Cara Share Kredit U Mobile

U Mobile merupakan penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang telah wujud sejak sekian lama dan mempunyai ramai pengguna di Malaysia. U Mobile juga dikenali sebagai penyedia yang menawarkan banyak pakej menarik dan murah, inilah yang membuatkan pengguna U Mobile terus berkembang dari semasa ke semasa.

Selain kerap menyediakan promo dan pakej murah, U Mobile juga mempunyai banyak perkhidmatan yang memudahkan aktiviti komunikasi kepada pelanggan. Salah satu perkhidmatan daripada U Mobile yang akan kami cuba bincangkan kali ini ialah perkhidmatan perkongsian kredit U Mobile. Di sini, kami akan berkongsi panduan tentang cara Share Kredit U Mobile untuk Anda.

cara share kredit u mobile

Terma dan Syarat Share Credit U Mobile

Sebelum kita mula membincangkan cara share kredit U Mobile. Adalah baik untuk mengetahui terlebih dahulu terma dan syarat yang dikenakan oleh U Mobile.

  1. CreditShare ialah perkhidmatan pemindahan kredit yang tersedia untuk pelanggan Prabayar U Mobile sahaja.
  2. Yuran perkhidmatan akan dikenakan selepas setiap transaksi yang berjaya; a. Pengirim – RM0.50 b. Penerima – RM0.20
  3.  Anda dibenarkan melakukan pemindahan kredit untuk maksimum RM100 sebulan. Jumlah minimum untuk melakukan pemindahan kredit ialah RM1. Jumlah maksimum pemindahan kredit harian ialah RM10 setiap nombor mudah alih bagi setiap transaksi atau maksimum 10 transaksi sehari, yang mana terdahulu.
  4. Penerima dibenarkan menerima pemindahan kredit untuk maksimum RM100 sebulan setiap nombor. Kredit yang diterima di bawah perkhidmatan ini tidak boleh dipindah milik.
  5. Anda tidak akan dicaj apabila Anda meminta kredit. Walau bagaimanapun, pengirim akan dikenakan bayaran RM0.50 dan penerima akan dikenakan bayaran RM0.20 untuk setiap pemindahan yang berjaya.
  6. Anda tidak akan dikenakan bayaran/caj untuk meminta atau memindahkan kredit melalui SMS apabila Anda berada di Malaysia. Walau bagaimanapun, Anda akan dikenakan bayaran jika Anda menggunakan perkhidmatan CreditShare semasa merayau. Caj bergantung pada negara perayauan dan pengendali yang telah Anda pilih. Untuk senarai penuh, sila ke u.com.my/international-roaming/roaming-overseas.
  7. Jika Anda menukar pelan Anda, kredit yang Anda terima di bawah perkhidmatan ini akan terbatal.
  8. Nombor Anda perlu aktif untuk membuat pemindahan kredit. Aktif di sini bermakna nombor Anda boleh membuat dan menerima panggilan.
  9. Anda perlu mempunyai baki kredit minimum RM1 selepas memindahkan kredit dan yuran perkhidmatan ditolak.
  10. Jika Anda menerima pindahan kredit apabila akaun Anda tidak dalam status aktif, akaun Anda akan menjadi aktif untuk bilangan hari bergantung pada jumlah kredit yang diterima (sila rujuk FAQ). Namun jika Anda menggunakan: a. Power Prepaid, Anda tidak akan dapat menikmati perkhidmatan internet berkelajuan tinggi 1 GB percuma; atau b. Prabayar Kuasa Tanpa Had, Anda tidak akan dapat menikmati perkhidmatan App-Onz percuma. c. Funz tanpa had, Anda tidak akan dapat menikmati data tanpa had percuma untuk aplikasi permainan, sosial dan pemesejan.
  11. U Mobile boleh mengubah mana-mana terma dan syarat ini termasuk menamatkan atau menggantung perkhidmatan CreditShare ini. Sebarang perubahan sedemikian akan diumumkan di laman web U Mobile. Adalah menjadi tanggungjawab Anda untuk menyemak terma dan syarat ini di laman web kami.
  12. Langganan dan penggunaan perkhidmatan mudah alih prabayar U Mobile adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Prabayar standard U Mobile dan jika berkenaan, terma dan syarat ini. Sekiranya berlaku sebarang percanggahan, Terma dan Syarat Prabayar standard U Mobile akan terpakai setakat ketidakkonsistenan tersebut.

Baca juga: Panduan cara transfer kredit Digi.

Jumlah Kredit yang Boleh Request dan Transfer

Berikut adalah senarai jumlah kredit yang boleh diminta dan dipindahkan.

