BPR Fasa 2 Bila Masuk

Bagi Anda yang tertanya-tanya BPR Fasa 2 bila masuk, maka artikel ini sesuai untuk Anda.

Anda tidak perlu risau, sila lihat tarikh pembayaran seperti di bawah selepas Anda menyemak status Bantuan Prihatin Rakyat secara online di bpr.hasil.gov.my.

bpr fasa 2 bila masuk

BPR Fasa 2 Bila Masuk? (Tarikh Dapat Duit 2021, Ikut Bank)

Seperti pengumuman kerajaan baru-baru ini, tarikh pembayaran BPR fasa 2 bermula dari 7 – 12 Mei 2021.

A. Tarikh Bila Duit BPR Fasa 2 2021 Dijangka Masuk

BPR Fasa 2 bila masuk? Berikut adalah tarikh pembayaran BPR Fasa 2 Tahun 2021, diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini:

1. Kategori individu bujang, isi rumah dan warga emas

  • Tarikh bayaran: 7 – 12 Mei 2021.
  • Selain bujang dan isi rumah, kategori ini juga termasuk warga emas.
  • Duit BPR akaun terus dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing.

2. Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank

  • Tarikh bayaran: 17 Mei 2021.
  • Duit BPR akaun dibayar melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Pihak Bank Simpanan Nasional akan mengeluarkan panduan SOP.
  • Ini adalah untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

3. Untuk penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank

  • Tarikh bayaran: 17 Mei 2021.
  • Lokasi pembayaran akaun diumumkan oleh kerajaan.
  • Bayaran BPR ini akan disekalikan dengan bayaran BPN 2.0.

Sila Anda buat semakan BPR Fasa 2 ini untuk mengetahui status kelulusan dan bayaran selepas Anda mengetahui tarikh-tarikh ini.

Baca juga: Rayuan BPR Fasa 3.

B. Duit BPR Fasa 2 Bila Masuk dalam Akaun Bank?

Tarikh pengkreditan BPR Fasa 2 telah dimaklumkan seperti di atas. Mengikut pengalaman sebelum ini, pemegang akaun BSN akan menerima lebih awal daripada bank lain.

Berikut ialah kemas kini mengenai maklumat yang kami terima daripada pembaca:

BankBila Masuk?Area Yang Dah Dapat Duit
Maybank / Maybank IslamicMasuk awal, 6 Mei 2021Kuala Lumpur
BSNDijangka 7 Mei 2021Akan dikemaskini
Bank IslamDijangka 7 Mei 2021Akan dikemaskini
RHB / RHB Islamic BankDijangka 7 Mei 2021Akan dikemaskini
Ambank / AmIslamic BankDijangka 7 Mei 2021Akan dikemaskini
Agro BankDijangka 7 Mei 2021Akan dikemaskini
Hong Leong BankDijangka 7 Mei 2021Akan dikemaskini
Affin Bank / Affin Islamic BankDijangka 7 Mei 2021Akan dikemaskini
Bank RakyatDijangka 7 Mei 2021Akan dikemaskini
CIMB Bank / CIMB Islamic BankDijangka 7 Mei 2021Akan dikemaskini
Bank MuamalatDijangka 7 Mei 2021Akan dikemaskini
Public Bank /Public Islamic BankDijangka 7 Mei 2021Akan dikemaskini

C. Check Balance Akaun Bank, Bila Dapat Duit BPR Fasa 2

Semak bayaran BPR dengan segera melalui portal bpr.hasil.gov.my untuk mendapatkan pengesahan status Kredit Berjaya. Walau bagaimanapun, jangan tergesa-gesa ke ATM untuk mengeluarkan wang. Sila semak baki bank anda secara online.

Berikut adalah beberapa garis panduan untuk menyemak baki wang dalam akaun bank yang dipilih:

BankLink
Maybank / Maybank IslamicSemak baki duit Maybank
BSNSemak baki duit BSN
Bank IslamSemak baki duit Bank Islam
RHB / RHB Islamic BankSemak baki duit RHB
AmbankSemak baki Ambank
Agro BankSemak baki Agrobank
Hong Leong Bank / Hong Leong IslamicSemak baki Hong Leong Bank
Affin Bank / Affin Islamic BankSemak baki Affin Bank
Bank RakyatSemak baki Bank Rakyat

D. Tarikh Bayaran BPR Fasa 1

Ini hanyalah kilas balik.

Bagi anda yang tidak ingat mendapat wang BPR Fasa 1, ini adalah tarikh wang bantuan diterima.

1. Kategori individu bujang dan isi rumah

  • Tarikh pembayaran bermula pada 24 Februari 2021.
  • Duit BPR akaun terus dimasukkan ke dalam akaun bank masing-masing.

2. Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank

  • Tarikh pembayaran bermula pada 25 Februari 2021.
  • Duit BPR akaun dibayar melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

3. Untuk penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank

  • Tarikh pembayaran bermula pada dari 1 Mac 2021 sehingga 1 April 2021.
  • Lokasi pembayaran akaun diumumkan oleh kerajaan.
  • Bayaran BPR ini akan disekalikan dengan bayaran BPN 2.0.

Baca juga: Semakan Permohonan BPR.

Itulah tadi maklumat mengenai tarikh pembayaran BPR Fasa 2 yang boleh kami kongsikan untuk Anda.