Untuk makluman, terdapat 3 jenis semakan BPR yang boleh Anda lakukan di portal bpr.hasil.gov.my iaitu penerimaan permohonan, kelulusan dan paling penting semakan status pembayaran BPR.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila ikuti perkongsian kami di bawah untuk cara buat semakan BPR dan lain-lain.
Cara Buat Semakan BPR 2021 (Check Status Rayuan Permohonan & Bayaran)
Terdapat 3 jenis semakan BPR yang boleh Anda lakukan di portal bpr.hasil.gov.my iaitu penerimaan permohonan, kelulusan dan paling penting semakan status pembayaran BPR.
A. Semakan Status Penerimaan Permohonan BPR
Bagi Anda yang telah membuat permohonan BPR dan juga mengemaskini BPR untuk kemaskini status terkini, pastikan permohonan tersebut telah diterima oleh LHDN.
Sila Anda ikuti langkah-langkah untuk buat semakan status penerimaan permohonan BPR seperti di bawah:
- Sila Anda Log Masuk BPR melalui pautan ini: https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login.
- Lalu, masukkan Nombor MyKad.
- Kemudian, sila Anda klik Semak.
- Setelah itu, sekiranya tidak ada apa-apa masalah, Anda akan berjaya masuk ke dalam MyBPR.
- Seterusnya, sila Anda klik Peti Mel > Surat > Permohonan BPR 2021.
- Selepas itu, Anda akan dapat melihat paparan yang menunjukkan permohonan berjaya dihantar dan diterima.
- Selesai.
Sekiranya Anda Pemohon Keputusan BPR Baharu yang belum mendaftar BSH, BPN dan BPN 2.0, sila daftarkan BPR tersebut. Pastikan tarikh pendaftaran dan pendaftaran masih dibuka.
Baca juga: Cara Kemaskini BPR Online.
B. Semakan Status Kelulusan BPR
Apabila permohonan BPR Anda diterima, itu bukan bermakna Anda akan lulus bantuan ini secara automatik. Anda masih lagi buat semakan BPR 2021 Lulus atau Tidak Lulus melalui portal LHDN secara online di bpr.hasil.gov.my.
Sila Anda ikuti langkah-langkah untuk buat semakan permohonan BPR seperti di bawah:
- Sila Anda Login BPR melalui pautan ini: https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login.
- Lalu, masukkan Nombor MyKad.
- Kemudian, sila Anda klik Semak.
- Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, maka Anda akan berjaya masuk ke dalam MyBPR.
- Setelah itu, sila Anda tekan butang Semakan Status.
- Sila Anda semak samada Anda berstatus Lulus atau Tidak Lulus.
- Selesai.
Nota:
-
Jika status Anda Lulus, sila baca artikel di bawah ini untuk melihat status pengkreditan BPR pula.
-
Jika status Anda Gagal, sila baca bagaimana cara untuk buat rayuan BPR.
Baca juga: Bila BPR Fasa 2 Masuk.
C. Semakan Status Pembayaran BPR di bpr.hasil.gov.my
Walaupun Anda telah diberikan Lulus, Anda perlu menyemak status sama ada wang tersebut telah masuk ke dalam akaun bank Anda atau tidak. Anda masih perlu menyemak status pembayaran BPR melalui portal BPR di bpr.hasil.gov.my.
Sila Anda ikuti langkah-langkah seperti di bawah:
- Sila Anda Login BPR melalui pautan ini: https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login.
- Lalu, masukkan Nombor MyKad.
- Kemudian, sila Anda klik Semak.
- Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, maka Anda akan berjaya masuk ke dalam MyBPR.
- Setelah itu, sila Anda tekan butang Semakan Status.
- Jika Anda berstatus Lulus:
a. Anda akan dapat lihat paparan lain bahagian pertama iaitu BPR.
b. Ada butang Maklumat BPR. Anda boleh muat turun maklumat tersebut.
c. Amaun Keseluruhan BPR Diterima, contohnya RM800.00.
d. Anda juga akan dapat lihat paparan lain bahagian kedua iaitu Jadual Bayaran.
e. Ada butang Maklumat Bayaran BPR yang Anda boleh download.
f. Jika tidak, boleh lihat paparan maklumat dakan Jadual Bayaran seperti berikut:
• Tarikh Kredit.
• Nombor Pengenalan Akaun Dikredit.
• Fasa.
• Jumlah Dikredit.
• Status Kredit.
• Nama Bank.
• Nombor Akaun.
• Kod Tidak Berjaya.
• Nombor Siri.
• Tarikh Tunai. - Pastikan Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Berjaya Kredit.
- Jika Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Gagal Kredit, sila dapatkan Nombor Baucer BPR.
Baca juga: Semakan Permohonan BPR.
D. Semakan Rayuan BPR
Bagi Anda yang membuat rayuan BPR kerana mendapat status Tidak Lulus atau Gagal, Anda juga boleh buat semakan untuk status terkini.
Kod Tidak Lulus atau Gagal adalah seperti di bawah:
KOD Tidak Lulus | Alasan |
KOD 05 | Tidak layak dalam kategori bujang |
KOD 07 | Anda atau pasangan anda gaji melebihi lebih Rm4 ribu sebulan |
KOD 09 | Gaji anda lebih dari RM2,000 sebulan |
KOD 12 | Anda didapati menjadi pengarah syarikat atau pemegang saham |
KOD 13 | Pasangan anda didapati menjadi pengarah syarikat atau pemegang saham |
KOD 34 | Anda didapati sudah tidak tinggal di Malaysia pada ketika ini |
E. Link untuk Log Masuk BPR
Harap maklum bahawa anda mungkin tidak dapat mengakses pautan ini kerana terlalu ramai orang telah mencuba untuk log masuk. Untuk mengelakkan kesesakan yang disebabkan oleh bilangan pelawat yang tinggi, adalah disyorkan untuk masuk pada waktu puncak. Contoh pukul 2.00 atau 3.00 pagi.
Sila Anda ikuti langkah-langkah yang ringkas seperti di bawah:
- Sila Anda layari pautan Log Masuk Bantuan Prihatin Rakyat di sini: https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login.
- lalu, sila Anda masukkan Nombor MyKad Anda.
- Sila pastikan Nombor MyKad yang dimasukkan adalah dalam 12 digit.
- Ingat! Isikan tanpa tanda sempang (-) atau dash.
- Contohnya, jika Nombor MyKad ialah 750202-11-4244, masukkan 750202114244.
- Seterusnta, sila Anda tekan butang Semak.
- Selepas berjaya masuk, maka Anda boleh buat semakan kelulusan permohonan dan juga check status pembayaran BPR.
- Selesai.
Sila ambil maklum, proses semakan ini adalah berperingkat, iaitu dari fasa penerimaan, kelulusan dan juga pembayaran. Itulah tadi maklumat mengenai cara buat semakan BPR 2021 yang boleh kami kongsikan untuk Anda.