Permohonan i-Lestari Online Tanpa i-Akaun KWSP

Sememangnya kaedah sebelum ini, untuk pendaftaran i-Lestari, memerlukan i-Akaun KWSP untuk mengeluarkan simpanan. Namun begitu, bukan semua orang boleh mendaftar kerana terdapat peringkat yang sukar seperti mendaftar nombor telefon dan lain-lain. Ramai ahli KWSP mahukan cara untuk permohonan i-Lestari online tanpa i-Akaun KWSP.

Permohonan i-Lestari Online Tanpa i-Akaun KWSP

Sistem i-Lestari KWSP

Mulai April 2020, KWSP telah membuat penambahbaikan yang memudahkan ahli dengan mewujudkan sistem untuk membuat permohonan secara dalam talian (secara online).

Ini sudah tentu akan memudahkan ahli KWSP mendaftar tanpa perlu datang ke pejabat KWSP.

Selain itu, dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperketatkan bagi membendung penularan virus Corona COVID-19, segala-galanya terhad.

Di antara kelebihan menggunakan sistem ini ialah:

  • Tidak perlu mengisi sebarang borang pengeluaran.
  • Tak perlu pergi ke cawangan KWSP.
  • Tak perlu beratur panjang di kaunter KWSP.
  • Tidak perlu log masuk (login) i-Akaun.
  • Tidak memerlukan e-mel permohonan i Lestari.
  • Boleh semak status permohonan secara online.
  • Anda juga boleh buat semakan pengeluaran secara online.
  • Semuanya dalam talian (secara online) sahaja.

Di bawah ini, kami cuba berkongsi cara untuk permohonan i-Lestari KWSP online tanpa i-Akaun KWSP menggunakan sistem baharu ini.

Baca juga: Cara Aktifkan i-Akaun KWSP.

Permohonan i-Lestari Online Tanpa i-Akaun KWSP

Berikut dikongsikan perkongsian terbaru sistem i-Lestari untuk permohonan i-Lestari online tanpa i-Akaun KWSP. Ini adalah alternatif kepada permohonan yang mewajibkan melalui i-Akaun.

Kelayakan Permohonan

Sebelum ini, izinkan kami kongsikan apakah syarat-syarat untuk membuat permohonan pengeluaran wang i-Lestari KWSP ini.

Pengeluaran ini digunakan untuk ahli yang memenuhi terma dan syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia, pemastautin tetap dan bukan warganegara Malaysia.
  • Berumur di bawah 55 tahun.
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2.

Permohonan i-Lestari Online Tanpa i-Akaun KWSP (Permohonan Baharu)

Untuk permohonan i-Lestari online tanpa i-Akaun KWSP. Sila Anda pastikan terdapat wang yang mencukupi dalam Akaun 2 untuk dikeluarkan.

Sekiranya nombor telefon Anda tidak pernah didaftarkan dalam sistem KWSP, maka Anda perlu mendaftar i-Akaun.

Dan Anda boleh memilih hanya satu saluran untuk memohon.

Iaitu, jika Anda memilih untuk membuat pengeluaran dengan i-Akaun, maka gunakan i-Akaun sahaja. Sebaliknya, jika Anda memilih i-Lestari, maka gunakan i-Lestari sahaja. Tidak boleh kedua-duanya.

  1. Pertama sekali, sila Anda layari portal rasmi i-Lestari di https://ilestari.kwsp.gov.my
  2. Kemudian, klik Permohonan Baharu KWSP.
  3. Kemudian, isikan Nombor MyKad.
  4. Seterusnya, pemohon mestilah belum lagi mencapai umur 55 tahun semasa permohonan permohonan pengeluaran i-Lestari tanpa i-Akaun dibuat.
  5. Lalu, isikan Nombor Telefon Bimbit.
  6. Kemudian, isikan Alamat Email.
  7. Setelah itu, isikan Alamat Rumah.
  8. Isikan Poskod Anda.
  9. Isikan Bandar Anda.
  10. Pilih Negeri Anda.
  11. Kemudian, pilih Amaun di bahagian Amaun Dimohon Sebulan (RM).
  12. Untuk permohonan pengeluaran i-Lestari tanpa i-Akaun, sila Anda pilih amaun mengikut baki yang ada dalam Akaun 2 EPF:
    • RM50.
    • RM100.
    • RM150.
    • RM200.
    • RM250.
    • RM300.
    • RM350.
    • RM400.
    • RM450.
    • RM500.
  13. Selepas buat pilihan Amaun, sila Anda pilih Bank.
  14. Untuk pilihan Bank untuk permohonan pengeluaran i-Lestari online adalah seperti berikut:
    • Affin Bank Berhad.
    • Agrobank.
    • Al Rajhi Bank (M) Berhad.
    • Alliance Bank.
    • Ambank (M) Berhad.
    • Bank Muamalat (M) Berhad.
    • Bank Rakyat.
    • Bank Islam (M) Berhad.
    • BSN.
    • CIMB Bank Berhad.
    • Citibank Berhad.
    • EON Bank Berhad.
    • HSBC Bank (M) Berhad.
    • Hong Leong Bank.
    • Kuwait Finance House.
    • Maybank.
    • OCBC Bank (M) Bhd.
    • Public Bank Bhd.
    • RHB Bank BHd.
    • Standar Chartered.
    • UOB (M) Bhd.
  15. Kemudian, masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa) Aktif untuk buat pengeluaran i-Lestari online ini.
  16. Perlu diingat! Kesilapan dalam memberikan nombor akaun bank yang tidak aktif akan menyebabkan duit i-Lestari tidak masuk.
  17. Termasuk kesilapan dalam memasukkan nombor akaun bank juga, walaupun akaun masih aktif, akan menyebabkan masalah.
  18. Setelah itu, sila Tick pada bahagian Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan Perakaun Terma & Syarat yang ditetapkan.
  19. Kemudian, sila Tick Saya bukan robot bagi meneruskan permohonan pengeluaran i-online.
  20. Seterusnya, akan keluar 16 petak gambar untuk dipilih.
  21. Setelah itu, sila Anda ikut arahan untuk pilih semua petak yang mengandungi sesuatu gambar yang ditentukan.
  22. Contohnya: gambar lampu isyarat, lintasan pejalan kaki, gunung atau bukit dan lain-lain lagi.
  23. Jika tidak ada gambar, sila klik langkau.
  24. Pastikan pilihan semua selesai.
  25. Kemudian, klik Hantar.
  26. Tahniah! Permohonan baru pengeluaran untuk permohonan i-Lestari online tanpa i-Akaun KWSP kini sudah selesai.

