Kemaskini BPR Online

Bagi Anda yang tertanya-tanya, macam mana nak kemaskini BPR 2021, adakah Anda masih perlu mengemaskini sekiranya memenuhi syarat BSH, BPN atau BPN 2.0.

Kami juga tidak dapat memastikan kerana maklumat rasmi mengenai Bantuan Rakyat Prihatin (BPR) masih belum dikeluarkan oleh LHDN Malaysia.

Walau bagaimanapun, untuk permohonan baharu, sila Anda baca terlebih dahulu panduan cara mendaftar BPR. Selepas itu, Anda boleh membuat permohonan BPR baharu.

Kemaskini BPR 2021 Online

Makluman:

  • Kerajaan Malaysia mengumumkan Bantuan Lockdown 3.0 yang terkini.
  • Sila lihat cara memohon Bantuan Lockdown 3.0.
  • Sertai kumpulan (join group) Telegram Komuniti B40 #kitajagakita di sini: https://t.me/joinchat/dS26mOoq-64yMzM1.

Baca juga: Cara check BPR.

Kemaskini BPR 2021 Online (Kemas Kini Bantuan Prihatin Rakyat)

Sila lihat cara kemaskini BPR 2021 secara online dan perkara-perkara yang boleh dikemas kini melalui BPR.

A. Cara Kemaskini BPR 2021 Online

Sila ikuti langkah di bawah untuk memudahkan proses kemas kini BPR Hasil 2021:

  1. Pertama sekali, sila Anda layari portal rasmi untuk login BPR di https://bpr.hasil.gov.my.
  2. Lalu, tekan pautan Log Masuk pada bahagian Menu atas sebelah kanan.
  3. Kemudian, masukkan No MyKad iaitu Nombor Kad Pengenalan Anda.
  4. Setelah itu, tekan butang Semak.
  5. Seterusnya, Akan keluar soalan “Adakah ini kata kunci keselamatan Anda?”.
  6. Jika yang terpapar ialah kata kunci Anda, sila Anda tekan Ya.
  7. Lalu, masukkan Kata Laluan Anda.
  8. Kemudian, tekan butang Log Masuk.
  9. Setelah itu, jika tidak ada apa-apa masalah, Anda akan dapat Log Masuk ke dalam sistem.
  10. Seterusnya, akan terpapar beberapa butang yang Anda dapat lihat:
    Profil.
    Semakan Status.
    Kemaskini Permohonan.
    Cetakan.
    Peti Mel.
    Maklum Balas.
  11. Untuk update, sila Anda tekan Kemaskini Permohonan.
  12. Setelah itu, sila kemaskini sekiranya ada maklumat diri Anda yang sudah berubah dari sebelum ini.
  13. Seterusnya, Maklumat yang paling selalu berubah ialah:
    Nombor Akaun Bank.
    Status Perkahwinan.
    Nombor Telefon.
    Maklumat Anak.
  14. Tahniah! Selesai untuk cara kemaskini BPR 2021 secara online.
Laman Web Rasmi BPR Malaysia
Laman Web Rasmi BPR Malaysia

B. Yang Boleh Diperbaharui Melalui BPR 2021

Secara umumnya, cara mengemas kini BPR adalah berdasarkan beberapa maklumat penting berikut yang boleh anda kemas kini di bpr.hasil.gov.my:

1. Nombor Akaun Bank Terkini

  • Ini adalah bahagian terpenting dalam kemas kini BPR 2021.
  • Sekiranya akaun bank tidak aktif, wang tidak boleh didepositkan.

2. Status Perkahwinan Terkini

  • Sekiranya Anda sudah berkahwin, sila kemaskini BPR sekiranya status anda di BPN 2.0 masih bujang.
  • Jika Anda sudah bercerai atau berpisah, jangan lupa update Bantuan Rakyat Prihatin (BPR) sekiranya status Anda di BPN 2.0 masih suami isteri.
  • Bagi BPR Bujang, tidak perlu berbuat apa-apa sekiranya status masih bujang.
  • Untuk maklumat lanjut, sila baca panduan lengkap untuk mengemas kini BPR Bujang kepada Berkahwin.

3. Nombor Telefon Terkini

  • Sekiranya Anda telah menukar kepada Nombor Telefon baharu, Anda perlu mengemas kini BPR 2020.
  • Sekiranya Anda gagal memperbaharui BPR Anda dengan Nombor Telefon baharu, terdapat kemungkinan Anda tidak akan menerima SMS dan pemberitahuan mengenai pembayaran dan perkara penting lain.

4. Maklumat Anak Terkini

  • Sekiranya bilangan kanak-kanak bertambah; sebagai contoh dari 1 hingga 2; Anda juga perlu mengemaskini BPR.

Selepas Anda mengikuti panduan dan cara mengemaskini BPR ini; dan hanya selepas proses kemas kini telah diterima oleh LHDN Malaysia, barulah Anda boleh menyemak BPR 2021 untuk melihat sama ada ia lulus atau tidak apabila ia dibuka nanti.

Baca juga: Semakan Permohonan BPR.

Maklumat Lanjut Tentang Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Sudah tentu ada yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pendaftaran, cara mengemaskini BPR, semakan, rayuan dan juga permohonan baharu.

Sekiranya Anda ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai pendaftaran BPR, permohonan BPR, kemas kini dan banyak lagi, sila hubungi nombor hotline BPR Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini :

  • 1-800-88-2747

Sebagai alternatif, sila hubungi hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia di saluran berikut:

  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

Anda juga boleh cuba menghubungi Keputusan Talian Penjagaan/Hasil Care Line (HCL) pada talian berikut:

  • 03- 89111000

Tanggungjawab Anda adalah untuk memastikan maklumat peribadi Anda lengkap dalam sistem BPR. Oleh itu, jangan marah sekiranya bayaran tidak masuk ke akaun Anda kerana kesalahan Anda sendiri.

Pastikan Anda mengikuti langkah, panduan dan cara mengemas kini BPR seperti yang dicadangkan di atas. Ini bagi mengelak masalah di masa hadapan terutama berkaitan pembayaran.

Seperti yang dimaklumkan, setelah selesai semua proses penyerahan BPR dengan log masuk ke BPR, barulah Anda boleh menyemak BPR untuk melihat status kelulusan dan pembayaran.

Itulah tadi maklumat mengenai cara kemaskini BPR 2021 online yang boleh kami kongsikan untuk Anda.