Cara Bank In Duit Bank Islam

Bagi pelanggan Bank Islam Malaysia, bank in duit boleh dilakukan dengan pelbagai cara, sama ada melalui mesin ATM, perkhidmatan perbankan dalam talian, atau datang terus ke cawangan Bank Islam yang berhampiran.

Dalam melakukan bank in duit di Bank Islam Malaysia, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira antaranya memastikan jumlah wang yang perlu didepositkan adalah betul, menyemak nombor akaun penerima dengan teliti, dan memastikan mesin ATM atau perkhidmatan perbankan dalam talian digunakan. berada dalam keadaan baik dan tiada masalah teknikal yang menjengkelkan.

Selain itu, untuk memudahkan urusan bank in duit, Anda juga boleh menggunakan ciri pemindahan antara akaun Bank Islam yang boleh diakses melalui perkhidmatan perbankan dalam talian. Dengan menggunakan ciri ini, Anda boleh memindahkan wang terus ke akaun penerima tanpa perlu pergi ke ATM atau cawangan Bank Islam yang berhampiran.

Dalam artikel ini, kami akan memberikan panduan lengkap tentang cara bank in duit Bank Islam Malaysia dengan selamat dan berkesan. Dengan mengikuti panduan ini, diharapkan Anda dapat menjalankan transaksi kewangan dengan lebih mudah dan selesa serta memastikan wang Anda selamat dan terkawal.

Cara Bank In Duit Bank Islam

Profil Ringkas Bank Islam

Bank Islam Malaysia merupakan bank Islam pertama di Malaysia dan diasaskan pada tahun 1983. Bank ini memberi tumpuan kepada aktiviti perbankan berasaskan prinsip syariah yang mengelakkan riba (faedah) dan transaksi tidak jelas (gharar), serta menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Bank Islam Malaysia menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan perbankan Islam yang luas termasuk pembiayaan peribadi, pembiayaan perumahan, pembiayaan perdagangan, dan simpanan dan deposit Islam. Bank ini juga mempunyai rangkaian ATM dan cawangan yang meluas di seluruh Malaysia dan beberapa negara luar negara.

Cara Bank In Duit Bank Islam

Terdapat beberapa cara untuk bank in duit yang Anda boleh cuba iaitu melalui kaunter Bank Islam, melalui mesin CDM, melalui cek, melalui 3rd Party, menggunakan perkhidmatan Instant Transfer di bankislam.biz dan melalui Interbank GIRO Transfers di banksislam.biz.

Baca juga: Cara Tukar Nombor Telefon Bank Islam.

A. Cara Bank In Duit Bank Islam melalui Kaunter Bank Islam

Berikut ialah langkah-langkah cara bank in duit Bank Islam ke dalam akaun sendiri atau akaun orang lain di kaunter Bank Islam:

  1. Sila Anda pergi ke cawangan Bank Islam yang terdekat dengan rumah Anda.
  2. Lalu, Ambil nombor giliran. Apabila giliran Anda tiba, sila Anda pergi ke kaunter dan maklumkan kepada staf bahawa Anda ingin menyimpan wang ke akaun sendiri.
  3. Setelah itu, Anda akan diserahkan borang. Sila Anda isi borang tersebut beserta jumlah, dan nombor akaun yang ingin dimasukkan wang tersebut, iaitu nombor akaun Anda.
  4. Kemudian, serahkan wang Anda.
  5. Seterusnya, semak buku bank untuk buat pengesahan transaksi.
  6. Selesai.

Syarat Deposit Tunai Melalui Kaunter Bank Islam

Untuk menggunakan perkhidmatan Bank In Duit melalui kaunter Bank Islam Malaysia, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi iaitu:

  • Mempunyai akaun simpanan atau simpanan-i di Bank Islam Malaysia.
  • Bawa dokumen pengenalan rasmi seperti Kad Pengenalan (IC) atau pasport yang sah.
  • Sediakan wang tunai untuk disimpan dalam keadaan baik, tidak rosak atau koyak.
  • Bayar yuran pentadbiran yang telah ditetapkan untuk setiap transaksi deposit tunai melalui kaunter.
  • Pastikan nombor akaun dan jumlah wang tunai yang perlu didepositkan telah diisi dengan betul pada borang deposit yang disediakan.

Di samping itu, adalah disyorkan untuk memberi perhatian kepada waktu operasi Bank Islam Malaysia dan ketersediaan juruwang semasa menjalankan transaksi Bank In Duit melalui kaunter. Jika Anda mengalami kesulitan atau mempunyai soalan mengenai perkhidmatan Bank In Duit, pelanggan boleh menghubungi khidmat pelanggan Bank Islam Malaysia untuk bantuan lanjut.

Baca juga: Cara Aktifkan Kad Debit Bank Islam.