Semakan Status Permohonan Pengeluaran i-Lestari

Sila Anda ikuti panduan mudah di bawah untuk menyemak permohonan secara online ini iaitu mengeluarkan i-Lestari KWSP tanpa i-Akaun.

Untuk panduan yang lebih terperinci, sila rujuk pada semakan i-Lestari online.

  1. Sama juga, sila Anda layari i-Lestari online di https://ilestari.kwsp.gov.my
  2. Kemudian, klik Semak Permohonan.
  3. Seterusnya, pastikan Anda berada di bahagian Semakan Status KWSP.
  4. lalu, isikan Nombor MyKad sama seperti dalam Kad Pengenalan.
  5. Kemudian, isikan Nombor Telefon Bimbit yang betul dan tepat untuk semakan permohonan pengeluaran i-Lestari online ini.
  6. Seterusnya, Tick Saya bukan robot.
  7. Selepas tick, akan keluar 16 petak gambar untuk dipilih.
  8. Sila ikut arahan untuk pilih semua petak yang mengandungi sesuatu gambar yang ditentukan.
  9. Contohnya: gambar lampu isyarat, lintasan pejalan kaki, gunung atau bukit dan lain-lain lagi.
  10. Jika tidak ada gambar yang berkaitan, klik Langkau.
  11. Pastikan pilihan gambar telah selesai untuk meneruskan semakan pengeluaran iLestari online.
  12. Kemudian, klik Semak.
  13. Seterusnya, Anda akan dapat masuk melihat status permohonan KWSP i-Lestari.
  14. Tahniah! Permohonan untuk buat semakan pengeluaran KWSP i-Lestari online tanpa i-Akaun kini sudah selesai.
  15. Seterusnya, bayaran akan dimasukkan ke dalam bank pilihan.
  16. Jika semakan status Lulus, Anda tak perlu buat apa-apa. Hanya perlu tunggu duit masuk sahaja.

FAQ’s

Berikut adalah contoh beberapa soalan yang berkaitan permohonan i-Lestari online tanpa i-Akaun KWSP.

1. Bilakah saya boleh dapat wang KWSP i Lestari?

Jawab: Bagi pemohon yang membuat permohonan pengeluaran sebelum akhir bulan, anda akan dibayar pada bulan berikutnya. Maksudnya, bukan wang yang akan diterima bukan pada bulan yang sama.

Untuk memudahkan anda memahaminya, berikut kami berikan satu contoh:

  • Tarikh permohonan: April 2020.
  • Permohonan diterima: April 2020.
  • Permohonan disahkan: April 2020.

Kemudian bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun bank pada bulan Mei 2020.

Walaupun permohonan ini adalah permohonan atas talian (secra online), ia juga mengambil masa untuk diproses oleh kakitangan KWSP.

2. Berapa banyak i-Lestari KWSP boleh dikeluarkan?

Jawab: Jumlah (amaun) wang KWSP i-Lestari yang boleh dikeluarkan adalah bermula dari RM50 hingga maksimum RM500 sebulan.

Sekiranya anggaran mudah dibuat:

  • Jika Anda keluarkan RM 500 setiap bulan.
  • Dan berterusan selama 12 bulan.
  • Jumlah amaun yang akan dikeluarkan adalah RM 6,000.

Walau bagaimanapun, ini bergantung pada baki ahli dalam Akaun 2 KWSP .

Untuk permohonan pengeluaran boleh dibuat secara online. Permohonan pengeluaran Akaun 2 KWSP ini juga hanya perlu dilakukan sekali sahaja.

Ahli boleh mendaftar dalam tempoh 12 bulan bermula April 2020 hingga Mac 2021. Cuma jangan berlengah sehingga hampir Mac 2021.

3. Bagaimana jika kita tiada akaun bank?

Jawab: Tak boleh. Untuk pengeluaran menggunakan sistem i-Lestari, Anda mesti mempunyai akaun atas nama Anda sendiri. Sila Anda tunggu selepas PKP tamat untuk membuka akaun di bank berhampiran.

Walaupun masih April 2020, masih ada masa yang cukup sehingga Mac 2021 untuk menguruskan pengeluaran.

4. Bolehkah saya menggunakan akaun bank pasangan saya?

Jawab: Walaupun permohonan boleh dibuat oleh sesiapa sahaja termasuk suami atau isteri, untuk maklumat bank mestilah sama dengan nama pemohon.

Maksudnya, jika pemohon adalah suami, maka suami hendaklah menggunakan akaun bank atas namanya sendiri.

Itulah tadi maklumat mengenai cara untuk permohonan i-Lestari online tanpa i-Akaun KWSP yang boleh kami kongsikan untuk Anda.