . Pemadaman secara kekal (Permanent) juga boleh melalui desktop atau peranti komputer dan menggunakan telefon pintar/telefon bimbit (HP).
A. Cara Padamkan Akaun Instagram Sementara (Temporarily)
Bagi Anda yang masih separuh hati atau baru nak rehat dari Instagram, kami nasihatkan jangan padamkannya secara kekal (Permanent). Anda boleh memilih untuk menyahaktifkan akaun Anda dan kemudian Anda boleh mengaktifkannya semula pada bila-bila masa yang Anda mahukan. Sila ikuti sahaja langkah-langkah di bawah :
- Pertama-tama buka aplikasi Instagram pada telefon pintar (smartphone) atau peranti Anda yang lain, kemudian klik Login ke akaun Instagram Anda.
- Lalu selepas berjaya masuk ke laman utama, pilih menu Profil dengan menekan akaun di bahagian bawah sebelah kanan. Kemudian teruskan dengan memilih menu Edit Profil.
- Langkah ketiga, pada menu Edit Profil, pilih Temporarily disable my account yang terletak di sebelah kanan bawah. Seterusnya Anda perlu mengisi sebab Anda ingin menyahaktifkan akaun (Why are you disabling your account?) dan masukkan semula kata laluan Instagram (To continue, please re-enter your password).
- Lantas pilih menu Lumpuhkan Sementara Akaun (Temporarily disable account), kemudian pilih YES dan akaun Anda akan dipadamkan buat sementara waktu .
B. Cara Padamkan Akaun Instagram Kekal (Permanent)
Berikut adalah dua cara untuk memadam akaun Instagram secara kekal. Cara pertama adalah dengan memadamnya melalui desktop atau peranti komputer dan cara kedua adalah menggunakan telefon pintar/telefon bimbit (HP) milik Anda.
1. Cara Padamkan Akaun Instagram Melalui PC atau Laptop
Cara memadam akaun Instagram Anda melalui komputer termasuk mudah, Anda hanya perlu mengikuti langkah di bawah:
- Pertama, hidupkan PC Anda, kemudian Pergi ke laman instagram.com lalu klik Login.
- Langkah yang kedua, pilih menu Profil, kemudian teruskan dengan memilih Edit Profil.
- Teruskan langkah-langkah Anda dengan klik menu Support pada bagian bawah pojok kiri..
- Langkah selanjutnya klik menu Managing your account, kemudian klik Delete your account.
- Klik menu How do i delete my account, kemudian klik menu Delete your account.
- Pilih Why are you delete your account, kemudian Anda perlu memilih To continue, please re-enter your password.
- Sebagai langkah terakhir, Klik menu Permanently delete my account, dan secara otomatis akaun Anda telah terhapus.
2. Cara Padamkan Akaun Instagram Melalui SmartPhone/Hand phone
Cara kedua ialah bagaimana untuk memadamkan akaun Instagram secara kekal menggunakan telefon pintar atau melalui telefon bimbit. Berikut ialah langkahnya:
- Login, kemudian masuk ke profil Anda.
- Pilih Setting, kemudian klik Help.
- Pilih Help Center, Kemudian klik menu Mengurus akaun anda.
- Pilih menu Padam akaun anda, kemudian klik menu Bagaimana saya hendak memadamkan akaun saya.
- Pilih menu Padam akaun saya, kemudian tulisankan jawaban Anda di menu Alasan padamkan akaun.
- Ketik password akaun Instagram Anda pada kolom To continue, please re-enter your password, kemudian pilih Permanenently delete my account.
Itulah tadi dua cara padamkan akaun Instagram Anda secara Permanent, bersama-sama dengan alternatif untuk mematikannya secara Temporarily. Baca juga artikel tentang cara aktifkan simkad YES 4g.