AMAUNTEMPOH KESAHAN
RM11 day
RM33 days
RM55 days
RM107 days

Cara Share Kredit U Mobile

Selepas Anda membaca dan memahami terma-terma dan syarat-syarat U Mobile di atas. Seterusnya ialah cara share kredit U Mobile melalui beberapa cara yang boleh Anda gunakan iaitu melalui SMS, melalui UMB, melalui aplikasi My Umobile dan melalui laman web rasmi U Mobile.

A. Cara Share Kredit U Mobile Melalui SMS

Cara share kredit U Mobile boleh melalui SMS, dengan format berikut:

  • Taip SMS: TR<space>amaun<space>nombor penerima hantar ke 28166.
  • Contoh: TR RM10 085654239873 hantar ke 28166.
  • Pastikan amaun dan nombor penerima sudah betul.
  • Jika transfer berjaya, akan ada SMS pengesahan.

Nota: Jika mahu request credit taip: RQ<space>amaun<space>nombor penerima hantar ke 28166.

Baca juga: Panduan cara share kredit Maxis.

B. Cara Share Kredit U Mobile Melalui UMB

Cara kedua untuk berkongsi kredit U Mobile boleh melalui UMB, dengan cara berikut:

  1. Pertama sekali, sila Anda dial *118#.cara share kredit u mobile (via dial 1)
  2. Kemudian, pilih Next (99. Next).
  3. Setelah itu. pilih 3. Internet/Services.cara share kredit u mobile (via dial 2)
  4. Setelah itu, pilih 7. Credit Share.cara share kredit u mobile (via dial 3)
  5. Pilih 1. Transfer Credit.cara share kredit u mobile (via dial 4)
  6. Kemudian masukkan nombor atau pilih dari senarai nombor paling terkini yang ingin Anda transfer kredit.cara share kredit u mobile (via dial 5)
  7. Seterusnya, masukan jumlah amaun yang mahu di transfer.cara share kredit u mobile (via dial 6)
  8. Jika transfer berjaya, akan ada SMS pengesahan.cara share kredit u mobile (via dial 7)
  9. Selesai.

Semak baki U Mobile Anda secara berkala. Terdapat arahan dan panduan mudah tentang cara cek baki U Mobile yang boleh Anda ikuti.

C. Share Kredit Melalui MyUmobile App

Cara ketiga untuk berkongsi kredit U Mobile boleh melalui MyUmpbile App, dengan cara berikut:

  1. Sila buka aplikasi MyUmobile, lepas tu masuk ke Balance.
  2. Kemudian pilih CreditShare.
  3. Lalu tap pada Credit Transfer, masukan jumlah amaun dan masukan nombor yang mahu Anda kirim, lalu tap Transfer Credit.
  4. Setelah itu, Anda akan menerima mesej pengesahan, tap Proceed.
  5. Jika transfer berjaya, akan ada SMS pengesahan.
  6. Selesai.

Credit Request U Mobile Melalui MyUmobile App

Sementara itu, untuk meminta kredit U Mobile melalui aplikasi MyUmobile, Anda boleh mengikuti langkah berikut:

  • Sila buka aplikasi MyUmobile, lepas tu masuk ke Balance.
  • Kemudian pilih CreditShare.
  • Lalu tap pada Credit Request, masukan jumlah amaun dan masukan nombor yang mahu Anda kirim, lalu tap Request Credit.
  • Seterusnya, Anda akan menerima mesej pengesahan, tap Proceed.
  • Jika transfer berjaya, akan ada SMS pengesahan.
  • Selesai.

Simak artikel lainnya tentang: Cara transfer kredit Celcom.

Anda boleh memuat turun (Download) aplikasi MyUmobile di Google Playstore atau App Store. Aplikasi ini mempunyai ciri-ciri yang lengkap, Anda juga boleh menambah nilai (Top up) U Mobile dengan mudah dan cepat.

D. Transfer Credit U Mobile Melalui Website

laman web rasmi

Cara keempat untuk berkongsi kredit U Mobile boleh melalui laman web rasmi U Mobile di https://www.u.com.my, dengan cara berikut:

  1. Pertama sekali, sila log in di Self Care Umobile.
  2. Kemudian di bawah CreditShare pilih Transfer Credit.
  3. Seterusnya, masukan jumlah amaun dan masukan nombor yang mahu Anda kirim, lalu tap Transfer Credit.
  4. Jika transfer berjaya, akan ada SMS pengesahan.
  5. Selesai.

Itulah panduan beberapa cara share kredit U Mobile mudah dan cepat yang boleh kami kongsikan dengan Anda.