Cara Topup Guna BSN Online

Dalam era digital sekarang, pelbagai aktiviti boleh dilakukan secara dalam talian (secara online) termasuk topup atau topup kredit telefon. Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai salah satu bank terbesar di Malaysia, menyediakan perkhidmatan topup kredit telefon melalui aplikasi BSN Online.

Dengan menambah nilai atau topup menggunakan BSN Online, Anda boleh menambah kredit telefon anda pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja tanpa perlu pergi ke kaunter atau mengunjungi cawangan operator selular.

Dalam artikel ini, kami akan membincangkan secara terperinci cara topup guna BSN online, supaya anda boleh memanfaatkan perkhidmatan ini dengan mudah dan praktikal.

Cara Topup Guna BSN Online

Cara Topup Guna BSN Online

Terdapat dua cara untuk menambah nilai menggunakan BSN online iaitu PIN Based Reload dan Pinless Prepaid Reload.

A. Cara Topup Guna BSN Online (Perlukan Nombor PIN / PIN Based Reload)

Berikut ialah langkah untuk topup dengan cara PIN Based Reload:

  1. Pertama sekali, sila Anda lila layari laman web rasmi BSN di www.mybsn.com.my.
  2. Kemudian, klik Login.
  3. Setelah itu, sila tentukan bahawa Username, Preferred Name dan Online Image adalah sama seperti yang dipilih semasa berdaftar dengan BSN.
  4. Kemudian, isikan Password anda.
  5. Seterusnya, klik Login.
  6. Pada menu sebelah kiri anda, sila Anda pilih Prepaid Reload.
  7. Kemudian, Drop down menu, lalu klik Pin Based Reload.
  8. Setelah itu, isikan ruangan Prepaid Type, Service Provider, Value dan From Account.
  9. Dalam kategori Prepaid Type, Anda akan diberi pilihan seperti berikut: IDD & STD Reload, Internet Access Topup, Mobile Money Prepaid, Mobile ReloadUAT dan VAT Internet.
  10. Sila Anda pilih Mobile Reload.
  11. Kemudian, klik Service Provider mengikut syarikat telekomunikasi anda sama ada Celcom, DiGi, ITEL, RedtoneMobile, Salamfone, Tunetalk,UMobile dan XOX.
  12. Pada ruangan Value, sila Anda pilih amaun yang anda mahu topup.
  13. Kemudian, pilih akaun anda sendiri di From Account.
  14. Seterusnya, klik Submit.
  15. Sila Anda Semak maklumat yang terpapar di skrin dan klik Request TAC.
  16. Seterusnya, Nombor TAC akan dihantar ke telefon yang telah didaftarkan dengan BSN.
  17. Sila klik Submit.
  18. Selesai untuk panduan cara topup guna BSN online PIN Based Reload.

Baca juga: Temujanji BSN.

B. Cara Topup Guna BSN Online (Tiada Nombor PIN Diperlukan / Pinless Prepaid Reload)

Berikut ialah langkah untuk topup dengan cara Pinless Prepaid Reload:

  1. Sila Anda layari laman web rasmi BSN di www.mybsn.com.my.
  2. Kemudian, klik Login BSN Internet Banking.
  3. Anda mesti pastikan Username, Preferred Name dan Online Image adalah sama seperti yang ditentukan semasa berdaftar dengan BSN.
  4. Lalu, isikan Password anda.
  5. Kemudian, sila Anda klik Login.
  6. Pada menu sebelah kiri anda, sila Anda pilih Prepaid Reload.
  7. Kemudian, klik Pinless Prepaid Reload.
  8. Seterusnya, Anda dikehendaki mengisi ruangan yang disediakan iaitu Service Provider, Value, Recipient Mobile Number dan From Account.
    • Di bawah kategori Service Provider , anda diberi pilihan untuk memilih mengikut syarikat telekomunikasi anda sama ada dari Celcom, DiGi, U-Mobile, XOX, Redtone Mobile, TuneTalk, Salamfone, ITEL, Maxis PINLESS dan HAPPY.
    • Pada ruangan Value, pilih amaun yang anda mahu topup.
    • Sila Anda pilih Recipient Mobile Number anda. Pilih New Mobile number jika telefon nombor anda belum didaftar dengan BSN.
  9. Pada From Account, sila Anda pilih akaun anda mengikut kesesuaian anda.
  10. Setelah selesai, sila klik Submit.
  11. Seterusnya, Semak maklumat yang terpapar di skrin dan klik Request TAC.
  12. Kemudian, klik Submit.
  13. Tahniah! Top up anda telah berjaya. Anda boleh pilih sama ada untuk Print Receipt sebagai rujukan atau Purchase More Prepaid untuk transaksi yang seterusnya.

Baca juga: Bantuan BSN PEMERKASA.

Sekarang Anda sudah tahu cara topup guna BSN online dengan mudah dan praktikal. Perkhidmatan tambah nilai atau topup ini amat sesuai untuk anda yang sibuk dan tidak mempunyai banyak masa untuk ke loket atau kaunter operator selular.

Selain itu, penggunaan aplikasi BSN Online yang selamat dan boleh dipercayai menjadikan transaksi topup anda lebih selamat. Namun, pastikan anda sentiasa membuat transaksi tambah nilai dengan berhati-hati dan ikut arahan yang diberikan agar tidak berlaku kesilapan semasa menambah nilai kredit.

Demikian artikel mengenai cara topup guna BSN online, semoga bermanfaat untuk anda.