Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Sekiranya Anda kakitangan kerajaan atau swasta dan termasuk dalam kumpulan B40 dan M40, dan Anda tidak sabar-sabar untuk melihat bila tarikh permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka.

Jangan risau, dalam artikel kami kali ini kami akan menyenaraikan semua yang Anda perlu tahu tentang Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang diumumkan dalam Bajet 2021 baru-baru ini termasuk permohonan bujang, permohonan keluarga, semakan dan juga rayuan.

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Yang dimaksudkan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) ialah:

  • Bantuan Prihatin Rakyat 2021 adalah mensasarkan golongan B40 dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
  • Pemohon yang layak boleh membuat permohonan semasa tempoh pendaftaran secara dalam talian (online) atau hadir ke Cawangan LHDNM.
  • Penambahbaikan BPR telah diumumkan pada 17 Mac 2021, di bawah pakej PEMERKASA.

Baca juga: Cara check BPR.

Yang Layak untuk Memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Pemohon layak menerima BPR 2021 sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

Isi Rumah

  • Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja; dan
  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
  • Bujang [termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU)] berumur 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Bujang

  • Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja; dan
  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai Anak; dan
  • Had umur:21 tahun hingga 59 tahun; atau 18 tahun hingga 59 tahun bagi kategori OKU; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Baca juga: Cara buat semakan BPR.

Permohonan BPR 2021 (Bujang & Keluarga)

Nota: Sila maklum bahawa permohonan untuk BPR ditutup mulai 15 Febuari 2021.

Jumlah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan kerajaan Malaysia akan menggantikan Bantuan Sara Hidup atau BSH dengan Bantuan Rakyat Prihatin atau BPR dengan tahap bantuan dan kategori pendapatan yang lebih baik seperti berikut:

1. Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500

  • Mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM 1,200.
  • Manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM 1,800.

2. Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM 2,501 hingga RM 4,000

  • Mempunyai sehingga seorang anak, bantuan BPR sebanyak RM 800 akan disalurkan.
  • Manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM 1,200.

3. Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM 4,001 hingga RM 5,000

  • Kategori ini akan menerima RM500 bagi yang mempunyai sehingga seorang anak.
  • Bantuan RM 750 kepada isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih.

4. Individu bujang berpendapatan RM 2,500 ke bawah

  • Akan menerima bantuan RM350. Tidak sekadar itu, had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun, berbanding syarat sebelum ini, iaitu 40 tahun.

Bagaimanapun, bantuan BPN masih tersedia sehingga Januari 2021 sahaja.

Sebanyak RM2.2 bilion Bantuan Prihatin Negara (BPN) fasa kedua akan diagihkan atau disalurkan kepada kumpulan atau golongan terbabit pada Januari 2021.

Menteri Keuangan Malaysia, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengatakan, BPN diperkenalkan untuk mengurangi beban arus kas bagi masyarakat yang terdampak Covid-19.

Apabila telah diumumkan secara rasmi oleh kerajaan dan permohonan dibuka kemudian, lihat dahulu sama ada penerima BPN 2.0 perlu mendaftar atau tidak. Walau apa pun, kami menasihati anda untuk memasuki BPR dan kemudian ikuti cara mengemas kini BPR 2021 jika perlu.

Selepas itu, anda boleh menyemak BPR untuk melihat status kelulusan dan pembayaran melalui portal bpr.hasil.gov.my.

Itulah tadi maklumat mengenai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 yang boleh kami kongsikan untuk Anda.