Cara Aktifkan Semula Nombor XOX

Akhir-akhir ini ramai pelanggan simkad Onexox atau XOX Prepaid (prabayar) dan Black Postpaid (pascabayar) tidak lagi dapat menikmati perkhidmatan produk ini. Hal Ini berlaku disebabkan kelewatan memuat semula kad sim prabayar dan lewat membayar bil hitam. Dan secara amnya punca pelanggan lewat membuat pembayaran adalah kerana terlupa.

Sebenarnya, semua itu boleh dielakkan dengan menyemak tempoh aktif kad sim dan tarikh tamat tempoh tangguh secara berkala, kemudian Anda hanya perlu menambah nilai baki sim kad (top up). Namun, jika nombor XOX Anda sudah disekat, berikut ialah langkah-langkah cara aktifkan semula nombor XOX.

cara aktifkan semula nombor xox

Cara Aktifkan Semula Nombor XOX

Berikut ialah 2 cara aktifkan semula nombor XOX yang telah disekat:

  1. Hantar email tentang kad sim Anda yang disekat ke alamat pelayanan pelanggan rasmi Onexox ([email protected]).
  2. Anda boleh terus mengunjungi pejabat Onexox yang terdekat dan menyampaikan keperluan Anda.

A. Cara Aktifkan Semula Nombor XOX Via Email

cara aktifkan semula nombor xox (via e-mel)

Dan di bawah ialah contoh e-mel yang boleh Anda salin untuk dihantar ke perkhidmatan pelanggan Onexox:

  • Tajuk: Permintaan untuk pengaktifan semula kad sim dengan nombor (0015 4323 1489)
  • Alamat: [email protected]
  • Isi Email: Salam sejahtera, saya (Siti Afifah) nombor kad pengenalan (4563192695478327) pemilik kad sim Onexox dengan nombor telefon (0015 4323 1489). Tolong bantu saya supaya saya dapat mengaktifkan semula nombor Onexox kerana nombor ini penting untuk urusan harian saya. Saya bersedia membayar yuran pengaktifan atau tunggakan untuk mendapatkan semula nombor simkad saya. Saya akui saya silap, sebab saya terlupa nak bayar bil nombor. Terima kasih.
  • Setelah Anda mengirimkan email tersebut, tunggu 2-3 hari kerja.
  • Biasanya nomer tidak aktif membutuhkan waktu 30 hari sebelum dikirim ke MCMC untuk didaur ulang.
  • Selesai.

cara aktifkan semula nombor xox (via e-mel 2)

Nota: Pastikan Anda simpan simkad Onexox Anda, kerana ia akan digunakan untuk pengesahan atau membalas e-mel daripada Onexox yang selalunya akan meminta nombor siri kad sim Anda (ada di belakang simkad).

Selepas itu, sila semak baki Onexox Anda untuk melihat baki terkini Anda.

Baca juga: Cara aktifkan Tune talk.

B. Cara Aktifkan Semula Nombor XOX Via Pejabat Onexox Terdekat

Atau Anda juga boleh terus ke pejabat Onexox terdekat untuk meminta bantuan mengaktifkan semula kad sim Anda.

  • Biasanya Anda akan diminta untuk menunjukkan nombor kad pengenalan anda.
  • Dan membawa simkad Anda yang disekat.

Itulah penyelesaiannya untuk mengaktifkan semula kad sim Onexox anda yang disekat. Anda juga boleh melayari laman web rasmi XOX klik disini. Semoga artikel ini bermanfaat untuk Anda.

Baca juga: Cara aktifkan simkad YES 4G.

FAQ’s

Oh ya, admin nak sampaikan juga beberapa perkara atau persoalan yang lazim ditanya oleh pelanggan Onexox.

1. Adakah caj mengganti Kad SIM?

Jawab: Anda tidak akan dicaj apa-apa untuk sebarang penggantian Kad Sim akibat kerosakan. Sementara itu, bagi penukaran kad SIM akibat kehilangan atau kecurian, Anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM10.

2. Apa yang dilakukan jika kad sim ditolak?

Jawab: Masukkan Kad SIM Anda ke dalam peranti lain dan cuba lagi. Jika masalah masih berterusan, lawati XOX centre terdekat, Anda boleh mendapatkan Kad SIM baharu (nombor telefon tidak berubah)

3. Bagaimana sekiranya telefon hilang?

Jawab: Hubungi Onexox Customer Service Line di 1300-888-010. Mengunjungi XOX Care Center terdekat untuk mendapatkan penggantian SIM Card Anda.

Baca juga: Cara aktifkan simkad Digi.

Itulah cara aktifkan semula nombor XOX prabayar dan pascabayar. Baca juga cara topup XOX paling mudah untuk diikuti.