Berita baik untuk Anda semua. Bagi Anda yang telah membuat permohonan i-Citra beberapa hari lalu, kini Anda boleh membuat semakan kelulusan i-Citra secara online melalui laman web rasmi i-Citra.kwsp.gov.my.
Dan berikut kami akan kongsikan cara buat semakan kelulusan i-Citra yang mudah diikuti.
Cara Semak Penerimaan Permohonan i-Citra
Sebelum Anda menyemak kelulusan i-Citra, Anda perlu pastikan permohonan Anda diterima atau tidak.
Berikut adalah langkah-langkah untuk menyemak penerimaan permohonan i-Citra:
- Pertama sekali, sila Anda layari portal rasmi i-Citra di https://icitra.kwsp.gov.my
- Sila Anda buat Permohonan i-Citra mengikut panduan yang diberikan.
- Kemudian, selesaikan Bahagian 1: Amaun Pengeluaran.
- Lalu, selesaikan Bahagian 2: Maklumat Permohonan.
- Setelah itu, selesaikan Bahagian 3: Pengesahan Permohon.
- Seterusnya, sila ambil perhatian pada Bahagian 4: Selesai.
- Kemudian, Anda akan melihat paparan Terima Kasih. Yang berarti Permohonan Anda telah diterima. Sekiranya permohonan Anda diluluskan, bayaran akan dibuat mulai bulan Ogos.
- Seterusnya, sila Anda Screenshot dan Simpan paparan ini untuk rekod.
- Selesai.
Baca juga: Cara Kemaskini i-Citra.
Cara Buat Semakan Kelulusan i-Citra (Check Status Lulus/Tidak)
Berikut adalah langkah-langkah cara buat semakan kelulusan i-Citra:
- Sila Anda layari portal rasmi i-Citra di https://icitra.kwsp.gov.my
- Kemudian, klik Semak Status Permohonan; atau
- Anda juga bisa klik direct link ini: https://icitra.kwsp.gov.my/check-status
- Kemudian, masukkan Nombor MyKad / MyPR.
- Sila Anda abaikan Nombor Pasport / MyKAS kerana ini adalah untuk semakan pencarum yang berstatus Bukan Warganegara.
- Setelah itu, sila Anda pilih Kod Nombor Telefon Bimbit yang tersenarai:
• 010
• 011
• 012
• 013
• 014
• 015
• 016
• 017
• 018
• 019 - Kemudian, masukkan Nombor Telefon Bimbit Anda yang betul dan masih aktif semasa pendaftaran tempohari.
- Lalu, Tick Saya bukan robot.
- Setelah itu, tekan butang Semak Status.
- Seterusnya, sila Semak Status Kelulusan Anda seperti yang terpapar.
- Kemudian, sekiranya berjaya, Anda akan melihat paparan Status Permohonan dan dibawah tulisan tersebut Anda terpapar Nama Anda.
- Selanjutnya, di bawah nama Anda, akan ada butang warna hijau Permohonan Anda Telah Diluluskan.
- Seterusnya, Maklumat mengenai pembayaran juga akan dipaparkan.
- Contoh: Pembayaran bulan pertama ke dalam akaun bank Anda akan dibuat sebelum 31 Ogos 2021.
- Tahniah! Semakan kelulusan i-Citra Anda selesai.
Baca juga: i-Citra Bila Masuk?
Bagi Anda yang belum mendaftar, sila daftar i-Citra KWSP sebelum tarikh tutup 30 September 2021.
Jika semasa proses pendaftaran nanti, Anda tidak menerima SMS OTP/TAC, mungkin ada sedikit masalah dengan nombor telefon Anda. Jika itu berlaku, Anda boleh rujuk cara menukar nombor telefon KWSP.
Itulah tadi sedikit maklumat mengenai cara buat semakan kelulusan i-Citra yang boleh kami kongsikan untuk Anda.