Cara Aktifkan Simkad YES 4G

Kini ramai orang yang melanggan simkad YES, ini kerana program YES 4G yang menawarkan banyak pakej murah, menarik dan banyak faedah bagi pelanggan. Cara Aktifkan Simkad YES 4G juga termasuk senang.

Selepas Anda mempunyai simkad YES 4G, kami berkongsi dengan Anda langkah-langkah cara aktifkan simkad YES 4G prepaid dan postpaid dalam talian.

cara aktifkan simkad yes 4g

Cara Aktifkan Simkad YES 4G

Pertama, Anda mesti menyediakan telefon dengan sambungan internet dan aplikasi MyYes yang Anda boleh download di Google Play Store/App Store.

Kemudian ikuti panduan berikut ini:

1. Buka aplikasi MyYes pada telefon Anda.

2. Klik butang pilihan pengguna baru (New User).

simkad 4g (new user)

3. Klik Activate SIM.

simkad 4g (activate sim)

4. Klik Start.

simkad 4g (start)

5. Kemudian imbas kod bar pada bahagian belakang SIM (Scan) atau masukkan nombor siri SIM secara manual.

simkad 4g (scan)

6. Anda boleh sama ada menerima nombor telefon yang diberikan atau Switch to Yes dengan memasukkan nombor sedia ada anda dan mengesahkannya.

simkad 4g (switch)

7. Pilih Jenis Kad Pengenalan Anda.

simkad 4g (kad pengenalan)

8. Klik pilihan seterusnya (Next).

9. Sila Scan Kad Pengenalan Anda.

10. Dalam butiran peribadi, masukkan maklumat tentang Anda secara terperinci (Personal Detail).

simkad 4g (personal detail)

11. Sila verify Face Recognition Anda.

simkad 4g (face recognition)

12. Selepas selesai, Anda akan menerima mesej pengesahan dan Email.

13. Seterusnya, klik Login Now.

simkad 4g (login now)

14. masukkan nombor SIMKAD YES 4G Anda.

15. Masukkan Kod TAC yang dihantar ke nombor handphone Anda melalui SMS.

16. Klik Next.

17. Kemudian, klik Get Started.

18. Tahniah, Simkad YES 4G Anda berjaya diaktifkan.

Nota: Dengan mengaktifkan perkhidmatan prabayar/pascabayar dari YES 4G, anda mengakui, menerima, dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat Perkhidmatan daripada YES.

Baca juga: Cara aktifkan semula nombor U Mobile.

FAQ’s

Berikut adalah beberapa contoh persoalan yang timbul mengenai simkad YES 4G.

Sebenarnya apa Itu YES ID?

Jawab: Nombor handphone Anda ialah YES ID unik yang Anda boleh gunakan untuk mengakses rangkaian perkhidmatan yang disediakan oleh YES.

Macam mana Cara Mendaftar Perkhidmatan YES 4G?

Jawab: Anda boleh mendaftar melalui perkhidmatan YES 4G di www.yes.my di internet atau layari kedai YES yang berhampiran.

Baca juga: Cara aktifkan semula nombor XOX.

Itulah langkah-langkah cara aktifkan simkad YES 4G. Jangan lupa baca juga cara padamkan akaun Instagram.