Pinjaman Peribadi Bank Rakyat untuk Blacklist

Jika Anda disenaraihitamkan (blacklist) untuk Pinjaman Peribadi Bank Rakyat, Anda harus membayar hutang Anda dalam satu pinjaman. Ini supaya Anda tidak lagi sibuk dan tertekan kerana banyak pinjaman yang berbeza.

Untuk itu, pada kesempatan kali ini kami akan berkongsi dengan Anda cara memohon Pinjaman Peribadi Bank Rakyat untuk Blacklist. Perlu tahu bahawa pinjaman Bank rakyat i-Aslah CCRIS, CTOS, Blacklist hanya untuk Sektor Penjawat (GOV).

Sila ambil perhatian juga, jika Anda ingin tahu sama ada Anda disenarai hitam dari segi pinjaman, Anda boleh menyemaknya dengan log masuk ke CTOSdigital.

Pinjaman Peribadi Bank Rakyat untuk Blacklist

Penyatuan Hutang

Mempunyai banyak pembiayaan yang berbeza, membayar pada masa yang berbeza untuk jumlah yang berbeza dan kepada pihak yang berbeza boleh menimbulkan tekanan. Walau bagaimanapun, dengan Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang Anda hanya perlu memohon satu pembiayaan untuk membayar pembiayaan lain.

Pinjaman Penyatuan Hutang ialah hutang – hutang sedia ada/lama yang disatukan di bawah satu pembiayaan baharu. Kaedah ini sering digunakan oleh individu yang terbeban dengan hutang atau yang disenaraihitamkan (blacklist).

Baca juga : Pinjaman Peribadi Bank Rakyat.

Kaedah ini juga boleh membantu jika pinjaman baru mempunyai kadar faedah yang lebih rendah untuk memudahkan individu membayar ansuran bulanan yang lebih rendah daripada sebelumnya. Oleh itu, Bank Rakyat telah menawarkan pinjaman yang dikenali sebagai Pembiayaan Peribadi – Penyatuan Hutang.

Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang
Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang

Faedah yang Anda Akan Perolehi Daripada Penyatuan Hutang Ialah:

  • Fokus pada satu ansuran sahaja.
  • Kadar keuntungan serendah 2.48% setiap tahun.
  • Peralihan daripada pembiayaan konvensional kepada pembiayaan syariah.

Mereka yang Digalakkan untuk Memohon Penyatuan Hutang:

  • Kad kredit.
  • Pembiayaan kenderaan.
  • Pembiayaan peribadi.

Baca juga : Pinjaman untuk Memulakan Perniagaan Kecil-kecilan.

Tips Bermanfaat untuk Penyatuan Hutang Bank Rakyat

Memohon pembiayaan ialah keputusan penting, itulah sebabnya kami telah menyediakan panduan untuk membantu Anda membuat keputusan Anda dalam tiga langkah mudah:

1. Senaraikan Semua Pembiayaan Anda

Dapatkan baki pembiayaan, kadar faedah/keuntungan yang dikenakan dan ansuran bulanan untuk pembiayaan yang Anda ingin jelaskan atau satukan.

2. Kira Kelayakan Pembiayaan Anda

Anda boleh mendapatkan anggaran kelayakan pembiayaan Anda dengan mengunjungi cawangan Bank Rakyat terdekat atau menghubungi Pusat Panggilan kami di talian 1 300 80 5454.

3. Mohon Pembiayaan

Setelah semua maklumat diperoleh, Anda mempunyai pilihan untuk mengemukakan permohonan pembiayaan seperti berikut:

a. Dalam talian melalui www.irakyat.com.my atau Mohon Sekarang di www.bankrakyat.com.my.
b. Hubungi pusat panggilan kami (Contact Us) di 1 300 80 5454.
c. Datang ke cawangan terdekat.

Syarat-syarat Kelayakan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat untuk Blacklist

A. Syarat Kelayakan Sektor Penjawat (GOV)

  • Tempoh pembebanan sehingga 10 tahun.
  • Amaun sebanyak RM200, 000.
  • Tempoh perkhidmatan minima 3 bulan.
  • kakitangan Kerajaan.
  • Berpendapatan minima RM1,500.

