Temujanji Bank Rakyat Malaysia adalah sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh Bank Rakyat untuk memudahkan pelanggannya membuat temujanji dengan kakitangan bank tanpa perlu menunggu lama di kaunter. Dalam era digital yang semakin pesat ini, penggunaan teknologi telah memainkan peranan penting dalam memudahkan urusan harian.
Dengan Temujanji Bank Rakyat, pelanggan dapat membuat temujanji untuk urusan perbankan seperti membuka akaun, memohon pinjaman, menguruskan kad kredit dan banyak lagi, dengan hanya beberapa klik sahaja.
Dalam artikel ini, kita akan mengupas lebih lanjut mengenai kelebihan Temujanji Bank Rakyat dan bagaimana ia dapat membantu pelanggan bank membuat urusan perbankan mereka dengan lebih mudah dan pantas.
Bank Rakyat
Bank Rakyat adalah bank yang didirikan pada tahun 1954 dan kini menjadi bank syariah terbesar di Malaysia. Bank ini mempunyai lebih daripada 144 cawangan dan perkhidmatan perbankan internet dan mudah alih yang menyediakan perkhidmatan perbankan yang berlandaskan syariah.
Bank Rakyat memberikan tumpuan kepada sektor kecil dan sederhana (SME) serta menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan seperti pinjaman peribadi, pembiayaan perniagaan, pembiayaan hartanah, kad kredit, simpanan dan banyak lagi. Bank Rakyat juga mempunyai inisiatif-inisiatif seperti Temujanji Bank Rakyat untuk memudahkan urusan perbankan pelanggan.
Temujanji Bank Rakyat
Di bawah akan diterangkan mengenai beberapa perkhidmatan yang boleh dibuat temujanji dengan Bank Rakyat dan panduan cara membuat temujanji dengan Bank Rakyat secara online.
A. Perkhidmatan yang Boleh Dilakukan untuk Menempah Slot Temujanji Secara Online di Bank Rakyat
Terdapat beberapa perkhidmatan yang boleh dilakukan untuk membuat temujanji di eAppointment. Sebahagian daripadanya adalah seperti berikut:
- Ar-Rahnu
- Transaksi Perbankan
Ar-Rahnu
- Gadaian
- Tebus Gadai
Transaksi Perbankan
- Transaksi Perbankan.
- Pembukaan Akaun: Pembukaan akaun baru Bank Rakyat bagi Akaun Simpanan-i, Semasa-i, Deposit-i Berjangka, iRakyat & iBiz.
- Pengeluaran/Simpanan: Pengeluaran atau Simpanan bagi akaun Deposit-i Berjangka.
- Penghantaran Wang (IBG/Rentas/Remittance): Pengiriman wang melalui sistem (IBG/Rentas) di kaunter.
- Perkhidmatan Tabung Haji: Pembukaan akaun baru Tabung Haji, Proses deposit / pengeluaran akaun, Pindahan wang antara akaun Tabung Haji, Pendaftaran Haji.
- Permohonan Pembiayaan-i: Permohonan pembiayaan untuk Sewa Beli-i, Perumahan-i, Perusahaan Kecil & Sederhana, Peribadi-i.
- Permohonan Penyata Akaun: Permohonan untuk penyata akaun simpanan, penyata akaun pembiayaan atau penyata penjelasan akaun pembiayaan.
- Penggantian Kad Debit-i: Proses penggantian Kad Debit-i boleh dibuat sekiranya kad rosak, kad hilang/dicuri, terlupa nombor pengenalan persendirian atau tersilap menghubungkan nombor akaun.
- Susulan Kredit (Bayaran Ansuran/Perundingan): Bayaran ansuran pembiayaan atau sebarang khidmat nasihat / rundingan dengan pihak bank.
- Deposit Syiling: Perkhidmatan deposit duit syiling (hanya terdapat di cawangan tertentu sahaja).
Baca juga: Cara Semak Baki Akaun Bank Rakyat Online.
