Sebelum ini, transaksi ASB hanya boleh dibuat di kaunter berdaftar, sama ada di pejabat POS, bank, atau cawangan pejabat ASB yang berhampiran.
Pada masa ini kami hanya memindahkan wang dari bank ke ASB kami tanpa perlu pergi ke bank dan beratur, Anda hanya perlu mempunyai akaun myASNB dan Anda boleh membuat transaksi secara online.
Bagaimanakah Cara Transfer Duit Ke ASB? Disini kami kongsikan kaedahnya untuk Anda.
Portal myASNB
Portal myASNB merupakan portal milik Amanah Saham Nasional Berhad. Portal ini merupakan platform dalam talian (online) yang ringkas dan selamat untuk pelanggan ASNB melihat pemilikan dan membuat transaksi dalam talian di mana-mana dan pada bila-bila masa.
Tiada sebarang kos/caj tambahan untuk menggunakan platform ini. Walau bagaimanapun, yuran produk biasa seperti yuran perkhidmatan dan GST dikenakan, jika ada.
A. Daftar myASNB
Sebelum Anda ingin memindahkan wang ke ASB Anda, Anda mesti terlebih dahulu mendaftar untuk myASBN. Pastikan Anda mengemas kini maklumat peribadi Anda (nombor telefon) di cawangan atau ejen ASNB yang berhampiran Anda terlebih dahulu.
Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar myASBN:
- Pertama sekali, sila layari portal dan daftar masuk myASBN di https://www.myasnb.com.my/
- Kemudian, klik pada Daftar Disini, Lalu klik Teruskan.
- Sila Anda baca Terma & Syarat, kemudian sila Tick dan tekan Setuju.
- Setelah itu, pada ruangan Maklumat Asas, sila isikan pada ruangan butiran yang perlu, kemudian tekan Seterusnya.
- Setelah itu, klik pada Permintaan TAC. Kemudian, masukkan nombor TAC yang Anda terima, lalu klik Seterusnya.
- Seterusnya, pada bahagian Pendaftaran Akaun, sila lengkapkan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sila Anda tekan Tamat.
- Setelah pendaftaran selesai, Anda akan terima Kata Laluan Sementara untuk login kali pertama.
- Selesai.
B. Login myASBN
Setelah pendaftaran Anda di myASNB selesai, Anda akan menerima Kata Laluan Sementara (untuk pengguna kali pertama). Berikut ialah langkah-langkah untuk Log masuk myASBN:
- Pertama sekali, sila Anda layari portal myASBN di https://www.myasnb.com.my/
- Kemudian, klik pada Log masuk.
- Setelah itu, masukkan ID Pengguna Anda, kemudian klik Teruskan.
- Setelah itu, Frasa Anda akan terpapar, sila Anda masukkan Kata Laluan Sementara tadi, kemudian klik Teruskan.
- Seterusnya, Anda diminta untuk menukar Kata Lalaun Sementera kepada Kata Laluan yang Anda inginkan.
- Anda telah berjaya Login portal myASBN.
- Selesai.
Baca juga : Cara Daftar ASB Online.
Cara Transfer Duit Ke ASB
Terdapat 4 cara Anda boleh cuba memindahkan wang Anda ke ASB iaitu melalui portal myASNB, melalui Maybank2u, melalui CIMB Clicks dan melalui RHB Now.
A. Cara Transfer Duit Ke ASB Guna Portal myASNB
Untuk menggunakan perkhidmatan ini, pastikan Anda telah log masuk ke portal myASBN Anda terlebih dahulu. Berikut adalah langkah-langkah cara transfer duit ke ASB:
- Mula-mula, sila Log masuk akaun myASBN Anda.
- Lalu, pada menu utama, sila klik Portfolio.
- Kemudian, pilih menu Unit Amanah dan pilih Pelaburan Tambahan.
- Setelah itu, pada Pengisytiharan PEP, sila Tick pada Tidak dan klik Seterusnnya.
- Sila Anda baca Terma & Syarat, kemudian Tick pada Kotak. Lalu, klik Seterusnya.
- Setelah itu, masukkan Jumlah yang Anda ingin tranfer ke akaun ASB Anda, kemudian klik Seterusnya.
- Seterusnya, Pop up pengumuman akan terpapar, sila klik Teruskan.
- Sila Anda pilih Akaun Bank yang Anda inginkan, kemudian sila klik Proceed To Pay.
- Setelah itu, laman Akaun Bank Anda akan terpapar, sila uruskan proses perbankan.
- Tahniah, transaksi Anda telah selesai.
- Anda boleh melihat rekod urusniaga dan boleh memuat turun (download) resit sebagai rekod.
- Untuk setiap pelaburan tambahan akan dikreditkan terus ke akaun ASNB Anda dan tiada sebarang caj tambahan dikenakan.
B. Cara Transfer Duit Ke ASB Melalui Maybank2u (Ke myASNB)
Berikut adalah langkah-langkah cara transfer duit ke ASB Anda melalui Maybank2u:
- Pertama sekali, pastikan Anda telah mempunyai akaun online myASBN. Lalu, layari laman web di https://www.myasnb.com.my/. Maka Anda akan dibawa ke laman rasmi myASNB.
- Bagi Anda yang sudah mempunyai akaun myASNB, sila scroll ke bahagian kanan atas laman dan klik butang Log masuk.
- Lalu pada laman seterusnya, pada ruangan Log masuk Pengguna, sila masukkan ID pengguna Anda.
