Cara Bayar Bil U Mobile

Membayar bil U Mobile kini kebanyakannya dilakukan dalam talian (secara online) oleh pelanggan U Mobile.

Faham-fahamlah, kerana kaedah ini lebih cepat dan mudah untuk dilakukan. Selain itu, ia akan lebih menjimatkan masa, kerana kita tidak perlu lagi ke kiosk atau kaunter untuk membayar bil U Mobile.

Bagi Anda yang tidak tahu bagaimana, di kesempatan ini kami akan berkongsi panduan cara bayar bil U Mobile secara online untuk Anda.

cara bayar bil u mobile pic

Cara Bayar Bil U Mobile Online

Anda boleh membayar bil U Mobile Anda melalui laman web rasmi U Mobile, melalui CIMB Click (JomPAY) atau melalui Maybank2U (JomPAY).

A. Cara Bayar Bil U Mobile Melalui Website

Berikut ialah langkah yang boleh Anda ambil untuk membayar bil U Mobile Anda melalui laman web:

  1. Pertama sekali, sila Anda layari laman rasmi https://www.u.com.my/cara bayar bill u mobile (via website)
  2. Setelah itu sila Login, kemudian klik menu Pay Bill.
  3. Di sini Anda perlu memasukkan butiran Anda seperti e-mel, jumlah pembayaran dan jenis kad pembayaran sama ada Visa, Master Card atau American Express. Kemudian, klik Bayar Sekarang (Pay Now) atau Teruskan (Continue).cara bayar bill u mobile (via website 2)
  4. Dalam langkah ini, Anda perlu memasukkan butiran kad bank Anda. Jangan risau, pembayaran ini selamat (secure) dan terjamin. Dan kemudian klik butang Submit.cara bayar bill u mobile (via website 3)
  5. Seterusnya Anda perlu memasukkan Kod MSOS.
  6. Setelah Anda masukkan kod tadi, klik butang Ok. Jika kod tidak sampai, Anda tidak perlu risau. Anda boleh mengklik butang Resend MSOS Code untuk menghantar semula kod.cara bayar bill u mobile (via website 4)
  7. Jika tidak ada masalah, maka pembayaran Anda telah selesai (telah berhasil).

Nota: MSOS Code adalah sebuah kod keselamatan. Kod ini hanya dihantar secara SMS melalui telefon Anda yang berdaftar semasa buka akaun bank online.

Baca juga: Panduan cara semak bil Digi tertunggak.

B. Cara Bayar Bil U Mobile Via CIMB Click (JomPAY)

Berikut ialah langkah yang boleh Anda ambil untuk membayar bil U Mobile Anda melalui CIMB Click (JomPAY):

  1. Pertama sekali, sila Anda Login ke dalam akaun CIMB Click Anda.
  2. Kemudian pada Dashboard CIMB Click, lihat menu sebelah kiri. Kemudian klik pada Pay & Transfer > JomPAY.
  3. Setelah itu, Anda perlu isi beberapa info yang ada seperti Amaunt, Biller Code.
  4. Kemudian klik pada Yes untuk bersetuju dengan Terma & Syarat dan klik pada butang Make Payment.
  5. Seterusnya, Anda akan dibawa ke halaman pembayaran. Di sini Anda perlu request nombor TAC dan klik pada butang Confirm.

Sila baca panduan cara membuat panggilan murah dari Malaysia ke Indonesia menggunakan U Mobile.

C. Cara Bayar Bil U Mobile Via Maybank2u (JomPAY)

Sebelum Anda ingin membuat pembayaran melalui Maybank2u, pastikan Anda mempunyai bil U Mobile sama ada dihantar melalui pos atau emel.

Berikut ialah langkah yang boleh Anda ambil untuk membayar bil U Mobile Anda melalui Maybank2u (JomPAY):

  1. Pertama sekali, sila Anda Login kedalam akaun Maybank2u.
  2. Setelah itu, pilih menu Pay & Transfer.
  3. Kemudian Tab Pay, lalu isikan data dan maklumat seperti Pay From (pilih akaun bank Anda), Pay To (pilih JomPay).
  4. Masukan Biller Code (Kode Biller bill U Mobile Biasanya ia terletak di kanan bawah, Biller Code ni sama iaitu 88880)
  5. Selepas memasukkan Biller Code, klik Enter.
  6. Seterusnya, dia akan keluar Popout. Isikan data dan maklumat Ref-1 (Masukkan ia seperti yang dinyatakan pada bil Anda. Itu dekat dengan Biller Code tadi.)
  7. Pada Pay Amount, masukkan jumlah yang ingin Anda bayar.
  8. Kemudian klik Tick pada Terma dan Syarat dan klik pada butang hijau Pay.
  9. Klik pada butang Request untuk dapatkan nombor TAC. Nanti nombor TAC akan dihantar pada telefon Anda.
  10. Jika Anda sudah dapat nombor TAC yang dihantar melalui SMS, sila masukkan nombor TAC itu dan klik Confirm.
  11. Tahniah, pembayaran Anda telah berjaya.

Baca juga: Cara bayar bill celcom.

Itulah beberapa panduan cara bayar bil U Mobile Online dengan cepat dan mudah yang boleh Anda cuba. Simak artikel lainnya tentang panduan cara bayar bil Astro.