Semakan Permohonan BPR

Jika ada antara Anda yang pernah membuat permohonan BPR sebelum ini, maka selepas itu tiba masanya untuk Anda buat semakan permohonan BPR supaya Anda mengetahui status Lulus atau Gagal.

Namun sebelum itu, untuk memudahkan Anda lebih memahami caranya, marilah kami kongsikan langkah-langkah ringkas buat semakan permohonan BPR seperti di bawah.

Semakan Permohonan BPR

Semakan Permohonan BPR 2021 (Check Lulus/Tidak Lulus)

Sebelum Anda menyemak kelulusan BPR, Anda perlu memastikan bahawa permohonan Anda telah diterima. Selepas Anda menyemak status permohonan yang diterima, barulah Anda boleh menyemak keputusan permohonan sama ada Lulus atau Tidak Lulus.

A. Semakan Permohonan BPR Diterima

Sebelum Anda menyemak kelulusan BPR, Anda perlu memastikan bahawa permohonan Anda telah diterima.

Bagaimanakah Anda ingin menyemak status Lulus atau Gagal (Tidak Lulus) jika permohonan Anda tidak diterima? Jadi, ini bermakna Anda perlu menyemak penerimaan permohonan BPR melalui portal Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) terlebih dahulu.

Sila ikut langkah-langkah di bawah:

  1. Pertama sekali sila Anda Login BPR di https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login.
  2. Lalu, masukkan nombor MyKad.
  3. Kemudian, klik Semak.
  4. Seterusnya, jika tiada apa-apa masalah, Anda akan masuk ke dalam sistem.
  5. Setelah itu, klik Peti Mel > Surat > Permohonan BPR 2021.
  6. Pastikan Anda melihat paparan yang menunjukkan permohonan berjaya dihantar dan diterima.

Baca juga: Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

B. Semakan Permohonan BPR Lulus atau Tidak Lulus

Selepas Anda menyemak status permohonan yang diterima, barulah Anda boleh menyemak keputusan permohonan sama ada Lulus atau Tidak Lulus.

Sila ikut langkah-langkah di bawah:

  1. Macam biasa, sila Anda login di bpr.hasil.gov.my terlebih dahulu.
  2. Lalu, tekan butang Semakan Status.
  3. Setelah itu, kalau Anda mendapat status Lulus, Anda akan dapat lihat paparan lain bahagian pertama iaitu:
    BPR
    − Ada butang Maklumat BPR. Boleh muat turun maklumat tersebut.
    Amaun Keseluruhan BPR Diterima
    − Contohnya RM800.00.
  4. Seterusnya, kalau Anda mendapat status Lulus, Anda akan dapat lihat paparan lain bahagian kedua iaitu:
    Jadual Bayaran
    − Ada butang Maklumat Bayaran BPR. Boleh muat turun maklumat tersebut.
    Paparan jika Anda tidak download adalah seperti berikut:
    − Tarikh Kredit.
    − No. Pengenalan Akaun Dikredit.
    − Fasa.
    − Jumlah Dikredit.
    − Status Kredit.
    − Nama Bank.
    − No Akaun.
    − Kod Tidak Berjaya.
    − Nombor Siri.
    − Tarikh Tunai.
  5. Seterusnya, jika Anda mendapat status Tidak Lulus, maka Anda akan melihat paparan kod tidak lulus/gagal.
  6. Untuk mengetahui samada duit BPR sudah masuk atau belum, sila pastikan Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Berjaya Kredit.
  7. Jika Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Gagal Kredit, sila Anda baca Cara Dapatkan No Baucar BPR untuk tebus di BSN.
  8. Setelah itu, tekan butang Kembali untuk kembali ke paparan sebelum ini.
  9. Seterusnta, sila tekan butang Papar Borang untuk memaparkan keseluruhan Semakan Status ini.

Nota: Untuk memastikan wang bantuan benar-benar diterima dan dimasukkan ke dalam akaun, sila semak pembayaran BPR.

Baca juga: Cara check BPR.

C. Bila Boleh Buat Semakan BPR?

Tarikh untuk buat semakan Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah diumumkan. Anda boleh merujuk kepada tarikh pembayaran BPR Fasa 2 2021 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sekadar peringatan, bagi yang belum membuat permohonan ke BPR, sila sebelum tarikh akhir.

D. Permohonan BPR Berstatus Tidak Lulus?

Bagi Anda yang mendapat status Tidak Lulus, Anda boleh membuat rayuan kepada BPR. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik untuk menghubungi BPR untuk maklumat lanjut.

Talian hotline BPR LHDN:

  • 1-800-88-2747.

Talian hotline BPR MoF:

  • 03-8882 4565.
  • 03-8882 4566.

Baca juga: Semakan Permohonan BPR.

E. Maksud Status BPR

Terdapat terlalu banyak status Bantuan Prihatin Rakyat yang kadangkala membuat pemohon keliru. Di sini kami sertakan maksudnya, berdasarkan maklumat BPN 2.0 sebelum ini:

  • Permohonan Diterima.
  • Dalam Proses.
  • Tiada Rekod.
  • Duplikasi Permohonan.
  • Gagal Kredit.

itulah tadi maklumat mengenai cara buat semakan permohonan BPR 2021. Semoga perkongsian tentang semakan permohonan BPR ini dapat bermanfaat dan membantu anda.