Cara Topup ShopeePay

E-Commerce Shopee kini menawarkan pembayaran digital alternatif iaitu ShopeePay. Perkhidmatan ini bertujuan untuk memudahkan pengguna Shopee membeli-belah dalam talian (secara online).

ShopeePay juga menawarkan pelbagai diskaun dan promosi, menjadikannya semakin popular di kalangan pengguna wang elektronik.

Tetapi adakah Anda tahu cara topup ShopeePay Anda? Sekiranya Anda tidak tahu, sila lihat kaedah berikut.

cara topup shopeepay

Download Aplikasi Shopee

Anda boleh membeli barangan dengan mudah pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui telefon bimbit Anda di e-Dagang (e-Commerce) Shopee. Berikut adalah pautan untuk memuat turun (download) aplikasi Shopee:

  • Google Play Store bagi Anda pengguna Android.
  • Apple Store bagi Anda penggunan IOS.

Baca juga : Cara daftar akaun Shopee Malaysia.

Apa itu ShopeePay?

ShopeePay adalah akaun simpanan atau seperti mesin ATM digital yang dimiliki oleh Shopee yang berguna untuk membuat transaksi pembelian di Shopee itu sendiri.

Selain boleh digunakan untuk transaksi, ShopeePay juga boleh digunakan sebagai tempat menyimpan bayaran balik atau mengeluarkan dana yang disimpan di ShopeePay.

Selain boleh menggunakannya untuk pelbagai perkara, perkhidmatan ShopeePay juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Salah satu kelebihannya ialah pembayaran boleh menjadi lebih mudah dan lebih pantas, dan anda boleh mendapat banyak tawaran diskaun yang besar.

Cara Daftar & Aktifkan Shopeepay

Untuk pengguna ShopeePay kali pertama, anda mesti mendaftar terlebih dahulu dengan Shopee Pay:

  1. Sila Anda Login akaun Shopee Anda di shopee.com.my
  2. Kemudian, masukkan Username dan Password Anda, lalu tekan Login.
  3. Setelah itu, klik pada Shopee Pay untuk aktifkan.
  4. Kemudian, masukkan No kad Pengenalan Anda untuk disahkan.
  5. Setelah itu, klik Picture untuk masukkan wajah Anda.
  6. Seterusnya, Anda dikehendaki mengambil gambar Anda beserta kad pengenalan Anda.
  7. Lalu setelah lengkap semuanya, Shopee akan mengesahkan akaun Anda dalam jangka masa 24 jam.
  8. Selesai.

Baca juga : Cara daftar akaun Shopee Malaysia sebagai penjual.

Cara Topup ShopeePay

Terdapat beberapa cara topup ShopeePay, sama ada dalam talian (online), melalui ATM dan wang tunai (cash) di 7-Eleven.

Cara Topup ShopeePay Online

Berikut merupakan panduan cara topup ShopeePay melalui aplikasi dalam telefon pintar Anda. Pastikan Anda telah mengaktifkan ShopeePay terlebih dahulu.

  1. Pertama sekali, sila buka aplikasi Shopee dalam telefon pintar Anda.
  2. Pada halaman utama, sila Anda tekan kotak berlogo dompet tertulis ShopeePay yang mempunyai nilai Ringgit Malaysia (RM). Terletak di bawah kotak pencarian utama.
  3. Jika ini adalah kali pertama Anda gunakan ShopeePay, maka akan keluar butang Activate ShopeePay.
  4. Walau bagaimanapun, sekiranya Anda sudah pernah guna sebelum ini, sila teruskan scroll paparan skrin telefon ke bawah. Kemudian, klik butang Top Up Now dijumpai.
  5. Pada halaman ShopeePay yang tertera, Anda klik pada logo dompet yang disenarai nama Top Up.
  6. Terdapat dua pilihan bagi proses tambah nilai (topup) iaitu pilihan jumlah tambah nilai secara automatic atau secara manual.
    • Untuk topup secara automatik, jumlah topup secara automatik boleh dibuat melalui pemilihan diantara enam kotak berdigit yang tertera.
    • Untuk topup secara manual pula, ia boleh dibuat menerusi kotak yang tertera Input Top-up Amount.
  7. Untuk proses pembayaran, kaedah pembayaran boleh dipilih pada butang Payment.
  8. Sila klik pada butang tersebut dan paparan seterusnya akan membenarkan pengguna untuk memilih kaedah pembayaran yang sesuai dengan keselesaan pengguna.
  9. untuk pilihan kaedah pembayaran yang tertera seperti:
    Kad Kredit.
    Kad Debit.
    FPX.
    7-Eleven.
  10. Seterusnya, seperti yang dimaklumkan di atas, pembayaran boleh dibuat menggunakan kad debit atau kredit, pembayaran secara tunai di 7-Eleven serta pembayaran secara dalam talian (online) melalui FPX.
  11. Bagi pemilihan boleh dibuat mengikut keselesaan pengguna. Setiap proses yopup yang dibuat hanya untuk satu masa sahaja dan pengesahan oleh pemilik akaun adalah diperlukan.
  12. Setelah itu, tanda butang betul atau tick berwarna oren akan terlihat sekiranya pemilihan telah dilakukan.
  13. Seterusnya, klik pada butang Confirm di halaman bawah yang tertera bagi pengesahan untuk kaedah pembayaran.
  14. Selesai Anda memilih kaedah pembayaran, sila kembali ke laman topup dan tekan butang Pay Now untuk membuat pembayaran melalui kaedah yang telah dipilih.
  15. Kemudian, pastikan jumlah dan kaedah pembayaran yang dipilihan adalah tepat. untuk sebarang proses pemulangan jumlah wang adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
  16. Proses tambah nilai (topup) adalah secara serta-merta. Untuk pemilihan pembayaran melalui ShopeePay dapat dilakukan di laman Check Out. Enam (6) digit pin bagi tujuan keselamatan akan diperlukan sebelum transaksi pembayaran dapat diteruskan untuk setiap transaksi yang berjaya.
  17. Selesai.