B. Cara buat Temujanji Bank Rakyat Secara Online di eAppointment
Lihat panduan di bawah untuk mengetahui cara membuat temujanji bank secara online. Kaedahnya adalah seperti berikut:
- Sila Anda layari laman web rasmi Bank Rakyat di https://appointment.bankrakyat.com.my/
- Setelah itu, Anda akan dibawa ke laman Bank Rakyat eAppointment.
- Sila Anda pilih Bahasa untuk penggunaan di laman appointment.
- Lalu tekan bahagian Janji Temu Baharu.
- Kemudian lengkapkan maklumat yang diminta seperti:
• Negeri & Perkhidmatan
• Jenis Perkhidmatan
• Perkhidmatan - Kemudian, tekan Seterusnya.
- Setelah itu, pilih Cawangan.
- Seterusnya, pilih Tarikh.
- Kemudian, pilih Masa.
- Lalu tekan Seterusnya.
- Sila isikan maklumat di bahagian Informasi Anda seperti:
• Nama Penuh(*)
• Nombor IC(*)
• Nombor Telefon(*)
• Emel
• Komen - Setelah itu, tekan Seterusnya.
- Kemudian, sila semak maklumat Anda di bahagian Pengesahan.
- Setelah itu, tekan Hantar.
- Tahniah! Tempahan temujanji Bank Rakyat Anda telah berjaya.
- Selesai.
Nota:
-
Anda boleh memilih Bahasa English atau Bahasa Melayu untuk digunakan di laman membuat appointment.
-
Untuk bahagian yang bertanda (*) adalah wajib diisi.
-
Pastikan maklumat Anda adalah tepat dan betul.
-
Sila Anda screenshot/muat turun/cetak Paparan Temujanji anda sebagai rujukan di kaunter semasa temujanji.
-
Anda boleh terus membuat tempahan temujanji Bank Rakyat tanpa perlu apa-apa pendaftaran atau Login akaun.
Baca juga: Pinjaman Mikro Bank Rakyat.
C. Cara Cari Maklumat Temujanji
Bagi Anda yang ingin mengetahui maklumat tentang temujanji Anda dengan Bank Rakyat, Anda boleh menyemak maklumat temujanji dengan cara berikut:
- Sila layari laman web Bank Rakyat eAppointment di https://appointment.bankrakyat.com.my/
- Lalu pilih Bahasa.
- Setelah itu, sila Anda tekan bahagian Semak Janji Temu.
- Kemudain, tekan icon Cari.
- Seterusnya, Maklumat Temujanji Anda akan dipaparkan.
- Selesai.
Maklumat Lanjut
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Temujanji Bank Rakyat Malaysia melalui alamat web, email, dan nombor telefon seperti berikut:
- Laman Web: www.bankrakyat.com.my
- Email: [email protected]
- Pusat Panggilan: 1-300-80-5454
Selain itu, Anda juga boleh mengunjungi cawangan Bank Rakyat yang terdekat dengan Anda untuk mendapatkan maklumat dan bantuan secara langsung dari kakitangan bank.
Dalam era digital yang semakin pesat ini, Temujanji Bank Rakyat Malaysia merupakan salah satu inisiatif yang sangat membantu pelanggan bank dalam membuat urusan perbankan mereka dengan lebih mudah dan pantas. Dengan hanya beberapa klik sahaja, pelanggan dapat membuat temujanji untuk urusan perbankan seperti membuka akaun, memohon pinjaman, menguruskan kad kredit dan banyak lagi. Selain itu, Temujanji Bank Rakyat juga membolehkan pelanggan menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk mengelakkan dari menunggu lama di kaunter.
Dalam kesimpulannya, Temujanji Bank Rakyat Malaysia adalah sebuah platform yang sangat berguna untuk membantu pelanggan bank membuat urusan perbankan dengan lebih mudah dan pantas. Oleh itu, adalah sangat disyorkan untuk pelanggan Bank Rakyat menggunakan platform ini dan mengalami kemudahan dalam membuat temujanji dengan kakitangan bank tanpa perlu menunggu lama di kaunter.