B. Cara Bank In Duit Bank Islam di CDM Bank Islam

Berikut ialah langkah-langkah cara bank in duit Bank Islam ke dalam akaun sendiri atau akaun orang lain melalui mesin CDM di premis Bank Islam:

  1. Sila Anda pergi ke mana-mana cawangan Bank Islam ataupun mesin CDM yang berdekatan.
  2. Kemudian, tekan mana-mana butang pada mesin tersebut untuk mengaktifkannya.
  3. Lalu pilih bahasa, sama ada Bahasa Malaysia, Mandarin atau English.
  4. Seterusnya, pada menu Sila Pilih Urusniaga Anda, sila Anda pilih Bank Islam Deposit Wang.
  5. Pada laman seterusnya, sila Anda masukkan nombor akaun penerima, iaitu nombor akaun Anda.
  6. Setelah itu, sila Anda tekan Ya.
  7. Pada laman seterusnya, akan tertera nama penuh Anda, berserta dengan nombor akaun Anda.
  8. Kemudian, Slot untuk mengisikan wang juga akan dibuka. Sila Anda masukkan wang yang Anda ingin deposit ke dalam slot. Lalu tekan Teruskan.
  9. Seterusnya, Wang Anda akan diproses.
  10. Pada skrin, tertera jumlah wang yang Anda deposit. Sila tekan Pasti sekiranya betul. Tekan Batal jika salah. Jika Anda ingin menambah lagi wang, sila Anda tekan Tambah Lagi.
  11. Setelah itu, sila Anda ambil resit.
  12. Selesai.

Syarat Deposit Tunai ATM CDM Bank Islam

Terdapat beberapa syarat untuk membuat deposit tunai melalui mesin deposit tunai (CDM) Bank Islam Malaysia, antaranya:

  • Mempunyai akaun simpanan atau simpanan-i di Bank Islam Malaysia.
  • Mempunyai kad ATM Bank Islam Malaysia yang sah.
  • Jumlah maksimum deposit tunai yang boleh didepositkan melalui CDM ialah RM30,000 setiap transaksi atau maksimum RM50,000 sehari.
  • Pastikan wang tunai yang disimpan dalam keadaan baik, tidak rosak atau koyak.
  • Jangan lupa untuk mengisi slip deposit yang terdapat pada mesin CDM dan pastikan nombor akaun dan jumlah wang tunai yang didepositkan telah diisi dengan betul sebelum menyelesaikan transaksi.

Selain itu, pelanggan juga dinasihatkan supaya mengambil perhatian terhadap jadual offline atau penyelenggaraan mesin CDM agar tiada masalah atau kesukaran untuk melakukan transaksi deposit tunai.

Baca juga: Cara Semak Nombor Akaun Bank Islam.

C. Cara Bank In Duit Bank Islam guna Cek Bank Islam (Cheque)

Cara bank in duit Bank Islam menggunakan cheque adalah seperti di bawah:

  1. Pertama sekali, setelah mendapat cek, sila Anda semak nama penuh Anda pada cek tersebut dan pastikan jumlah pada cek adalah jumlah yang betul. Pastikan ejaan bayaran juga adalah betul.
  2. Setelah itu, Apabila Anda yakin semuanya adalah betul, Anda boleh menulis nama Anda pada bahagian belakang cek. Pastikan nama penuh yang ditulis sama dengan bahagian hadapan cek.
  3. Kemudian, isikan juga nombor akaun bank Anda dan nombor telefon anda pada bahagian belakang cek. Pastikan ketiga-tiga maklumat ini diisi dengan betul untuk mengelakkan cek tendang.
  4. Setelah selesai, Anda perlu pergi ke cawangan Bank Islam yang terdekat untuk deposit cek Anda.
  5. Sila pergi ke mesin Cheque Deposit Machine (CDM). Lalu ikut arahan yang tertera pada skrin.
  6. Kemudian, pilih ‘Deposit Cek’.
  7. Setelah itu, masukkan nombor akaun yang tertera pada belakang cek.
  8. Seterusnya, sila Anda semak nama yang tertera pada skrin. Jika sama, sila isikan jumlah cek (RM).
  9. Kemudian, masukkan cek tersebut pada slot yang dibuka setelah arahan tertera dan lampu menyala di bahagian slot.
  10. Setelah itu, sila tunggu resit Anda. Sila simpan resit Anda sehingga wang Anda sudah masuk ke dalam akaun.
  11. Seterusnya, Bank akan mengambil masa beberapa hari untuk memproses deposit Anda. Sekiranya ada masalah, sila rujuk semula kepada bank dengan menggunakan resit yang anda simpan.
  12. Selesai.

