Cara Mohon i-Sinar KWSP Online

Selepas sebelum ini berkongsi cara mohon i-Lestari yang membolehkan Anda mengeluarkan RM500 daripada Akaun 2 KWSP Anda. Yang terbaharu kini datang daripada i-Sinar.

Untuk itu, izinkan kami berkongsi cara mohon i-Sinar KWSP yang membolehkan Anda membuat pengeluaran melebihi RM10,000.

Dan yang menariknya, pengeluaran KWSP ini dari Akaun 1. Sangat menarik bukan?

Bagi Anda yang ingin mencuba memohon pengeluaran i-Sinar KWSP secara online tanpa perlu log masuk ke i-Akaun, di sini kami kongsikan cara mohon i-Sinar KWSP yang mudah untuk Anda ikuti.

Cara Mohon i-Sinar KWSP Online

Siapakah yang Berhak?

Sebagai maklumat yang dikongsikan, mereka yang mengeluarkan wang dari Akaun 1 i-Sinar KWSP melalui portal i-Sinar hanyalah mereka yang pendapatannya telah terjejas akibat COVID-19.

Jika Anda tidak terlalu terjejas, iaitu gaji Anda tidak dikurangkan sebanyak 30% dan Anda hanya ingin mengeluarkan RM10,000 sahaja, itu tidak dibenarkan.

Cara Mohon i-Sinar KWSP (Online Tanpa i-Akaun)

Begini cara mohon i-Sinar KWSP tanpa perlu log masuk ke i-Akaun. Anda hanya boleh log masuk ke i-Sinar KWSP bermula 21 Disember 2020.

Sila ambil perhatian, pengeluaran bermula 21 Disember 2020 hanya untuk Kategori 1. Bagi Kategori 2, permohonan pengeluaran bermula pada 11 Januari 2021.

Berikut adalah langkah-langkah cara mohon i-Sinar KWSP tanpa perlu log masuk ke i-Akaun:

  1. Pertama sekali, sila Anda layari portal rasmi i-Sinar di https://isinar.kwsp.gov.my
  2. Lalu, masukkan Nombor Kad Pengenalan / MyKad / MyPR.
  3. Kemudian, pilih Kod Nombor Telefon Bimbit yang tersenarai:
    • 010
    • 011
    • 012
    • 013
    • 014
    • 015
    • 016
    • 017
    • 018
    • 019
  4. Kemudian, masukkan Nombor Telefon Bimbit Anda yang aktif.
  5. Setelah itu, tekan butang Teruskan.
  6. Sila Anda tunggu Nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang Anda masukkan tadi.
  7. Kemudian, masukkan Nombor OTP tersebut.
  8. Kemudian, tekan butang Sahkan OTP.
  9. Seterusnya, sila Anda jawab Soalan Keselamatan sekiranya tertera untuk pengesahan.
  10. Setelah itu, jika semuanya berjalan lancar, Anda akan berjaya login ke dalam sistem i-Sinar.
  11. Sila Anda ikuti Langkah 1: Amaun Pilihan, untuk tetapkan berapa banyak duit yang anda ingin keluarkan:
    • Anda akan dapat lihat Amaun Kelayakan Keseluruhan yang Anda boleh keluarkan.
    • Gerakkan slider yang bulat itu ke kiri dan ke kanan untuk memilih jumlah amaun yang dikehendaki.
    • Jika Anda ingin keluarkan amaun maksimum, tarik slider ke hujung sebelah kanan.
  12. Sila Anda teruskan dengan Langkah 2: Jadual Bayaran, untuk tetapkan bayaran bulan pertama.
    • Anda boleh gerakkan slider yang bulat itu ke kiri dan ke kanan untuk memilih jumlah bayaran yang dikehendaki untuk bulan pertama.
    • Setelah pilih bayaran bulan pertama, Anda akan dapat lihat bayaran bulan seterusnya iaitu:
    ° Bayaran Bulan Kedua.
    ° Bayaran Bulan Ketiga.
    ° Bayaran Bulan Keempat.
    ° Bayaran Bulan Kelima.
    ° Bayaran Bulan Keenam.
    • Tekan butang Teruskan.
  13. Anda teruskan dengan melengkapkan Maklumat Permohonan:
    • Isikan Nama Penuh seperti dalam Kad Pengenalan.
    • Isikan Nombor MyKad.
    • Isikan Nombor Telefon Bimbit.
    • Isikan Alamat Email.
    • Isikan Alamat Rumah.
    • Isikan Poskod.
    • Isikan Bandar.
    • Pilih Negeri.
  14. Anda teruskan dengan melengkapkan Maklumat Pembayaran.
    • Pilih Bank untuk permohonan pengeluaran i-Sinar online yang tertera seperti berikut:
    ° Affin Bank Berhad.
    ° Agrobank.
    ° Al Rajhi Bank (M) Berhad.
    ° Alliance Bank.
    ° Ambank (M) Berhad.
    ° Bank Muamalat (M) Berhad.
    ° Bank Rakyat.
    ° Bank Islam (M) Berhad.
    ° BSN.
    ° CIMB Bank Berhad.
    ° Citibank Berhad.
    ° EON Bank Berhad.
    ° HSBC Bank (M) Berhad.
    ° Hong Leong Bank.
    ° Kuwait Finance House.
    ° Maybank.
    ° OCBC Bank (M) Bhd.
    ° Public Bank Bhd.
    ° RHB Bank BHd.
    ° Standar Chartered.
    ° UOB (M) Bhd.
    • Masukkan Nombor Akaun Bank (Simpanan / Semasa) yang dipilih tadi.
    • Pastikan nombor akaun bank tersebut adalah akaun milik persendirian.
    • Pastikan nombor akaun bank tersebut masih aktif.
    • Kesilapan dalam memberikan nombor akaun bank yang tidak aktif boleh menyebabkan duit i-Sinar tidak dapat dimasukkan.
    • Kesilapan dalam memasukkan nombor akaun bank juga, walaupun akaun masih aktif, boleh menyebabkan masalah.
    • Tekan butang Teruskan.
  15. Anda teruskan dengan menyemak Maklumat Permohonan dan Maklumat Pembayaran.
    Tick pada bahagian Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan Perakaun Terma & Syarat yang ditetapkan.
    Tick Saya bukan robot bagi meneruskan permohonan pengeluaran i-online
    • Akan keluar 16 petak gambar untuk dipilih.
    • Ikut arahan untuk pilih semua petak yang mengandungi sesuatu gambar yang ditentukan.
    • Contohnya: gambar lampu isyarat, lintasan pejalan kaki, gunung atau bukit dan lain-lain lagi.
    • Jika tidak ada gambar, klik langkau.
    • Pastikan pilihan semua selesai.
    • Klik Hantar.
  16. Sila Anda pastikan keluar paparan yang tertulis “Terima kasih <nama penuh>. Permohonan anda telah diterima. Status permohonan boleh disemak mulai <tarikh yang tertera>”.
  17. Kemudian, tekan butang Cetak & Simpan untuk simpan rekod permohonan i-Sinar Anda.
  18. Seterusnya, permohonan baru pengeluaran i-Sinar tanpa i-Akaun kini sudah selesai.