Baca juga : Cara daftar Shopee Express Rider.

Cara Topup ShopeePay Menggunakan ATM

Berikut adalah langkah-langkah untuk cara topup shopeepay melalui ATM:

  1. Buka Aplikasi Shopee pada telefon bimbit Anda.
  2. Kemudian pilih menu ShopeePay.
  3. Pilih menu Isi Baki (Topup).
  4. Kemudian pilih Bank Transfer (Laraskan dengan bank yang digunakan).
  5. Jika ya, sila pilih Sahkan (Confirm).
  6. Ambil perhatian nombor akaun maya (virtual account) yang disediakan oleh Shopee, kemudian pilih Ok.
  7. Langkah seterusnya ialah pergi ke ATM yang dipilih.
  8. Kemudian masukkan kad ATM dan PIN.
  9. Kemudian pilih menu Transaksi Lain.
  10. Pilih Pindahan Ke Akaun Maya (Virtual Account).
  11. Jika ya, masukkan jumlah nominal yang dikehendaki.
  12. Akhir sekali pilih Ya atau Ok.
  13. Selesai.

Cara Topup ShopeePay di 7-Eleven Secara Cash

Berikut adalah langkah-langkah untuk cara topup shopeepay di 7-eleven:

  1. Pertama sekali, sila buka aplikasi Shopee Anda.
  2. Kemudian, klik pada Me dan klik pada ikon ShopeePay.
  3. Setelah itu, klik pada Top Up.
  4. Pada bahagian One-time Top Up, sila Anda masukkan jumlah yang Anda ingin tambah nilai.
  5. Pada bahagian Payment, Anda pilih pada Cash Payment at Convenienve Stores > Cash Payment at 7-Eleven dan kemudian klik Confirm.
  6. Kemudian, klik pada Pay Now. Lalu Satu Transaction ID akan diberikan.
  7. Setelah itu, Anda pergi ke mana-mana cawangan 7-Eleven dan maklum Anda ingin membuat bayaran tambaha nilai shopeepay Anda.
  8. Staff 7-Eleven tersebut akan scan barcode transaction ID tersebut dan Anda boleh buat bayaran secara cash seperti biasa.
  9. Seterusnya, wang tersebut akan masuk terus ke akaun ShopeePay Anda serta merta.
  10. Selesai.

Nota: Kod bar ID Transaksi (Barcode Transaction ID) hanya sah untuk tempoh 48 jam. Jika tiada pembayaran dibuat selepas tempoh itu, baki Anda akan dibatalkan secara automatik.

Baca juga : Cara daftar GrabFood Merchant.

FAQ’s

Berikut adalah beberapa contoh soalan lazim yang biasanya timbul berkaitan ShopeePay.

1. Apa yang perlu dilakukan sekiranya Topup ShopeePay gagal?

Jawab: Anda boleh hubungi perkhidmatan pelanggan Shopee di Shopee Customer Service Team atau telefon di 03-27779222.

Laman Web Rasmi Shopee (Shopee Customer Service Team)
Laman Web Rasmi Shopee (Shopee Customer Service Team)

2. Mengapa saya tidak boleh mengaktifkan akaun saya apabila saya cuba memasukkan nombor Ic saya?

Jawab: Ada kemungkinan Anda telah menggunakan nombor IC tersebut dalam akaun Shopee yang lain. Oleh itu, pastikan Anda memadam akaun lama dahulu.

3. Berapa limit transaksi setiap hari?

Jawab: RM4999 untuk akaun Premium ShopeePay, manakala RM2999 untuk akaun ShopeePay Normal/Biasa.

Itulah beberapa maklumat tentang cara topup ShopeePay yang boleh kami kongsikan dengan Anda.