Maxis Fibre ialah internet cepat yang disambungkan menggunakan kabel gentian (fiber optik) sama seperti Unifi Fibre.
Maxis Fibre menggunakan kabel gentian yang disediakan oleh TM sebagai pemilik utama dan pembekal kemudahan kabel gentian di Malaysia.
Maxis Fibre menyediakan pelan langganan internet jalur lebar bermula pada kelajuan 30Mbps sehingga 800Mbps. Kesemua pakej ini adalah pakej internet tanpa had (Unlimited).
Maxis Fibre tidak sama dengan Maxis Mobile atau Hotlink. Oleh itu, perlindungan Maxis Fiber juga tidak sama. Jika pelanggan berminat untuk mendaftar Maxis Fibre, alamat penuh pelanggan perlu disemak terlebih dahulu sama ada ia dilengkapi dengan kabel gentian atau tidak.
Hanya alamat yang sudah mempunyai liputan / kabel gentian sahaja boleh melanggan pakej ini.
Kontrak Maxis Fiber adalah langganan 2 tahun, dengan modem dan penghala Percuma, pendaftaran dan pemasangan Standard Percuma. (Rujuk Maklumat Pemasangan).
Kepada pengguna Maxis Fibre yang telah lama melanggan dan menggunakan perkhidmatan Maxis.
Adakah Anda berpuas hati dengan perkhidmatan Maxis Fibre Anda sekarang? Atau mungkin Anda ingin bertukar pengalaman dan mencuba perkhidmatan lain seperti Unifi?
Kali ini kami akan berkongsi dengan Anda tentang Cara Terminate Maxis Fibre, jika Anda mempunyai keinginan untuk berhenti melanggan.
Cara Terminate Maxis Fibre
Terdapat dua cara terminate Maxis Fibre iaitu dengan pergi ke Kaunter Maxis dan Online.
A. Cara Terminate Maxis Fibre Melalui Kaunter Maxis
Cara mudah untuk menamatkan maxis fiber melalui kaunter Maxis, ikuti langkah berikut:
- Sila Anda pergi ke kaunter Maxis berhampiran dengan Anda.
- Setelah sampai di sana, Anda perlu mengambil nombor giliran dan tunggu sehingga giliran Anda dipanggil.
- Kemudian apabila dipanggil, Anda terus ke kaunter dan jelaskan hasrat Anda untuk terminate Maxis Fibre Anda.
- Seterusnya, operator akan minta maklumat peribadi Anda untuk pengesahan.
- Tahniah, proses terminate akaun Maxis Fibre Anda telah selseai.
- Selesai.
Sila baca juga: Cara tebus Jaringan Prihatin Maxis.
B. Cara Terminate Maxis Fibre Secara Online
Untuk menamatkan maxis fiber melalui dalam talian, ikuti langkah berikut:
- Pertama sekali, sila Anda layari internet dan membuka laman web Portal Maxis.
- Setelah Anda membuka laman web tersebut, sila Log masuk ke dalam akaun Maxis Anda.
- Sekiranya Anda pengguna baharu, Anda boleh membuat pendaftaran baru dengan cara klik First Time User.
- Jika sudah selesai Log masuk, Anda perlu mencari dan klik menu View My Invoice untuk menyemak semua baki Anda yang masih belum dibayar dan tertunggak. Sila klik pada Invoice Anda yang paling baharu.
- Setelah itu, Invoice Anda akan menunjukkan semua bayaran Anda yang tertunggak dan memerlukan Anda untuk melakukan pembayaran penuh sebelum Anda terminate Maxis Fibre Anda.
- Kemudian, Anda boleh melakukan pembayaran dengan cara klik Proceed.
- Seterusnya, bayaran bil tertunggak Anda boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah termasuk menggunakan kad kredit Anda atau menerusi FPX bank pilihan Anda seperti Maybank2u.
- Setelah selesai membuat pembayaran, Anda boleh menyemak status pembayaran Anda dengan cara klik pada View Payment History.
- Lalu klik pada Live Chat untuk berhubung terus dengan pihak Maxis.
- Sila tunggu panggilan Anda disambut oleh pihak Maxis, dan apabila sudah disambungkan, Anda perlu menjelaskan kepada mereka bahawa Anda berhasrat untuk terminate servis Maxis Fibre Anda.
- Tahniah, proses terminate Maxis Fibre Anda telah selesai.
- Selesai.
Baca juga: Cara penyambungan semula Astro.
Itulah beberapa kaedah Cara Terminate Maxis Fibre yang mesti Anda ketahui.