Syarat Deposit Tunai guna Cek Bank Islam (Cheque)

Untuk menggunakan perkhidmatan Bank In Duit dengan menggunakan cek Bank Islam, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi iaitu:

  • Mempunyai akaun simpanan atau simpanan-i di Bank Islam Malaysia.
  • Bawa dokumen pengenalan rasmi seperti Kad Pengenalan atau pasport yang sah.
  • Bawa cek Bank Islam yang akan dimasukkan ke dalam akaun pelanggan.
  • Pastikan cek yang hendak didepositkan dalam keadaan baik, tidak rosak atau cacat.
  • Sediakan borang deposit cek yang terdapat pada mesin CDM dan pastikan nombor akaun dan jumlah yang dicetak pada cek telah diisi dengan betul.
  • Jumlah maksimum deposit cek yang boleh dibuat melalui Bank In Duit ialah RM30,000 setiap transaksi.

Selain itu, pastikan mesin CDM yang digunakan masih aktif dan tidak offline atau di bawah penyelenggaraan. Jika Anda mengalami kesulitan atau mempunyai soalan mengenai perkhidmatan Bank In Duit, pelanggan boleh menghubungi khidmat pelanggan Bank Islam Malaysia untuk bantuan lanjut.

Baca juga: Cara Print Statement Bank Islam.

D. Cara Bank In Duit Bank Islam (Masukkan Duit ke Akaun 3rd Party)

Sebelum menggunakan cara bank in duit Bank Islam ke Akaun 3rd Party, Anda perlu mendaftar Bank Islam online banking terlebih dahulu.

  1. Pertama sekali, sila Anda pergi ke laman web https://www.bankislam.biz/.
  2. Lalu masukkan User ID.
  3. Kemudian, masukkan Password.
  4. Setelah itu, tekan butang Login.
  5. Selepas Anda berjaya Log masuk, sila pergi ke bahagian Transfer Funds, lalu pilih Within Bank Islam dan pilih Third Party untuk memindahkan wang dalam akaun Anda ke akaun penerima yang juga adalah akaun Bank Islam.
  6. Selain itu, Anda juga boleh menekan Inter Bank untuk memindahkan wang ke akaun penerima yang dari bank lain seperti Maybank dan CIMB.
  7. Setelah Anda menekan Third Party, pada laman seterusnya, tertera ruang untuk diisi.
  8. Pada bahagian From Account, akan tertera akaun Anda.
  9. Pada bahagian Transfer Type, sila Anda pilih Fund Transfer to Savings/Current.
  10. Pada bahagian Transfer Amount, sila masukkan jumlah wang yang akan dipindahkan.
  11. Pada bahagian Recipient Type, Anda pilih Open Recipient.
  12. Pada Recipient Account, sila Anda masukkan nombor akaun penerima.
  13. Pada Recipient Reference, sila masukkan butiran mengenai pindahan wang ini.
  14. Pada laman seterusnya, akan tertera maklumat transaksi Anda. Sila Anda semak semula dan pastikan semuanya betul.
  15. Pada i-Access Code, Anda tekan Request i-Access Code. Kemuidan, Anda akan menerima SMS di telefon Anda yang mengandungi i-Access Code. Sila Anda masukkan kod tersebut di ruang yang disediakan.
  16. Tekan Back sekiranya Anda ingin mengubah apa-apa, atau tekan Cancel untuk membatalkan transaksi Anda.
  17. Sila tekan Confirm untuk mengesahkannya.
  18. Tahniah! Transaksi Anda berjaya.
  19. Selesai.

Baca juga: Cara Bank in Duit Maybank.

E. Cara Bank In Duit Bank Islam guna Instant Transfer di bankislam.biz

Berikut ialah cara untuk transfer atau cara bank in duit Bank Islam ke bank-bank lain seperti Maybank menggunakan teknik Instant Transfer:

