Cara Check ASB Balance

Keperluan ekonomi seseorang kadangkala boleh datang secara tiba-tiba.

Sekiranya Anda perlu mengeluarkan wang ASB kerana keperluan yang sangat mendesak, Anda perlu menyemak baki ASB Anda terlebih dahulu.

Ini adalah untuk memastikan baki ASB Anda boleh dikeluarkan.

Bagi Anda yang mungkin tidak tahu caranya, di sini kami akan kongsikan panduan Cara Check ASB Balance untuk Anda ikuti.

Cara Check ASB Balance

Cara Check ASB Balance

Terdapat Lima Cara Check ASB Balance iaitu melalui portal myASNB, melalui aplikasi myASNB, guna portal Maybank2u, guna aplikasi Maybank2u dan di cawangan CIMB Bank.

A. Cara Check ASB Balance Melalui Portal MyASNB

Sebelum Anda boleh keluarkan duit ASB, Anda perlu semak sama ada baki ASB mencukupi atau tidak.

Cara check ASB balance boleh dibuat secara online melalui portal myASNB, berikut ialah langkahnya:

  1. Pertama sekali, sila Anda buka laman rasmi myASNB di https://www.myasnb.com.my
  2. Kemudian, klik Log Masuk di menu sebelah kanan atas.
  3. Setelah itu, isi ruangan Log Masuk Pengguna.
  4. Lalu, klik Teruskan.
  5. Sila Anda sahkan Frasa keselamatan yang tertera.
    • Frasa keselamatan ini adalah frasa yang Anda pilih semasa proses pendaftaran tempo hari.
    • Jika betul, klik Ya.
  6. Kemudian, masukkan Kata laluan dan klik Teruskan.
  7. Seterusnya, jika tidak ada apa-apa masalah, Anda akan dapat masuk ke dalam sistem myASNB.
  8. Kemudian, Baki dana pelaburan Anda akan tertera secara automatik di muka hadapan.
  9. Anda juga boleh menyemak jenis pelaburan dan senarai portfolio pelaburan lain.
  10. Bukan sahaja baki, anda juga boleh menyemak penyata ASB.

Nota : Untuk boleh log masuk ke myASNB, Anda mesti telah mendaftar dan mempunyai akaun dengan myASNB.

Baca juga : Cara Daftar ASB Online.

B. Cara Check ASB Balance Guna myASNB Mobile App

Semakan baki ASB secara online selain menggunakan portal myASNB, Anda juga boleh menggunakan aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma.

Apl myASNB boleh didapati di Google Play Store untuk Android dan Apple AppStore untuk iOS.

Cara check ASB balance secara online menggunakan aplikasi mudah alih myASNB, berikut caranya:

  1. Sila Anda download dahulu myASNB Mobile App di Google Play Store atau Apple App Store.
  2. Selepas selesai download, sila Anda install.
  3. Jika ini adalah login ASNB kali pertama, Anda mesti klik Mulakan untuk mendaftar.
  4. Jika Anda sudah ada akaun myASNB, klik Saya mempunyai akaun myASNB.
  5. Kemudian, masukkan ID pengguna dan klik Seterusnya.
  6. Setelah itu, akan keluar Frasa Keselamatan. Jika ia frasa yang betul, sila Anda klik Ya.
  7. Jika Anda ingin menggunakan Quick Touch cap jari untuk masuk lebih cepat, sila klik Ya.
  8. Seterusnya, jika tidak ada apa-apa masalah login, Anda akan boleh masuk ke dalam sistem myASNB.
  9. Setelah itu, Baki akaun Anda mengikut portfolio akan terpapar secara automatik.
  10. Sila klik portfolio yang Anda mahu untuk melihat baki secara terperinci.
  11. Bukan sahaja baki, anda juga boleh menyemak penyata ASB.

Nota : Untuk boleh log masuk ke myASNB, Anda mesti telah mendaftar dan mempunyai akaun dengan myASNB.

C. Cara Check ASB Balance Melalui Maybank2u

Anda juga boleh menyemak baki ASB melalui Maybank2u. Caranya agak mudah, seperti di bawah:

  1. Pertama sekali, sila Anda Login Maybank2u di https://maybank2u.com.my
  2. Kemudian, masukkan Username Anda. Lalu klik Next.
  3. Setelah itu, akan keluar paparan “Welcome to Maybank2u. Are these your image and security phrase?”
  4. Sila klik Yes jika paparan itu betul.
  5. Kemudian, masukkan Password Anda. Lalu klik Login.
  6. Selepas boleh login, Anda klik Wealth di bahagian menu atas.
  7. Seterusnya, sila scroll hingga ke bahagian bawah, kemudian klik Other Investments.
  8. Sila klik ASB Amanah Saham Nasional Berhad.
  9. Kemudian, lihat pada Grand Total untuk melihat baki terkini.
  10. Seterusnya, scroll hingga ke bahagian bawah, Anda boleh melihat senarai beberapa lagi unit saham di bawah nama Anda (jika ada).

Nota : Untuk boleh log masuk ke myASNB dan Maybank2u, Anda mesti telah mendaftar dan mempunyai akaun dengan myASNB dan Maybank2u.

D. Cara Check ASB Balance Guna Maybank2u Mobile App

Selain daripada menggunakan aplikasi mudah alih myASNB, Anda boleh juga menggunakan aplikasi mudah alih Maybank.

Berikut adalah langkah-langkah untuk cara check ASB balance secara online menggunakan aplikasi mudah alih Maybank MY:

  1. Sila Anda download dahulu Maybank MY mobile app di Google Play atau Apple App Store.
  2. Selepas selesai download, sila Anda install.
  3. Jika Anda sudah ada akaun Maybank2u, Anda boleh gunakan Username dan Password yang sama.
  4. Kemudian, isikan ruangan Login dan Password.
  5. Sesudah Anda login, sila klik Accounts di bahagian atas.
  6. Setelah itu, pilih “Select Account Type” kepada Wealth.
  7. Kemudian, klik View pada ASNB Account.
  8. Seterusnya, Baki ASB Anda akan terpapar mengikut portfolio yang ada.

Baca juga : Cara Transfer Duit ke ASB.

E. Boleh Semak Baki ASB Melalui cimbclicks.com.my?

Menurut maklumat daripada CIMB, perkhidmatan untuk menyemak baki wang ASB melalui CIMB tidak tersedia buat masa ini.

Untuk menyemak baki ASB Anda, ia boleh dilakukan di mana-mana cawangan CIMB Bank, pejabat ASNB dan ejen ASNB.

Walau bagaimanapun, Anda masih boleh log masuk dan memindahkan wang ke ASB melalui CIMB Clicks.

Itulah beberapa maklumat tentang Cara Check ASB Balance yang boleh kami kongsikan dengan Anda.