Pinjaman Mikro Bank Rakyat

Bank Rakyat menawarkan pinjaman perniagaan dengan skim kredit mikro, salah satu daripadanya adalah Pembiayaan Mikro MPPK.

Sekiranya Anda memerlukan pinjaman untuk memulakan perniagaan, salah satu bank yang boleh membantu Anda merealisasikannya adalah Bank Rakyat.

Pinjaman perniagaan Bank Rakyat ini diperkenalkan oleh KPDNKK tetapi melalui Bank Rakyat ditujukan kepada Penjaja dan Peniaga kecil dengan tujuan membantu meningkatkan tahap perdagangan.

Bagi Anda yang berhasrat untuk memohon Pinjaman Mikro Bank Rakyat Skim Pembiayaan Mikro MPPK, di sini kami akan kongsikan maklumat berkenaan syarat-syarat, dokumen dan cara memohon.

Pinjaman Mikro Bank Rakyat

Pinjaman Mikro Bank Rakyat Skim Mikro-I Penjaja & Peniaga Kecil (MPPK)

Tujuan Skim Pembiayaan Mikro Penjaja dan Peniaga Kecil (MPPK) adalah untuk membantu usahawan Mikro dan Tidak Formal dalam mengekalkan kesinambungan operasi perniagaan agar mereka dapat bersaing semasa Pandemik COVID-19.

Inisiatif Kerajaan Malaysia yang dilancarkan KPDNKK melalui Bank Rakyat menyasarkan kumpulan penjaja dan peniaga kecil untuk membantu meningkatkan perniagaan masing-masing.

Skim Kredit Mikro MPPK diwujudkan sebagai satu usaha yang diharap dapat membantu sedikit sebanyak meningkatkan taraf perniagaan penjaja dan peniaga kecil ke tahap yang lebih baik daripada sebelumnya.

Laman Rasmi Bank Rakyat (Malaysia)
Laman Rasmi Bank Rakyat (Malaysia)

Ciri Skim Pembiayaan Mikro-i MPPK :

  • Tidak memerlukan penjamin.
  • Tiada cagaran diperlukan.
  • Perlu membayar Duti Setem pada kadar RM5.00 bagi setiap RM1,000 pinjaman atau sebahagian daripadanya.
  • Untuk yuran takaful pada kadar yang telah dipersetujui akan ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan.
  • Tiada kadar keuntungan.
  • Tiada bayaran proses.

Baca juga : Syarat, Dokumen dan Cara Mohon Pinjaman Peribadi Bank Rakyat.

Syarat Kelayakan Pinjaman Mikro Bank Rakyat Skim Mikro-I Penjaja & Peniaga Kecil (MPPK)

Berikut adalah syarat kelayakan Pinjaman Mikro Bank Rakyat Skim Pembiayaan Mikro-I Penjaja & Peniaga Kecil (MPPK):

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia yang berumur 18 – 60 tahun.
  • Tiada muflis.
  • Aktiviti perniagaan pemohon mestilah patuh Shariah.
  • Pemohon mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Pemohon mestilah menjadi ahli persatuan berdaftar.
  • Jenis pemilikan yang dibenarkan: tunggal, kesendirian, perkongsian.
  • Untuk memohon pinjaman ini, pemohon mestilah tidak mempunyai pinjaman perniagaan mikro yang masih berjalan di bank lain.
  • Penjaja atau peniaga kecil yang menjalankan mikro enterpris secara sepenuh masa.

Baca juga : Cara Mohon Pinjaman Peribadi Bank Rakyat untuk Blacklist.

Dokumen untuk Pinjaman Mikro Bank Rakyat Skim Mikro-I Penjaja & Peniaga Kecil (MPPK)

Berikut adalah dokumen untuk mohon Pinjaman Mikro Bank Rakyat Skim Pembiayaan Mikro-I Penjaja & Peniaga Kecil (MPPK):

  • Borang permohonan Pembiayaan Mikro-i MPPK Bank Rakyat.
  • Salinan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM).
  • Salinan kad pengenalan pemohon.

Caj dan Perkhidmatan Invidivu

Berikut caj dan perkhidmatan invidivu Pembiayaan Mikro Bank Rakyat:

TransaksiCaj
Duti setemRM5.00 setiap RM1,000.00 atau sebahagian daripadanya
TakafulDitolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan

Cara Memohon Pinjaman Perniagaan Bank Rakyat

Anda boleh memohon pinjaman Mikro Bank Rakyat MPPK melalui:

  1. Kunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat terdekat.
  2. Permohonan pinjaman dihantar terus ke Bank Rakyat.
  3. atau Anda bisa hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454 (Official Bank Rakyat).

Itulah maklumat tentang syarat, dokumen dan cara memohon Pinjaman Mikro Bank Rakyat MPPK yang boleh kami kongsikan dengan Anda.