Cara Daftar ASB Online

Pelancaran portal dalam talian (online) myASNB merupakan berita baik buat pengguna Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Dengan portal myASNB ini, kita tidak perlu lagi beratur panjang untuk menyimpan/menambah pelaburan atau menyemak dividen dan baki pelaburan di pejabat.

Kini segala aktiviti transaksi berkaitan ASB boleh dilakukan dari rumah melalui dalam talian hanya menggunakan telefon pintar atau laptop.

Bagi Anda yang ingin menikmati perkhidmatan ini, Anda perlu mendaftar terlebih dahulu untuk mendapatkan akaun ASB yang kemudiannya boleh digunakan untuk transaksi online.

Disini kami akan kongsikan dengan Anda, langkah-langkah cara daftar ASB online mudah diikuti.

Cara Daftar ASB Online

Portal myASNB

Bagi Anda yang mungkin belum kenal dengan ASB, myASNB ialah portal milik penuh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

myASNB ialah platform dalam talian yang mudah dan selamat untuk pelanggan ASNB melihat pemilikan dan membuat transaksi dalam talian di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Perkhidmatan yang Disediakan

Portal myASNB menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk kemudahan pemegang unit. Antara perkhidmatannya ialah:

  • Pertanyaan butiran pegangan semasa.
  • Melihat rekod transaksi portal sehingga 90 hari.
  • Pelaburan tambahan.
  • Kemaskini maklumat peribadi.

Cara Daftar ASB Online

Cara daftar ASB online adalah sangat mudah. Apabila Anda mempunyai nombor telefon yang aktif (Kemaskini maklumat peribadi), kemudian Anda perlu melayari laman web rasmi ASB terlebih dahulu.

A. Kemaskini Maklumat Peribadi

Sebelum Anda mula mendaftar ASB secara online, Anda perlu mengemaskini maklumat peribadi Anda terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk mengelakkan maklumat yang tidak tepat seperti alamat dan nombor telefon.

Nombor telefon aktif di mana Anda boleh dihubungi adalah sangat penting. Ini adalah kerana proses pendaftaran akan melibatkan penghantaran TAC melalui SMS ke nombor telefon Anda.

Selepas Anda selesai mengemaskini maklumat peribadi Anda, Anda boleh mula mendaftar di portal MyASNB.

Tambahan pula, untuk menggunakan aplikasi mudah alih myASNB, Anda mesti melengkapkan proses pendaftaran dalam talian (online) ASB terlebih dahulu.

Baca juga : Cara Transfer Duit ke ASB.

B. Daftar Akaun ASB Online

Berikut adalah langkah cara daftar ASB online yang mudah diikuti:

  1. Pertama sekali, sila Anda pergi ke laman portal myASNB di https://www.myasnb.com.my
  2. Kemudian, klik pada Daftar Akaun.
  3. Sila Anda baca informasi berkaitan ASNB yang tertera dan klik Daftar Disini.
  4. Baca juga langkah-langkah berkaitan pendaftaran Portal myASNB yang tertera.
  5. Selesai Anda membaca, sila tekan butang Teruskan.
  6. Kemudian, klik pada kotak yang disediakan dan tekan Setuju.
  7. Sila Anda teruskan Cara Daftar ASB Online dengan klik pada maklumat asas yang diperlukan.
  8. Setelah itu, masukkan Maklumat yang diminta seperti Jenis Kad Pengenalan, Nombor Kad Pengenalan dan pilih satu produk ASNB yang dilanggani.
  9. Nota: Perlu diingatkan disini, walaupun Anda langgan banyak produk ASNB, Anda hanya perlu pilih salah satu sahaja disini.
  10. Kemudian, sila klik Seterusnya.
  11. Setelah itu, Anda akan diminta untuk buat pengesahan TAC.
  12. Sila Anda klik pada Permintaan TAC.
  13. Seterusnya, Nombor TAC (6 digit) akan dihantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan.
  14. Sila Anda Isi nombor TAC yang diberi. Kemudian, klik Seterusnya.
  15. Lalu, masukkan Maklumat Pendaftaran iaitu ID pengguna (ID untuk login nanti), alamat E-mel Anda dan Frasa Rahasia.
  16. Seterusnya, sila Anda pilih juga 3 soalan keselamatan berserta jawapan.
  17. Apabila Anda selesai memasukkan semua maklumat, sila klik Tamat.
  18. Kini cara untuk mendaftar ASB secara dalam talian telah selesai sebahagiannya.
  19. Anda telah berjaya mendaftar di portal MyASNB dengan Kata Laluan Sementara.
  20. Sila Anda salin dan simpan kata laluan sementara yang diberikan.
  21. Setelah itu, sila klik Log masuk.
  22. Kemudian, masukkan ID pengguna yang Anda daftarkan tadi, lalu klik Teruskan.
  23. Seterusnya, Frasa Rahsia yang Anda daftarkan tadi akan dipaparkan.
  24. Sila Anda pastikan sama dan masukkan jawapan. Anda masukkan juga Kata Laluan Sementara yang diberikan.
  25. Kemudian, klik Teruskan.
  26. Setelah itu, Anda diminta untuk menukar Kata Laluan Sementara yang diberi kepada Kata Laluan pilihan Anda sendiri untuk tujuan keselamatan.
  27. Sila klik Tukar Kata Laluan dan masukkan kata laluan.
  28. Seterusnya, pastikan kata laluan tersebut memenuhi ciri-ciri yang dinyatakaniaitu kombinasi huruf besar, huruf kecil, simbol, nombor 6 hingga 12 askara.
  29. Kemudian setelah kemaskini password, kini cara daftar ASB online telah selesai sepenuhnya.

