Tarikh Pembayaran i-Sinar

Seperti yang kita sedia maklum, KWSP telah membuat pengumuman di laman Facebooknya bahawa tarikh pembayaran i-Sinar bagi September 2021 adalah lebih awal.

Ini adalah berita baik di mana tarikh pembayaran i-Sinar KWSP akan dipercepatkan bermula pada 26 Ogos 2021.

Tarikh Pembayaran i-Sinar (September 2021)

Tarikh Pembayaran i-Sinar September 2021 yang Diawalkan Oleh KWSP

Kemaskini KWSP:

  • Pembayaran i-Sinar untuk September 2021 akan bermula pada 26 Ogos 2021.
  • Sila dapatkan status pembayaran terkini melalui i-Akaun.
  • Hubungi 03-8922 4848 jika Anda mempunyai pertanyaan lanjut.
  • Untuk i-Citra, sila rujuk artikel i-Citra bila masuk?

Berapa Lama Perlu Tunggu Duit i-Sinar Bila Masuk Dalam Akaun?

Pembayaran wang i-Sinar akan dibuat dalam masa 1-5 hari.

Langkah pertama ialah KWSP perlu memasukkan wang ke dalam bank terlebih dahulu. Langkah kedua, pihak bank akan memasukkan wang ke dalam akaun Anda. Perkara seperti ini tidak boleh dilakukan dalam sekelip mata. Semuanya memerlukan masa.

Contoh proses pemindahan wang atau transfer duit i-Sinar adalah seperti berikut:

  1. Katakan penerima adalah Nusa.
  2. Nusa ada akaun Agrobank.
  3. Pihak KWSP akan transfer duit kesemua penerima i-Sinar yang menggunakan Agrobank pada 26 Ogos 2021.
  4. Kemudian, pihak Agrobank terima pada hari yang sama.
  5. Pada keesokan harinya iaitu 27 Ogos 2021, pihak Agrobank transfer duit i-Sinar ke akaun bank Nusa.
  6. Nusa dan kesemua penerima i-Sinar yang menerima pembayaran melalui Agrobank akan mendapat bayaran.
  7. Tempoh masa menunggu secara keseluruhannya adalah 1 hari sahaja.

Sila ambil perhatian bahawa apa yang diterangkan di atas hanyalah sebagai contoh. Proses mungkin mengambil masa yang lebih lama, bergantung pada tempoh pemprosesan dan faktor lain.

Baca juga: Semakan i-Sinar KWSP Kategori 2.

Bayaran i-Sinar, Masuk Bank Mana?

KWSP tidak akan menyediakan wang tunai untuk pembayaran i-Sinar KWSP. Wang Anda akan dimasukkan ke dalam akaun bank pilihan Anda mengikut tarikh pembayaran i-Sinar yang telah ditetapkan.

Berikut adalah senarai bank yang berdaftar:

  • Affin Bank Berhad
  • Agrobank
  • Al Rajhi Bank (M) Berhad
  • Alliance Bank
  • Ambank (M) Berhad
  • Bank Muamalat (M) Berhad
  • Bank Rakyat
  • Bank Islam (M) Berhad
  • BSN
  • CIMB Bank Berhad
  • Citibank Berhad
  • EON Bank Berhad
  • HSBC Bank (M) Berhad
  • Hong Leong Bank
  • Kuwait Finance House
  • Maybank
  • OCBC Bank (M) Bhd
  • Public Bank Bhd
  • RHB Bank BHd
  • Standar Chartered
  • UOB (M) Bhd

Baca juga: Semakan i-Sinar 2021.

Berapa Jumlah Duit i-Sinar yang Akan Dikreditkan?

Pengkreditan bergantung pada jumlah yang Anda mohon untuk setiap penggal.

