Semakan Bayaran i-Sinar

Bagi Anda yang tidak sabar untuk buat semakan bayaran i-Sinar kerana ingin menggunakan wang tersebut untuk keperluan yang mendesak, kami akan kongsikan cara untuk Anda menyemak sama ada pembayaran telah diterima atau tidak yang senang diikuti.

Semakan Bayaran i-Sinar 2021

Nota:

  • Untuk keluaran baru, wang KWSP telah diperkenalkan dan dinamakan i-Citra.

  • Anda boleh membaca cara memohon i-Citra untuk maklumat lanjut.

Semakan Bayaran i-Sinar 2021

Terdapat beberapa cara untuk buat semakan bayaran i-Sinar yang boleh Anda cuba, sama ada secara online di laman web rasmi KWSP, melalui ATM dan secara online menggunakan aplikasi i-Akaun.

Semakan Bayaran i-Sinar 2021 Melalui kwsp.gov.my

Jika Anda telah mendaftar KWSP secara online Anda boleh menyemak i-Sinar melalui i-Akaun. Ini bagi memudahkan Anda menyemak tarikh pembayaran i-Sinar iaitu anggaran bila wang tersebut akan masuk ke dalam akaun bank Anda.

Berikut ialah langkah mudah untuk buat semakan i-Sinar menggunakan desktop computer:

  1. Layari laman web rasmi KWSP di https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Kemudian, Pilih bahasa, iaitu BM untuk Bahasa Melayu dan EN untuk Bahasa Inggeris.
  3. Masukkan User ID.
    • Sila ambil perhatian, User ID ialah username yang Anda create masa register i-Akaun.
    • User ID bukan nombor ahli KWSP.
  4. Kemudian, tekan butang Next.
  5. Masukkan Password.
  6. Tekan butang Login.
  7. Jika tidak ada apa-apa masalah, Anda akan berjaya login ke dalam i-Akaun.
  8. Pergi ke bahagian atas skrin yang mempunyai beberapa menu:
    • Profile
    • Nomination
    • Simpanan Shariah
    • My Account
    • Enquiry
    • Investment
    • Withdrawal
    • Inbox
  9. Sila Anda klik Withdrawal.
  10. Kemudian, klik Withdrawal History di sebelah kiri skrin.
  11. Semua sejarah pengeluaran duit KWSP A
  12. nda akan terpapar di sini.
  13. Anda akan dapat lihat maklumat berikut di bahagian Information:
    • No
    • Date Applied
    • Withdrawal Type
    • EPF Submission Office
    • Status
    • Date Approved
  14. Sila ambil perhatian pada kolum Status.
  15. Jika status Pending, ini bermakna permohonan pengeluaran masih lagi belum diluluskan.
  16. Jika status Approved, ini bermakna pengeluran sudah diluluskan.
  17. Sila teruskan dengan pilih Withdrawal Type > i-Sinar.
  18. Untuk melihat tarikh pembayaran i-Sinar seterusnya dan bayaran akhir, lihat maklumat berikut di bahagian Withdrawal Payment Information:
    • Name
    • Payment Mode
    • Monthly Recurring Payment Start Date
    • Monthly Recurring Payment End Date
    • Status
  19. Sila ambil perhatian pada Monthly Recurring Payment Start Date. Ini adalah tarikh bayaran i-Sinar bermula.
  20. Sila juga ambil perhatian pada Monthly Recurring Payment End Date. Ini adalah tarikh bayaran i-Sinar berakhir.
  21. Ini adalah contoh untuk mudah faham:
    • Monthly Recurring Payment Start Date: 05 Jan 2021
    • Monthly Recurring Payment End Date: 01 Jun 2021
  22. Ini bermakna, tarikh Anda akan menerima bayaran i-Sinar seterusnya adalah pada:
    • 05 Jan 2021 (Bayaran pertama)
    • 05 Feb 2021
    • 05 Mac 2021
    • 05 April 2021
    • 05 Mei 2021
    • 01 Jun 2021 (Bayaran terakhir)
  23. Jadi, jika bayaran pertama Anda ialah 08 Jan 2021, bayaran untuk bulan seterusnya ialah pada 08 Mei 2021.
  24. Untuk melihat sejarah pengeluaran i-Sinar sebelum ini, lihat maklumat di bahagian Withdrawal Payment History:
    • Payment Name
    • Payment Mode
    • Date
    • Payment Amount (RM)
  25. Selesai.

Baca juga: Cara mohon i-Sinar KWSP online.

Semakan Tarikh Pembayaran i-Sinar Selepas buat Pindaan

Sekiranya Anda telah mendapat kelulusan selepas menukar jumlah i-Sinar, Anda juga boleh menyemak tarikh pembayaran.

  • Cuma ikut langkah yang sama seperti di atas. Anda hanya perlu memberi perhatian kepada status Tamat tempoh yang dipaparkan sebelum ini.
  • Pastikan status Tamat tempoh (Expired) bertukar kepada Aktif (Active). Juga pastikan bahawa Tarikh Tamat Bayaran Berulang Bulanan (Monthly Recurring Payment End Date) juga berubah.

Check Duit Bayaran i-Sinar Masuk dalam Akaun Bank

Jangan panik dan terus ke ATM untuk mengeluarkan wang. Sebaiknya semak sama ada wang i-Sinar benar-benar telah masuk ke dalam akaun.

Berikut adalah senarai bank yang berdaftar dengan i-Sinar KWSP:

  1. Maybank (maybank2u.com.my)
  2. BSN (mybsn.com.my)
  3. Bank Islam (bankislam.biz)
  4. RHB (rhb.com.my)
  5. Ambank (ambank.amonline.com.my)
  6. Agrobank (agrobank.com.my)
  7. Hong Leong Bank (hlb.com.my)
  8. Affin Bank (rib.affinalways.com)

Check Baki Duit KWSP Guna App i-Akaun

Berikut ialah langkah mudah untuk menyemak baki iSinar Anda menggunakan aplikasi i-Akaun pada telefon bimbit Anda:

  1. Buka aplikasi i-Akaun dalam telefon bimbit Anda.
  2. Kemudian, masukkan User ID.
    • Sila ambil perhatian, User ID ialah username yang Anda create masa register i-Akaun.
    • User ID bukan nombor ahli KWSP.
  3. Lalu masukkan Password.
  4. Kemudian, tekan butang Login.
  5. Jika tidak ada apa-apa masalah, Anda akan berjaya login ke dalam i-Akaun.
  6. Sila Anda Scroll sedikit ke bawah.
  7. Anda akan dapat lihat baki Akaun 1 dan Akaun 2 dalam bentuk carta pai.
  8. Selesai.

Itulah tadi maklumat mengenai semakan bayaran i-Sinar yang boleh kami kongsikan untuk Anda.