Dokumen yang Diperlukan:

  • 1 salinan Slip Gaji setiap bulan untuk 3 bulan yang telah disahkan majikan.
  • 1 salinan Kadisi (telah disahkan majikan).
  • Surat pengesahan majikan.
  • Penyata Bank tiga (3) bulan terkini (pengkreditan gaji).

B. Syarat Kelayakan Sektor Swasta

  • Gaji minimun RM2,000 ke atas termasuk elaun tetap.
    (Contoh: Gaji RM1,700 + Elaun tetap RM300 = RM2,000 Sudah layak).
  • Pemohon telah bekerja lebih dari 6 bulan, jawatan tetap dan mempunyai potongan EPF (KWSP) daripada majikan.
  • Nama mesti jelas dari Blacklist, CTOS. Kalau CCRIS 1 bulan bole kawtim.
  • Jika Anda ingin menyelesaikan pinjaman dari bank lain boleh, namun pastikan surat lamaran penuh Settelement Letter dari Bank.
  • Pemohon perlu mempunyai 1 pinjaman. (Contoh: Kad Kredit, Loand, dan lain-lain).
  • Bayaran balik harus tepat waktu setiap bulan.

Cara-cara Mohon Pinjaman Peribadi Bank Rakyat untuk Blacklist

Berikut adalah langkah-langkah cara memohon Pinjaman Peribadi Bank Rakyat untuk blacklist atau disenaraihitamkan secara online:

  1. Pertama sekali, sila Anda layari laman web https://www.bankrakyat.com.my/c/perbankan/pembiayaan_i/pembiayaan_peribadi_i_penyatuan_hutang-13/personal
  2. Kemudian, klik butang Mohon Sekarang yang berada di sebelah kanan skrin Anda.
  3. Lalu, sila masukkan maklumat yang diminta seperti:
    • Salutation (Encik, Puan atau Cik).
    • Nama.
    • Nombor Telefon.
    • E-mel.
    • Pilih Ya atau Tidak pada ruangan Pelanggan Sedia Ada Bank Rakyat.
    • Pilih Ya atau Tidak sekiranya anda ingin menerima sebarang promosi/tawaran.
    • Tandakan pada kotak Saya telah membaca dan bersetuju dengan Dasar Privasi Bank Rakyat.
  4. Setelah itu, pilih produk pilihan yang diingini:
    • Simpanan-i & Deposit-i
    • Pembiayaan Peribadi-i
    • Pembiayaan Pendidikan-i
    • Pembiayaan Kenderaan-i
    • Pembiayaan Perumahan-i
    • Pajak Gadai-i
    • Perbankan Internet
    • Kad-i
    • Perancangan Kewangan
    • Pembiayaan Mikro-i
    • Pembiayaan Perniagaan-i
    • Lain-lainLangkah-langkah cara memohon pinjaman peribadi Bank Rakyat untuk blacklist
  5. Seterusnya, Tandakan pada kotak I’m not a robot.
  6. Lalu, klik pada butang Hantar.Langkah-langkah cara memohon pinjaman peribadi Bank Rakyat untuk blacklist (2)
  7. Seterusnya, pihak bank akan menghubungi Anda.

Nota :

√ Selain kaedah yang dinyatakan di atas, Anda juga boleh menghubungi pusat panggilan di talian 1300 80 5454 atau kunjungi cawangan Bank Rakyat berhampiran Anda untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Pembiayaan Peribadi – i Debt Consolidation atau Pembiayaan Peribadi – i Penyatuan Hutang.

√ Dan sila ambil perhatian juga, permohonan dalam talian (online) untuk membuka akaun pembiayaan pada masa ini tidak dibenarkan seperti yang dinyatakan di https://www2.irakyat.com.my/personal/welcome/welcome.do?FAQ=.

Itu tadi maklumat Pinjaman Peribadi Bank Rakyat untuk Blacklist, semoga dapat membantu.