Untuk panduan cara daftar ASB online lebih jelas, sila tonton video daripada PNB sendiri di sini:

https://www.youtube.com/watch?v=VRMBXyDzozI

Cara Buat Semakan Baki / Dividen

Untuk menyemak dividen, baki dan penyata akaun Anda, ikuti langkah ini:

  1. Pergi ke https://www.myasnb.com.my/
  2. Kemudian, klik menu ‘Akaun Saya‘.
  3. Setelah itu, Jumlah baki terkini akan dipaparkan.
  4. Anda boleh memuat turun penyata untuk tahun semasa atau tahun sebelumnya dengan memilih menu ‘Penyata‘.

Cara Buat Pengeluaran ASB Online

Had pengeluaran dalam talian melalui myASNB dinaikkan kepada RM2,000 sebulan untuk perancangan yang lebih fleksibel apabila diperlukan.

Had pengeluaran meningkat ini sudah tersedia di portal myASNB, manakala pada aplikasi myASNB ia akan bermula pada 3 Mac 2022.

  • Pengeluaran minima adalah RM100.
  • Hanya tiga transaksi dibenarkan dalam sebulan.

Lihat cara membuat pengeluaran ASB dalam talian di bawah:

Contoh: Transaksi jualan semula dalam talian kumulatif pada bulan Mac.

TarikhUnit AmanahJumlah Jualan BalikBaki Jualan Balik yang Dibenarkan Bulan MacStatus Transaksi
18/3ASBRM1,000.00RM1,000.00Berjaya
16/3ASB 3 DidikRM1,000.00RM0.00Berjaya
22/3ASNRM500.00RM0.00Tidak berjaya

Nota: Transaksi pada 22/3 tidak berjaya kerana pemegang unit telah mencapai had maksimum RM2,000.00 untuk bulan Mac.

Baca juga : Cara Check ASB Balance.

Aplikasi myASNB

Bagi pengguna yang ingin kerap menyemak dan mengemas kini akaun ASB secara online, kini Anda juga boleh menggunakan myASNB Apps oleh Permodalan Nasional Berhad dengan lebih cepat dan percuma.

Aplikasi ini boleh didapati menerusi pautan berikut:

i) Google Playstore

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pnb.myASNBmobile&hl=en

ii) Apply Apps Store

https://apps.apple.com/my/app/myasnb/id1456333347

Maklumat Lanjut

Nombor Telefon dan Alamat E-mail ASNB
Nombor Telefon dan Alamat E-mail ASNB

Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) atau e-mel ke [email protected] untuk perkhidmatan pelanggan.

Itulah sedikit maklumat dan panduan cara daftar ASb online yang boleh kami kongsikan.