Cara Transfer Kredit Celcom

Jika Anda sedang mencari panduan tentang cara transfer kredit Celcom kepada keluarga, saudara mara atau rakan Anda, maka artikel ini adalah untuk Anda.

Celcom telah menyediakan perkhidmatan pemindahan/transfer kredit Celcom kepada pengguna Celcom Xpax. Dengan perkhidmatan ini, setiap pengguna Celcom Xpax boleh melakukan pemindahan kredit menggunakan telefon bimbit (HP) mereka ke nombor Celcom yang lain.

Pengguna Celcom yang memindahkan jumlah kredit yang mereka miliki ke nombor orang lain, akan ditolak daripada jumlah nominal yang dimasukkan dan nominal akan dihantar untuk menambah kredit penerima.

Perkhidmatan pemindahan kredit Celcom ini amat berguna terutamanya semasa kecemasan di mana penerima sangat memerlukan kredit tetapi keadaan tidak mengizinkan untuk membelinya dengan segera. Dan di sini kami kongsikan kepada Anda langkah-langkah cara transfer kredit Celcom.

cara transfer kredit celcom

Cara Transfer Kredit Celcom Ke Celcom

Terdapat dua cara untuk transfer/share kredit Celcom iaitu melalui kod dailan (USSD) dan melalui SMS.

A. Cara Transfer Kredit Celcom Via USSD

Cara transfer kredit Celcom via USSD *365*3# adalah seperti berikut:

  1. Buka Menu Hubungi (Kontak) pada telefon anda.
  2. Kemudian, dial *365*3#.
  3. Klik 1 Untuk Hantar kredit.
  4. Kemudian klik Send.
  5. Lalu klik 1 Untuk Masukkan nombor (Enter a number).
  6. Klik Send.
  7. Kemudian masukkan Amaun kredit dan Nombor telefon telefon penerima.
    Contoh: RM3 diikuti dengan nombor telefon penerima 025xxxxxxx.
    3 025xxxxxxx pada ruang yang diberikan.
    Klik Send.
  8. Kemudian, klik 1 Untuk Proceed.
  9. Masukkan Nama samaran (Nickname) dengan 8 Patah perkataan pada ruangan yang diberikan.
  10. Klik Send.
  11. Keluar satu menu kecil yang mengatakan Nickname has been updated (nama samaran anda telah dikemaskini).
  12. Selesai.

B. Cara Transfer Kredit Celcom Via SMS

Share/cara transfer kredit Celcom melalui SMS adalah:

  1. Buka aplikasi Messages pada telefon anda.
  2. Kemudian, klik New Message (mesej baru).
  3. Lalu taip RM diikuti Amaun dan hantarkan ke 1 (Nombor penerima).
    Contoh: Masukkan RM3 (pada ruang mesej baru).
    Pada ruang nombor penerima pula, letakkan 1 diikuti dengan 025xxxxxxx.
    Jadi, 1025xxxxxxx merupakan format tepat pada ruang nombor penerima.
  4. Selesai.

Baca juga: Panduan cara share kredit U Mobile.

Cara Transfer Kredit Celcom Ke Negara Lain Yang Ada Di Asia

Negara yang diberi peluang untuk share kredit Celcom seperti Bangladesh, India, Indonesia, Pakistan, Philippines, Thailand, Vietnam, China, Sri Lanka, Nepal, Cambodia dan Myanmar. Dan berikut ialah langkah-langkah ringkas share/cara transfer kredit Celcom ke luar negara:

  1. Pertama, Anda perlu ada minimum RM10 dan akaun aktif bagi melakukan transaksi tersebut.
  2. Kalau melalui USSD, berikut caranya:
  • Bukakan Menu hubungi pada telefon anda.
  • Kemudian, dial *162#.

cara transfer kredit celcom (negara lain)

  • Pilih negara (contoh: Indonesia) yang ingin Anda share kredit.
  • Kemudian klik Send.

cara transfer kredit celcom (negara lain 2)

  • Masukkan Kod negara berserta Nombor penerima.
  • Kemudian klik Send.

cara transfer kredit celcom (negara lain 3).jpg

  • Pilih Amaun (RM) yang ingin transfer.
  • Kemudian klik Send.
  • Tekan 1 Untuk Confirm.
  • Lalu klik Send.
  • Akan ada Pop-up yang akan menyatakan bahawa transaksi anda diterima dan penghantar akan menerima SMS tentang status transaksi tersebut.
  • Lalu klik Ok.
  • Selesai.

Sila baca juga artikel kami yang lain tentang cara check baki Celcom.

Request Kredit Celcom

Setelah anda baca tentang cara share kredit Celcom melalui USSD dan SMS, terdapat pula cara request kredit Celcom melalui SMS. Penghantar bukan sahaja boleh share sahaja tapi juga boleh minta kredit. Berikut merupakan caranya.

  1. Buka aplikasi Messages pada telefon anda.
  2. Kemudian, klik New Message (mesej baru).
  3. Taip RQ diikuti RM Amaun dan hantarkan ke Nombor telefon penerima.
    Contoh: Taip RQ RM3 (pada ruang mesej baru).
    Pada ruang nombor penerima pula, letakkan Nombor penerima sahaja, 025xxxxxxx.
  4. Selesai.

Baca juga: Cara share kredit Maxis.

Terma dan Syarat Transfer Kredit Celcom

  1. Bahagian Kredit RM1 dan RM2 datang dengan kesahan 1 hari. Apa-apa amaun dari RM3 ke atas datang dengan sah 3 hari. Tempoh sah baru penerima tertakluk kepada kesahan kredit sedia ada mereka, tempoh yang lebih besar akan berlaku.
  2. Pelanggan mestilah di Malaysia semasa meminta atau membuat pemindahan.
  3. Setelah pengaktifan, pelanggan baru perlu menggunakan kredit RM10 sebelum mereka layak menggunakan Celcom Credit Share. Selepas itu mereka hanya perlu memastikan bahawa mereka mempunyai baki kredit minimum sebanyak RM2 untuk menggunakan Celcom Credit Share atau tempoh tinggal melebihi 30 hari.
  4. Untuk Jadual Pemindahan Kredit, jika pelanggan memilih jadual Mingguan atau Bulanan, pemindahan kredit secara automatik akan dicetuskan setiap minggu atau setiap bulan masing-masing bermula dari tarikh ia dijadualkan.
  5. Selepas setiap pemindahan berjaya, caj perkhidmatan 50sen dikenakan.
  6. Selepas setiap permintaan yang berjaya, caj perkhidmatan 20sen dikenakan.
  7. Pelanggan dalam tempoh tenggang 50 hari dan/atau tanpa Baki Kredit masih boleh menerima Saham Kredit.

Anda juga boleh melayari laman web rasmi Celcom di https://www.celcom.com.my/ jika Anda mempunyai sebarang pertanyaan.

Transaksi share/transfer kredit Celcom tidak mengubah status tempoh aktif dan tempoh mengisi semula, kedua-dua penerima dan penghantar.

Itulah panduan tentang cara transfer kredit Celcom.