isinar.kwsp.gov.my

Adakah Anda telah melengkapkan pendaftaran i-Sinar KWSP Anda dan membuat permohonan i-Sinar Anda di isinar.kwsp.gov.my?

Jika tidak, kami bukan sahaja berkongsi cara mendaftar , kami juga akan berkongsi cara mengemaskini i-Sinar dan menyemak status i-Sinar.

isinar.kwsp.gov.my

Syarat i-Sinar Dimansuhkan?

Sekarang, kerajaan membenarkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat. Langkau artikel ini untuk mendapatkan panduan menukar amaun i-Sinar.

isinar.kwsp.gov.my

Merupakan portal rasmi i-Sinar yang boleh diakses secara online untuk menyemak segala-galanya berkaitan i-Sinar KWSP.

Login isinar.kwsp.gov.my

Sila Anda ikuti panduan mudah untuk log masuk ke i-Sinar seperti di bawah:

  1. Layari direct link untuk Log Masuk i-Sinar KWSP di https://isinar.kwsp.gov.my
  2. Ada beberapa bahagian yang tertera seperti:
    • Permohonan
    • Panduan Pengguna
    • Semak Status
  3. Jika Anda masih lagi belum daftar i-Sinar dan seterusnya mohon i-Sinar, sila isikan bahagian Permohonan.
  4. Boleh rujuk Panduan Pengguna bergambar yang disediakan oleh pihak KWSP.
  5. Sekiranya Anda sudah mendaftar dan buat permohonan i-Sinar, boleh terus klik Semak Status untuk melihat status kelulusan dan pembayaran.
  6. Walau bagaimanapun, pautan ini masih belum dibuka.
  7. Sila login i-Sinar untuk buat semakan status pada 4 Januari 2021 nanti.

Kemaskini i-Sinar Guna Borang Pindaan

Mengikut maklumat dari salah sebuah cawangan KWSP, untuk kemaskini dan cara menukar amaun i-Sinar, mereka menyediakan Borang Permohonan Pindaan Amaun i-Sinar.

Sementara itu, untuk melakukannya secara online, sila baca panduan kemas kini i-Sinar secara online.

Pemohon dinasihatkan untuk melengkapkan borang ini dan mengembalikannya ke cawangan KWSP. Cawangan tersebut akan menghantar borang yang telah lengkap diisi ke ibu pejabat KWSP. Anda tidak perlu buat apa-apa di isinar.kwsp.gov.my.

Untuk menjimatkan masa dan tidak perlu pergi ke cawangan, kami akan memudahkan Anda dengan menyediakan borang untuk dimuat turun (download).

Berikut ialah panduan untuk kemaskini guna borang pindaan:

  1. Download dan print Borang Permohonan Pindaan Amaun i-Sinar dalam format PDF di sini.
  2. Tandakan X pada salah satu bahagian sahaja:
    • Salah pilih amaun keseluruhan / Bayaran pertama.
    • Perbezaan jumlah Akaun 1 disebabkan Pemulihan IPD (Institusi Pengurusan Dana). Ini ialah wang yang kita redeem daripada Syarikat Amanah, samada Public Mutual, CWA, Kenangan atau sebagainya.
  3. Jadi, jika tersalah amaun, pilih yang sebelah kiri sahaja.
  4. Masukkan maklumat berikut:
    • Nama Penuh
    • No Telefon Bimbit
    • No MyKad / MyPR
    • E-mel
    • No Ahli
  5. Ambil nombor giliran dan bawa borang ke kaunter KWSP.
  6. Turunkan cap ibu jari kanan atau kiri.
  7. Permohonan kemaskini sudah selesai.
Laman Web Rasmi KWSP
Laman Web Rasmi KWSP

Buat Semakan i-Sinar di www.kwsp.gov.my

Berikut adalah cara untuk menjalankan semakan i-Sinar melalui portal i-Sinar. Tak kiralah anda Kategori 1 atau Kategori 2, panduan di bawah adalah sama.

  1. Layari laman web rasmi iSinar KWSP di https://isinar.kwsp.gov.my
  2. Pergi ke bahagian bawah sekali.
  3. Lihat butang Semak Status.
  4. Anda kini boleh lihat maklumat seperti yang terpapar.

Tahniah jika Anda telah lulus. Kalau buat semakan i-Sinar dan dapat status gagal, tak perlu sedih. Anda boleh menghubungi KWSP untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Maklumat Lanjut Berkenaan i-Sinar

Sila hubungi Hotline i-Sinar jika Anda mempunyai soalan tentang ulasan i-Sinar di isinar.kwsp.gov.my atau soalan yang belum dijawab di pautan di bawah:

  • Line: 03-8922 4848.
  • Waktu operasi: Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan).
  • Jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.
  • Talian (Line) ini akan dibuka bermula 21 Disember 2020.

Ibu Pejabat Dan Cawangan KWSP

Berikut adalah senarai ibu pejabat dan alamat kawasan/wilayah KWSP Malaysia.

  1. Alamat Ibu Pejabat, Wilayah Persekutuan, SelangorIbu Pejabat dan Cawangan KWSP
  2. Alamat Pejabat Wilayah Melaka, Johor, PerakIbu Pejabat dan Cawangan KWSP 2
  3. Alamat Pejabat Wilayah Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan, TerengganuIbu Pejabat dan Cawangan KWSP 3
  4. Alama Pejabat Wilayah Pahang, Negeri Sembilan, SarawakIbu Pejabat dan Cawangan KWSP 4
  5. Alamat Pejabat Wilayah Sabah, Institut KWSPIbu Pejabat dan Cawangan KWSP 5

Itulah tadi maklumat mengenai isinar.kwsp.gov.my yang dapat kami kongsikan, semoga dapat memudahkan lagi urusan Anda untuk keluarkan duit di KWSP.