Rayuan BPR Fasa 3

Jika Anda mendapat status Gagal/Tidak Lulus selepas menjalankan semakan BPR, sila rujuk cara-cara untuk membuat rayuan BPR seperti yang akan kami kongsikan di bawah.

Anda juga boleh memohon Bantuan Rakyat Prihatin (BPR) Fasa 3 di portal bpr.hasil.gov.my apabila ia dibuka nanti.

Untuk itu, izinkan kami berkongsi cara membuat rayuan Bantuan Prihatin Rakyat yang boleh Anda ikuti dari rumah.

Rayuan BPR

Rayuan BPR Fasa 3 2021 (Jika Status Permohonan Tidak Lulus)

Anda tidak perlu menyemak pembayaran BPR untuk melihat sama ada wang BPR ada dalam akaun bank atau tidak. Pada masa ini, Anda boleh menyemak status Lulus atau Tidak Lulus permohonan BPR. Jadi, jika Anda gagal dalam permohonan itu, sudah tentu Anda tidak akan mendapat sebarang bantuan. Jika itu berlaku, sila buat rayuan Bantuan Prihatin Rakyat secepat mungkin.

Baca juga: BPR Fasa 2 bila masuk.

A. Cara Buat Rayuan BPR Fasa 3 Online

Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat rayuan BPR:

  1. Pertama sekali, sila Anda layari laman web rasmi BPR di bpr.hasil.gov.my.
  2. Kemudian, klik pautan Log Masuk.
  3. Setelah itu, isikan Nombor MyKad dalam ruangan yang disediakan.
  4. Kemudian, tekan butang Semak.
  5. Selepas itu, sila Anda buat pengesahan bahawa apa yang terpapar adalah kata kunci keselamatan Anda.
  6. Jika ya, sila Anda klik butang Ya.
  7. Lalu, jawab semula Soalan Keselamatan yang dipaparkan.
  8. Kemudian, tekan butang Teruskan.
  9. Jika tidak ada apa-apa masalah, Anda akan dapat masuk ke portal MyBPR.
  10. Setelah itu, sila Anda klik butang Semakan Status.
  11. Lalu, sila pastikan status Anda adalah Tidak Lulus.
  12. Jika benar memang status tersebut ialah Tidak Lulus, sila teruskan dengan tekan butang Permohonan Rayuan.
  13. Kemudian, sila Anda tunggu sehingga paparan Permohonan Rayuan menunjukkan Berjaya.
  14. Untuk pengesahan, sila Anda klik Papar Rayuan untuk melihat rayuan yang telah dihantar sebentar tadi.
  15. Kami sarankan Anda screenshot dan simpan untuk rujukan pada masa akan datang. Sehingga jika ada apa-apa masalah, boleh rujuk semula.
  16. Selesai.

Baca juga: Cara buat semakan BPR.

B. Rayuan BPR Fasa 3 Di Kaunter LHDN

Sebelum ini, dalam proses rayuan BPN 1.0 dan BPN 2.0, mana-mana individu yang permohonannya tidak diluluskan boleh datang terus ke kaunter LHDN.

Mereka hanya perlu mengisi borang rayuan BPN 1.0 atau BPN 2.0 dan sertakan dokumen-dokumen seperti berikut:

  • Kad Pengenalan (MyKad).
  • Surat rayuan.
  • Dokumen sokongan seperti surat kena buang kerja, atau apa-apa yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan.

Nota:

− Bagi rayuan BPR, masih belum dapat dipastikan samada dibenarkan untuk merayu di kaunter LHDN.

− Untuk senarai cawangan-cawangan LHDN seluruh Malaysia, klik disini.

Baca juga: Cara buat semakan permohonan BPR.

C. Boleh Merayu BPR Melalui e-mail

Sebelum ini, bagi mereka yang ingin memohon bantuan kepada BPN 1.0 dan BPN 2.0, mereka boleh memohon dengan menghantar e-mel ke [email protected].

Tetapi untuk rayuan BPR kali ini, masih tiada berita sama ada boleh dihantar melalui emel atau tidak.

Kami akan mengemas kini halaman ini sebaik sahaja kami menerima maklumat baharu.

D. Semakan Rayuan BPR Fasa 3

Sekiranya Anda sudah buat rayuan BPR, sila layari laman web rasmi BPR untuk menyemak samada rayuan diterima atau tidak di https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login.

Itulah tadi maklumat mengenai cara buat rayuan BPR fasa 3 2021 yang boleh kami kongsikan untuk Anda. Diharapkan agar proses rayuan BPR Anda dipermudahkan.

Jangan sedih jika status semakan kelulusan BPR Anda Tidak Lulus. Teruskan dengan rayuan. Tak rugi mencuba. Diterima atau tidak, itu soal lain.