  1. Sila Anda pergi ke laman web https://www.bankislam.biz/.
  2. Lalu masukkan User ID.
  3. Kemudian, masukkan Password.
  4. Setelah itu, tekan butang Login.
  5. Selepas berjaya log masuk, sila Anda pilih Interbank.
  6. Kemudian, sila pilih Instant Transfer (IBG).
  7. Kemudian, pada ruangan From Account, Anda pilih nombor akaun Anda.
  8. Pada drop down list di bawahnya, sila pilih untuk Transfer Type.
  9. Kemudian, pada ruangan Transfer Amount, Anda masukkan jumlah yang ingin dipindahkan. Nota: Caj untuk pindahan wang Anda akan tertera pada ruangan Charge Amount.
  10. Pada bahagian Effective Date, tarikh telah ditetapkan sebagai Today. Pada Recipient Type, sila Anda pilih jenis penerima Anda.
  11. Sekiranya jenis penerima adalah Open Recipient, sila pilih bank penerima pada Recipient Bank. Kemudian, Anda masukkan jumlah pindahan pada Recipient Amount dan masukkan nama penerima pada Recipient Name.
  12. Sekiranya jenis penerima adalah Favourite Recipient, sila Anda pilih nama penerima yang Anda ingin pindahkan wang pada drop down list yang tertera.
  13. Pada Recipient Reference, sila masukkan rujukan untuk penerima.
  14. Pada ruangan Other Payment Details, Anda masukkan apa-apa maklumat untuk transaksi ini.
  15. Pada ruangan Third Party, sila masukkan emel penerima.
  16. Tick pada Checkbox untuk Terms and Conditions. Anda baca dahulu terma dan syarat yang tertulis.
  17. Kemudian, tekan butang Transfer.
  18. Pada laman seterusnya, sila semak semula maklumat transaksi.
  19. Setelah itu, tekan pada link Request i-Access Code. Nota: Kod unik 10 digit i-Access Code akan dihantar ke telefon Anda melalui SMS.
  20. Sila sahkan 4 digit pertama yang tertera, dan masukkan baki 6 digit pada ruangan yang disediakan.
  21. Seterusnya, tekan Confirm.
  22. Tahniah! Transaksi Anda berjaya. Sila tekan Print untuk cetak resit transaksi Anda.
  23. Selesai

Baca juga: Cara Bank in Duit Public Bank.

F. Cara Bank In Duit Bank Islam (Transfer guna Inter Bank GIRO di bankislam.biz)

Cara transfer atau cara bank in duit Bank Islam ke akaun-akaun bank yang lain seperti Maybank menggunakan teknik Interbank GIRO adalah seperti di bawah:

  1. Sila pergi ke laman web https://www.bankislam.biz/.
  2. Lalu masukkan User ID.
  3. Kemudian, masukkan Password.
  4. Setelah itu, ekan butang Login.
  5. Selepas berjaya log masuk, sila Anda pilih Interbank.
  6. Kemudian, Anda pilih Normal Transfer (IBG).
  7. Kemudian, pada ruangan From Account, sila pilih nombor akaun Anda.
  8. Pada drop down list di bawahnya, kemudian pilih untuk Transfer Type.
  9. Kemudian, pada ruangan Transfer Amount, Anda masukkan jumlah yang ingin dipindahkan. Nota: Caj untuk pindahan wang anda akan tertera pada ruangan Charge Amount.
  10. Pada bahagian Effective Date, tarikh telah ditetapkan sebagai Today. Untuk menetapkan supaya transaksi ini dijalankan pada hari yang lain, sila Anda pilih pada ruangan Date Checker.
  11. Pada Recipient Type, sila pilih jenis penerima Anda.
  12. Sekiranya jenis penerima adalah Open Recipient, Anda pilih bank penerima pada Recipient Bank. Kemudian, Amda masukkan jumlah pindahan pada Recipient Amount dan masukkan nama penerima pada Recipient Name.
  13. Sekiranya jenis penerima adalah Favourite Recipient, sila pilih nama penerima yang Anda ingin pindahkan wang pada drop down list yang tertera.
  14. Pada ruangan Recipient ID / IC Checking, sekiranya tertulis Not Required, sila Anda teruskan ke Recipient Reference.
  15. Sekiranya tertulis Required, pada ruangan Recipient ID /IC Type, Anda pilih jenis pengenalan penerima. Kemudian, pada Recipient ID /IC, sila Anda masukkan nombor pengenalan. Misalnya: Nombor kad pengenalan penerima.
  16. Pada Recipient Reference, sila Anda masukkan rujukan untuk penerima.
  17. Pada ruangan Other Payment Details, sila masukkan apa-apa maklumat untuk transaksi ini.
  18. Pada ruangan Recipient Email, Anda masukkan emel penerima.
  19. Tick pada Checkbox untuk Terms and Conditions. Anda baca dahulu terma dan syarat yang tertulis.
  20. Kemudian, tekan butang Transfer.
  21. Pada laman seterusnya, sila Anda semak semula maklumat transaksi.
  22. Setelah itu, tekan pada link Request i-Access Code. Nota: Kod unik 10 digit i-Access Code akan dihantar ke telefon Anda melalui SMS.
  23. Sila Anda sahkan 4 digit pertama yang tertera, dan masukkan baki 6 digit pada ruangan yang disediakan.
  24. Seterusnya, tekan Confirm.
  25. Tahniah! Transaksi Anda berjaya. Sila tekan Print untuk cetak resit transaksi Anda.
  26. Selesai.

Kesimpulannya, cara bank in duit Bank Islam adalah membuat deposit tunai ke dalam akaun Bank Islam. Dengan adanya berbagai perkhidmatan cara bank in duit Bank Islam ini boleh memudahkan aktiviti perbankan dan memberi kemudahan kepada pelanggan.