Cara Bayar Loan Kereta Maybank

Maybank menawarkan kredit/pembiayaan kenderaan untuk masyarakat umum. Salah satu pinjaman yang ramai orang pilih ialah pinjaman beli kereta (Hire Purchase).

Sudah menjadi kebiasaan pelanggan membayar pinjaman kereta melalui mesin ATM/CDM, tetapi tahukah Anda pembayaran pinjaman kereta Maybank boleh dibuat secara online?

Jadi, berikut adalah langkah-langkah cara bayar loan kereta Maybank yang kami cuba kongsikan supaya Anda boleh mencubanya.

Cara Bayar Loan Kereta Maybank

Cara Bayar Loan Kereta Maybank

Terdapat empat (4) cara untuk membayar pinjaman kereta Maybank yang boleh Anda pilih semasa membayar pinjaman kereta Maybank iaitu menggunakan Maybank2u, melalui ATM, melalui CDM dan menggunakan Maybank2u ke bank lain.

A. Cara Bayar Loan Kereta Maybank menggunakan Maybank2u

Berikut adalah langkah-langkah cara bayar loan kereta Maybank menggunakan Maybank2u:

  1. Pertama sekali, sila Anda layari laman maybank2u.com.my.
  2. Lalu, isikan Username dan Password akaun Maybank2U Anda.cara bayar loan kereta melalui maybank2u (pict 1)
  3. Kemudian, tekan Pay & Transfer.
  4. Setelah itu, pilih Pay.
  5. Kemudian, klik Payee/New Payment.
  6. Seterusnya, tekan Maybank Hire Purchase.
  7. Lalu, isikan nombor Bill Acct atau Vehicle No. dan tekan butang Confirm.
  8. Kemudian, masukkan jumlah Amount and Effective Payment Date. Setelah itu, sila Set Recurring dan pilih Effective Start & End Dates, jika Anda mahu pembayaran Anda ditolak secara bulanan dan automatik untuk setiap bulan berikutnya, sila Anda tekan butang Pay.cara bayar loan kereta melalui maybank2u (pict 2)
  9. Kemudian, pilih Request TAC (SMS TAC/Secure TAC/Secure Verification) dan klik Confirm.
  10. Seterusnya, Taipkan Kod TAC yang telah diterima dan klik Confirm.cara bayar loan kereta melalui maybank2u (pict 3)
  11. Tahniah! Transaksi Anda berjaya diproses. Sila Anda muat turun dan simpan resit sebagai rujukan bukti pembayaran.

Baca juga: Cara buat Maybank2u.

B. Cara Bayar Loan Kereta Maybank melalui ATM

Berikut adalah langkah-langkah cara bayar loan kereta Maybank melalui ATM:

  1. Sila Anda pergi ke mana ATM yang terdekat dengan Anda.
  2. Lalu, masukkan Kad ATM dan PIN Anda.
  3. Kemudian, klik Other Transaction.
  4. Setelah itu, pilih Payment.
  5. Kemudian, tekan Express Payment.
  6. Seterusnya, Anda klik Loan/Financing.
  7. Lalu, tekan Vehicle Loan/Hire Purchase.
  8. Kemudian, pilih Acc. No atau Vehicle No.
  9. Lalu, klik Amount.
  10. Setelah itu, pilih Account yang Anda ingin gunakan untuk membuat pembayaran loan.
  11. Seterusnya, sila Anda tekan Confirmation.
  12. Tahniah! Transaksi Anda telah selesai.

Baca juga: Cara login Maybank2u online.