Baca juga: Cara Kemaskini i-Sinar 2021.

A. Bila Boleh Mohon i Sinar KWSP?

Kini terdapat maklumat rasmi mengenai tarikh Anda boleh memohon i-Sinar.

Untuk i-Sinar Kategori 1, Anda boleh mendaftar bermula daripada:

  • Isnin, 21 Disember 2020.

Untuk i-Sinar Kategori 2, anda boleh mendaftar lewat daripada Kategori 1, yang bermula:

  • Isnin, 11 Januari 2021.

B. Bolehkah Memohon i-Sinar Guna i-Akaun?

Sila ambil perhatian bahawa Anda hanya boleh memilih satu saluran untuk memohon.

  • Seperti i-Lestari KWSP sebelum ini, jika Anda memilih untuk memohon i-Sinar KWSP menggunakan i-Akaun, maka gunakan i-Akaun sahaja.
  • Sekiranya Anda memilih untuk memohon i-Sinar KWSP menggunakan portal i-Sinar, maka gunakan i-Sinar sahaja.

Anda tidak boleh menggunakan kedua-dua kaedah pada masa yang sama. Jika Anda memohon i-Sinar KWSP menggunakan kedua-dua saluran, hanya satu saluran akan diluluskan.

Baca juga: Cara Tukar Amaun i-Sinar Online.

C. Kelayakan Permohonan i-Sinar

Syarat-syarat kelayakan terbahagi kepada dua kategori iaitu:

Kategori 1

Individu yang memenuhi syarat-syarat untuk memohon iSinar mestilah orang yang:

  • Bekerja di sektor formal.
  • Bekerja sendiri.
  • Bekerja di dalam sektor ekonomi gig seperti GrabCar, GrabFood, Foodpanda, Lalamove dan lain-lain.
  • Yang sudah lama tidak mencarum.
  • Yang hilang pekerjaan.
  • Suri rumah.
  • Pekerja yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Buat masa ini, Anda tahu siapa yang layak yang biasanya kumpulan B40. Jadi, bagaimana pula dengan syarat dan kriteria supaya Anda boleh terus memohon i-Sinar apabila ia dibuka?

  • Anda belum mencarum dengan KWSP sekurang-kurangnya 2 bulan berturut-turut semasa membuat permohonan.
    Contohnya: Dua bulan lepas, majikan tidak mencarum wang kepada KWSP Anda. Duit syarikat tak masuk, duit KWSP awak pun dia tak masuk. Kemudian, Anda boleh membuat permohonan i-Sinar.
  • Anda terus bekerja, tetapi mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.
    Contohnya: Kalau gaji pokok RM1500, tiba-tiba disebabkan PKPB ini turun jadi RM1000. Selepas itu, Anda memenuhi kriteria untuk memohon i-Sinar.

Kategori 2

Individu yang layak untuk memohon i-Sinar KWSP mestilah orang yang masih bekerja. Jadi, kami menganggap:

  • Masih bekerja di sektor formal.
  • Masih bekerja sendiri.

Jadi, Anda sudah tahu siapa yang berhak, yang selalunya adalah kumpulan M40. Jadi, bagaimana pula dengan syarat dan kriteria untuk terus memohon i-Sinar apabila ia dibuka?

Anda masih bekerja, tetapi pendapatan keseluruhan Anda telah menurun sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

  • Ini termasuk pengurangan gaji.
  • Pengurangan elaun.
  • Pemotongan tuntutan lebih masa (overtime claim).
  • Pengurangan di atas perlu dibuktikan dengan dokumen.

Berbeza dengan Kategori 1 yang lebih mudah untuk dipohon, Kategori 2 memerlukan penyediaan:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan.
  • Notis berhenti kerja yang diberikan majikan.
  • Surat pemotongan elaun.
  • Surat pemotongan tuntutan kerja lebih masa (OT claim).

Jika Anda tidak dapat memberikan dokumen yang dinyatakan di atas, Anda boleh memasukkan dokumen sokongan lain seperti di bawah:

  • Penyata bank.
  • Surat pengesahan majikan.

Itulah tadi maklumat mengenai cara mohon i-Sinar KWSP secara online tanpa i-Akaun yang bisa kami kongsikan untuk Anda.