Sekarang ini, ramai yang tahu bahawa i-Sinar membenarkan pengeluaran KWSP sebanyak RM10K dari Akaun 1. Untuk itu, izinkan kami untuk terus berkongsi cara apply i-Sinar KWSP dengan Anda.
Bilakah i-Sinar Boleh Daftar?
Menurut kenyataan KWSP, semua ahli KWSP yang memenuhi kriteria kelayakan, boleh mendaftar program ini dan mendaftar i-Sinar pada tarikh-tarikh berikut:
- Kategori 1: 21 Disember 2020.
- Kategori 2: 11 Januari 2021.
Cara Apply i-Sinar KWSP
Cara apply i-Sinar KWSP ini adalah cara untuk membuat permintaan pengeluaran i-Sinar tanpa perlu log masuk ke i-Akaun KWSP.
Apabila pautan aktif kemudian, Anda boleh log masuk ke i-Sinar. Untuk menyemak i-Sinar dan untuk mengetahui status kelulusan.
Buat masa ini, kami memberi tumpuan kepada application online i-Sinar terlebih dahulu.
- Pertama sekali, sila layari portal rasmi i-Sinar di https://isinar.kwsp.gov.my
- Lalu masukkan Nombor MyKad / MyPR.
- Pilih Kod Nombor Telefon Bimbit yang tersenarai:
• 010
• 011
• 012
• 013
• 014
• 015
• 016
• 017
• 018
• 019 - Masukkan Nombor Telefon Bimbit Anda yang aktif.
- Kemudian, tekan butang Teruskan.
- Sila tunggu Nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang Anda masukkan tadi.
- Masukkan Nombor OTP tersebut.
- Kemudian, tekan butang Sahkan OTP.
- Jawab Soalan Keselamatan sekiranya tertera untk pengesahan.
- Jika semuanya berjalan lancar, Anda akan berjaya login ke dalam sistem i-Sinar.
- Ikuti Langkah 1: Amaun Pilihan, untuk tetapkan berapa banyak duit yang Anda ingin keluarkan:
• Anda akan dapat lihat Amaun Kelayakan Keseluruhan yang Anda boleh keluarkan.
• Gerakkan slider yang bulat itu ke kiri dan ke kanan untuk memilih jumlah amaun yang dikehendaki.
• Jika Anda ingin keluarkan amaun maksimum, tarik slider ke hujung sebelah kanan. - Teruskan dengan Langkah 2: Jadual Bayaran, untuk tetapkan bayaran bulan pertama
• Anda boleh gerakkan slider yang bulat itu ke kiri dan ke kanan untuk memilih jumlah bayaran yang dikehendaki untuk bulan pertama.
• Setelah pilih bayaran bulan pertama, Anda akan dapat lihat bayaran bulan seterusnya iaitu:
° Bayaran Bulan Kedua.
° Bayaran Bulan Ketiga.
° Bayaran Bulan Keempat.
° Bayaran Bulan Kelima.
° Bayaran Bulan Keenam.
• Tekan butang Teruskan. - Seterusnya, teruskan dengan melengkapkan Maklumat Permohonan:
• Isikan Nama Penuh seperti dalam Kad Pengenalan.
• Isikan Nombor MyKad.
• Isikan Nombor Telefon Bimbit.
• Isikan Alamat Email.
• Isikan Alamat Rumah.
• Isikan Poskod.
• Isikan Bandar.
• Pilih Negeri. - Sila teruskan cara apply i-Sinar KWSP ini dengan melengkapkan Maklumat Pembayaran
• Pilih Bank untuk permohonan pengeluaran i-Sinar online yang tertera seperti berikut:
° Affin Bank Berhad
° Agrobank
° Al Rajhi Bank (M) Berhad
° Alliance Bank
° Ambank (M) Berhad
° Bank Muamalat (M) Berhad
° Bank Rakyat
° Bank Islam (M) Berhad
° BSN
° CIMB Bank Berhad
° Citibank Berhad
° EON Bank Berhad
° HSBC Bank (M) Berhad
° Hong Leong Bank
° Kuwait Finance House
° Maybank
° OCBC Bank (M) Bhd
° Public Bank Bhd
° RHB Bank BHd
° Standar Chartered
° UOB (M) Bhd
• Masukkan Nombor Akaun Bank (Simpanan / Semasa) yang dipilih tadi.
• Pastikan nombor akaun bank tersebut adalah akaun milik persendirian.
• Pastikan nombor akaun bank tersebut masih aktif.
• Kesilapan dalam memberikan nombor akaun bank yang tidak aktif boleh menyebabkan duit i-Sinar tidak dapat dimasukkan.
• Kesilapan dalam memasukkan nombor akaun bank juga, walaupun akaun masih aktif, boleh menyebabkan masalah.
• Kemudian, tekan butang Teruskan. - Teruskan dengan menyemak Maklumat Permohonan dan Maklumat Pembayaran
• Tick pada bahagian Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan Perakaun Terma & Syarat yang ditetapkan.
• Tick Saya bukan robot bagi meneruskan permohonan pengeluaran i-online.
• Akan keluar 16 petak gambar untuk dipilih.
• Ikut arahan untuk pilih semua petak yang mengandungi sesuatu gambar yang ditentukan.
• Contohnya: gambar lampu isyarat, lintasan pejalan kaki, gunung atau bukit dan lain-lain lagi.
• Jika tidak ada gambar, klik langkau.
• Pastikan pilihan semua selesai.
• Kemudian, klik Hantar. - Pastikan keluar paparan yang tertulis “Terima kasih <nama penuh>. Permohonan Anda telah diterima. Status permohonan boleh disemak mulai <tarikh yang tertera>”.
- Tekan butang Cetak & Simpan untuk simpan rekod permohonan i-Sinar Anda.
- Permohonan baru pengeluaran i-Sinar tanpa i-Akaun (Cara apply i-Sinar KWSP) kini sudah selesai.
Baca juga: Cara buat semakan bayaran i-Sinar.
Itulah beberapa maklumat mengenai cara apply i-Sinar KWSP yang boleh kami kongsikan dengan Anda.