C. Cara Bayar Loan Kereta Maybank melalui CDM

Berikut adalah langkah-langkah cara bayar loan kereta Maybank melalui CDM:

  1. Anda pergi ke mesin Maybank CDM berdekatan dengan Anda.
  2. Lalu, pilih Cash Payment.
  3. Kemudian, klik Maybank Cash Payment.
  4. Setelah itu, pilih Loan/ Financing.
  5. Kemudian, klik Vehicle Loan/Hire Purchase.
  6. Setelah itu, isikan Account Number atau Vehicle Number.
  7. Lalu, masukkan Jumlah Pembayaran untuk loan kereta.
  8. Seterusnya, untuk pengesahan, sila klik Confirmation.
  9. Tahniah! Transaksi Anda telah selesai.

Baca juga: Cara aktifkan semula akaun Maybank.

D. Cara Bayar Loan Kereta Maybank guna Maybank2u ke Bank Lain

Berikut adalah langkah-langkah cara bayar loan kereta Maybank guna Maybank2u ke Bank Lain:

  1. Pertama sekali, sila Anda buka laman web rasmi Maybank maybank2u.com.my di telefon bimbit atau komputer riba Anda.
  2. Lalu, masukkan Username dan Password akaun Maybank2u Anda.
  3. Kemudian, pilih Pay & Transfer.
  4. Setelah itu, klik Transfer.
  5. Dalam paparan skrin Transfer To, sila Anda pilih Other Accounts.
  6. Kemudian, pilih New Payment.
  7. Di sini, Anda boleh pilih Bank Tujuan Anda (Contoh: Affin Bank Berhad).
  8. Lalu, isikan Account Number Anda.
  9. Setelah itu, masukkan Recipient’s Name (Anda boleh masukkan nama Bank, misalnya Affin Bank Berhad).
  10. Di bawah Transaction Type, Anda pilih Hire Purchase.
  11. Di paparan skrin Transfer Mode, sila klik Instant Transfer.
  12. Kemudian, isikan jumlah duit ansuran kereta yang perlu dibayar pada ruangan Transfer Amount.
  13. Pada bahagian Recipient’s Reference, Anda boleh isikan nombor plat kereta Anda sebagai rujukan.
  14. Kemudian, tekan Request TAC (SMS TAC/Secure TAC/Secure verification) dan klik Request.
  15. Masukkan Kod TAC yang Anda terima melalui SMS dan klik Confirm.
  16. Tahniah, transaksi Anda telah berjaya. Sila Anda muat turun resit untuk rujukan Anda.

Baca juga: Cara bank in duit Maybank.

FAQ’s

Berikut adalah senarai soalan lazim mengenai pinjaman (loan) kereta.

1. Saya ada masalah, nak hantar dari Maybank ke Maybank, tapi keluar reject code 0076, apa yang perlu dibuat?

Jawab: Ada beberapa sebab sebenarnya antara sebab-sebabnya

  • Status akaun Anda (aktif/tidak aktif, audit trail sudah mencapai jumlah transaksi maksimum).
  • Bagi pindahan, status akaun penerima (aktif atau tidak aktif, audit trail sudah mencapai jumlah transaksi maksimum).
  • Status akaun Anda (sekatan akaun disebabkan terdapat tunggakan bayaran kad kredit atau pinjaman atau sekatan disebabkan perkara lain).
  • Bayaran tidak sama dengan baki tertunggak atau baki bayaran ansuran (bagi kad kredit atau pinjaman).

Untuk semakan lanjut, sila Anda hubungi perkhidmatan pelanggan Maybank.

2. Pada bahagian nombor akaun, letak nama akaun bank yang kita nak transfer atau nombor plat kereta?

Jawab: Nombor akaun bank yang Anda ingin pindahkan, nombor plat boleh diletakkan di bahagian rujukan.

3. Di manakah saya boleh dapatkan nombor akaun? No HP-i Agreement?

Jawab: Iya betul, pada No HP-i Agreement.

4. Nombor yang perlu dibayar secara online adalah akaun belian pajakan, bukan?

Jawab: Iya betul. Nombor akaun perjanjian/persetujuan.

Itulah tadi maklumat mengenai cara bayar loan kereta Maybank yang boleh kami kongsikan untuk Anda.