Bagi Anda yang telah melengkapkan permohonan i-Sinar KWSP Kategori 2, sudah tentu Anda sudah berasa lebih tenang kan? Namun, biasanya Anda tidak sabar untuk mengetahui bilakah Anda boleh membuat semakan i-Sinar KWSP Kategori 2.
Atas sebab ini, pada kesempatan ini, kami akan cuba berkongsi dengan Anda panduan langkah demi langkah untuk semakan i-Sinar KWSP Kategori 2 yang mudah untuk Anda ikuti di rumah.
Semakan i-Sinar KWSP Kategori 2 (Semak Keputusan Lulus / Tidak)
Terdapat dua cara yang boleh Anda gunakan untuk mengetahui sama ada Anda lulus atau tidak selepas mendaftar i-Sinar dan juga mendaftar secara online.
A. Semakan i-Sinar KWSP Kategori 2 di isinar.kwsp.gov.my
Persediaan / Pra-Syarat
Sebelum Anda menjalankan semakan i-Sinar KWSP Kategori 2, pastikan Anda memenuhi kriteria berikut:
- Anda sudah apply i-Sinar.
- Pastikan Nombor Kad Pengenalan / MyKad /MyPR yang bakal Anda masukkan nanti untuk buat semakan adalah sama seperti yang diisi semasa membuat permohonan i-Sinar KWSP tempohari.
- Pastikan Nombor Telefon Bimbit Anda juga mesti sama seperti yang diisi semasa memohon i-Sinar KWSP tempohari.
- Sekiranya salah satu tidak sama, Anda akan mempunyai masalah untuk membuat semakan permohonan dan melihat keputusan kelulusan.
Sebenarnya tiada beza cara untuk membuat semakan i-Sinar KWSP bagi Kategori 1. Ini kerana kedua-duanya perlu melalui portal i-Sinar KWSP di isinar.kwsp.gov.my.
Namun, bagi memudahkan Anda yang sedang membaca sekarang, kami sertakan langkah-langkah berikut untuk membuat semakan i-Sinar KWSP Kategori 2:
- Pertama sekali, sila Anda layari laman web rasmi iSinar KWSP di https://isinar.kwsp.gov.my
- Setelah itu, Anda akan lihat dua butang besar ini:
• Permohonan Baharu (Permohonan akan tamat pada 30 JUN 2021).
• Semak Status Permohonan. - Kemudian, Anda klik butang Semak Status Permohonan.
- Seterusnya, sila Anda masukkan Nombor MyKad/MyPR di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, masukkan Nombor Telefon Bimbit di ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, sila Anda pilih kod yang mempunyai pilihan berikut:
• 010
• 011
• 012
• 013
• 014
• 015
• 016
• 017
• 018
• 019 - Seterusnya, Anda masukan Nombor Telefon Bimbit Anda yang sah.
- Kemudian, Tick kotak empat segi Saya bukan robot.
- Setelah itu, tekan butang Semak Status.
- Seterusnya, Anda kini boleh lihat maklumat seperti yang terpapar samada lulus atau tidak.
- Selesai.
Baca juga: Cara Check Status i-Sinar.
B. Semakan i-Sinar KWSP Melalui i-Akaun di secure.kwsp.gov.my
Persediaan / Pra-Syarat
Sebelum Anda menyemak i-Sinar KWSP Kategori 2 melalui i-Akaun, pastikan Anda memenuhi kriteria berikut:
- Anda mempunyai ID Pengguna yang masih lagi aktif.
- Sila Anda ambil maklum, ID Pengguna bukan nombor ahli.
- ID Pengguna ialah username yang Anda cipta semasa daftar i-Akaun KWSP tempohari.
- Anda mestilah masih lagi ingat Kata Laluan Anda.
Ini merupakan alternatif kepada kaedah pertama.
- Sila Anda layari laman web KWSP (https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login)
- Kemudain, pilih BM di bahagian atas untuk tukar bahasa ke Bahasa Melayu.
- Kemudian, Anda masukkan ID Pengguna.
- Setelah itu, tekan butang Teruskan.
- Seterusnya, sila Anada lihat Imej Keselamatan dan Frasa Rahasia.
- Sila Anda pastikan kedua-dua Imej Keselamatan dan Frasa Rahsia adalah betul.
- Kemudian, masukkan Kata Laluan.
- Kemudian, tekan butang Log Masuk.
- Seterusnya, sila Anda tekan Inbox di bahagian menu atas.
- Kemudian, cari mesej mengenai permohonan i-Sinar diluluskan atau tidak.
- Selesai.
Maklumat Lanjut Berkenaan i-Sinar KWSP
Sila Anda hubungi Hotline i-Sinar KWSP di pautan di bawah, jika Anda mempunyai soalan tentang proses semakan i-Sinar atau soalan lain yang belum dijawab berkenaan i-Sinar Kategori 2:
- Line (Talian): 03-8922 4848.
- Waktu Operasi: Hari Isnin – Jumaat (Kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan).
- Jam: Jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.
Itulah tadi maklumat mengenai cara buat semakan i-Sinar KWSP Kategori 2 yang boleh kami kongsikan untuk Anda.