Bagi Anda yang mungkin terlupa, berikut adalah maklumat pengeluaran dan pembayaran i-Sinar:

Kategori baki > RM90,000 dalam Akaun 1

  • Jika Anda mempunyai baki KWSP melebihi RM90,000 dalam Akaun 1, Anda boleh membuat pengeluaran pendahuluan sebanyak 10%.
  • Jumlah maksimum yang boleh dibawa ke hadapan ialah RM60,000.
  • Bayaran muka atau pendahuluan ini akan dikreditkan ke akaun bank secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan bayaran muka pertama sehingga RM10,000.
  • Pengeluaran bulanan berikutnya adalah jumlah maksimum RM10,000 sebulan.
  • Jadi Anda akan menerima RM10,000 pertama dan pada bulan berikutnya ialah RM10,000 setiap bulan.

Senario Pengeluaran untuk Mereka yang Mempunyai Wang Tunai > RM90,000

  • Contoh pertama, jika Anda mempunyai baki sebanyak RM100,000 dalam Akaun 1, Anda hanya dibenarkan membuat pengeluaran RM10,000 melalui iSinar KWSP. Kenapa hanya RM10,000? Ini kerana jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 sahaja.
  • Contoh kedua, jika Anda mempunyai baki sebanyak RM500,000 dalam Akaun 1, Anda dibenarkan mengeluarkan wang sebanyak RM50,000. Ini kerana 10% daripada RM500.00 ialah RM50.000. Itu adalah maks. Tidak boleh lebih.
  • Contoh ketiga, jika Anda mempunyai baki sebanyak RM800,000 sekalipun dalam Akaun 1, Anda hanya boleh mengeluarkan RM60,000 sahaja. Tetapi, 10% daripada RM800,000 adalah RM80,00 bukan? Mengapa Anda tidak boleh mengambil sebanyak itu? Seperti yang dimaklumkan, ini kerana RM60,000 adalah nilai maksimum. Tidak boleh lebih.

Kategori baki < RM90,000 dalam Akaun 1

  • Jika Anda mempunyai baki KWSP RM90,000 dan ke bawah dalam Akaun 1, had maksimum pengeluaran ialah RM9,000 sahaja.
  • Bayaran muka atau pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan bayaran muka pertama sehingga RM4,000.
  • Pengeluaran bulanan berikutnya adalah pada kadar maksimum RM 1,000 sebulan.
  • Jadi Anda menerima bayaran pertama Anda sebanyak RM4,000 dan kemudian RM1,000 setiap bulan.

Senario Pengeluaran untuk Mereka yang Mempunyai Wang Tunai < RM90,000

  • Contoh pertama, jika Anda mempunyai baki sebanyak RM4,500 dalam Akaun 1, Anda hanya dibenarkan membuat pengeluaran RM4,400 melalui iSinar KWSP. Ini kerana baki minimum dalam akaun yang perlu ditinggalkan ialah RM100.
  • Contoh kedua, jika Anda mempunyai baki sebanyak RM10,000 dalam Akaun 1, Anda hanya dibenarkan mengeluarkan RM9,000 sahaja. Ini kerana RM9,000 adalah maksimum. Tidak boleh lebih.
  • Contoh ketiga, jika Anda mempunyai baki sebanyak RM80,000 sekalipun dalam Akaun 1, Anda hanya boleh mengeluarkan RM9,000 sahaja. Seperti yang dimaklumkan, ini kerana RM9,000 adalah nilai maksimum. Tidak boleh lebih.

Baca juga: Semakan Bayaran i-Sinar 2021.

Maklumat Lanjut Berkenaan i-Sinar

Jika Anda mempunyai soalan mengenai permohonan, kemas kini, semakan, tarikh pembayaran i-Sinar atau sebarang soalan yang belum dijawab, sila hubungi Hotline i-Sinar di pautan berikut:

  • Talian (Line): 03-8922 4848.
  • Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan).
  • Buka: Jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.
  • Talian (Line) ini akan dibuka bermula 21 Disember 2020.

Itulah tadi maklumat mengenai tarikh pembayaran i-Sinar (September 2021) yang boleh kami kongsikan untuk Anda.