- Setelah itu, tekan butang Teruskan.
- Kemudian pada laman seterusnya, pada ruangan Kata Laluan (Password), sila masukkan kata laluan Anda.
- Kemudian, tekan butang Teruskan.
- Seterusnya, Anda akan berjaya akses ke akaun ASNB Anda. Sila scroll ke bawah sehingga ke ruangan Jenis Unit Amanah.
- Sila pilih antara Amanah Saham Bumiputera, ataupun pilih Amanah Saham Bumiputera 2 sekiranya Anda ada membuka akaun ASB yang kedua. Kemudian tekan butang Pelaburan Tambahan untuk salah satu daripada dua akaun tersebut.
- Kemudian pada laman seterusnya, pada bahagian Nama Bank, sila Anda pilih bank yang Anda ingin gunakan untuk memindahkan wang Anda.
- Lalu pada bahagian Akaun Bank, sila masukkan nombor akaun bank yang mengandungi wang tersebut.
- Setelah itu, tekan butang Seterusnya.
- Kemudian pada laman seterusnya, akan diterangkan kriteria pelaburan tambahan, bahawa minimum wang yang diperlukan untuk melakukan sebarang pelaburan tambahan adalah sebanyak RM100, dan tidak boleh kurang.
- Setelah itu, sila Tick pada kenyataan di bawah, tanda Anda bersetuju kepada Terma dan Syarat yang diberikan.
- Kemudian, tekan butang Seterusnya.
- Lalu pada laman seterusnya, sila masukkan Jumlah Duit untuk pelaburan tambahan Anda. Kemudian, tekan butang Seterusnya.
- Setelah itu, pada laman seterusnya, terdapat ruangan Captcha. Sila Anda masukkan Nombor dan Abjad yang tertera di ruang yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang Seterusnya.
- Setelah itu, pada laman seterusnya, sila klik butang Proceed To Pay.
- Sila periksa semula perincian transaksi Anda pada laman seterusnya.
- Lalu pada laman seterusnya, sila pilih bank Anda. Untuk Maybank, sila pilih Maybank2U.
- Kemudian, masukkan Emel Anda pada ruangan yang disediakan untuk menerima status transaksi.
- Lalu. tekan butang Agree and Continue.
- Setelah itu secara automatik, paparan online banking Maybank2U akan tertera. Sila Anda Login seperti biasa.
- Seterusnya, akan tertera seksyen untuk FPX Payment. Sila semak semula kenyataan transaksi Anda.
- Setelah itu, sila tekan butang Continue.
- Lalu pada laman seterusnya, Anda tekan butang Request for TAC.
- Kemudian, Anda akan menerima SMS daripada Maybank yang mengandungi Nombor TAC.
- Sila masukkan Nombor TAC tersebut di ruang yang disediakan.
- Setelah itu, tekan butang Confirm.
- Akhir sekali, pada laman seterusnya, sila tekan butang Continue With Transaction. Kemudian transaksi Anda berjaya.
- Seterusnya, Anda perlu periksa semula baki wang dalam myASNB Anda sama ada meningkat atau tidak. Sila periksa juga baki dalam akaun Maybank2U Anda.
- Tahniah, transfer duit ke ASB guna Maybank kini selesai.
Baca juga : Cara Check ASB Balance.
C. Cara Transfer Duit Ke ASB Melalui CIMB Clicks (Ke myASNB)
Berikut adalah langkah-langkah cara transfer duit ke ASB Anda melalui CIMB Clicks:
- Sila Anda Login seperti biasa ke CIMB Clicks Anda di laman web https://www.cimbclicks.com.my/clicks/
- Lalu, pada laman rasmi Anda sila tekan butang Apply & Invest.
- Setelah itu, Menu di sebelah akan tertera. Sila scroll ke seksyen Investments. Kemudian, pilih menu ASNB. Lalu tekan butang Subscribe.
- Seterusnya, akan tertera notification untuk Facta Declaration. Sila Anda tekan Yes. Kemudia, tekan butang Submit.
- Lalu pada ruang seterusnya, sila tekan butang Add New Account No.
- Pada ruangan Manage ASNB Favourites, Anda tekan butang Add Favourite.
- Setelah itu, akan keluar ruangan untuk Anda isikan. Kemudian, pada ruangan Select Fund Name, sila pilih jenis tabung unit amanah Anda.
- Seterusnya, masukkan maklumat lain seperti Nickname dan juga Membership No.
- Lalu pada Select Member’s ID Type, sila pilih New IC Number untuk memasukkan nombor kad pengenalan Anda.
- Pada ruangan Enter Member ID’s No, Anda masukkan nombor kad pengenalan Anda.
- Kemudian, masukkan juga nama Anda di ruangan Enter Member’s Name.
- Setelah itu, tekan butang Next.
- Seterusnya, akan tertera pengesahan status Anda. Anda tekan Request TAC untuk menerima nombor TAC secara SMS.
- Kemudian, masukkan Nombor TAC tersebut. Anda tekan butang Confirm.
- Setelah pendaftaran Anda berjaya, kemudian Anda perlu menunggu selama 24 jam untuk mendapatkan status pendaftaran Anda.
- Sila Login semula ke akaun CIMB Clicks untuk melihat approval permohonan Anda.
- Sekiranya Anda berjaya, sila masuk semula ke menu ASNB dan pilih Manage Favourite.
- Lalu pilih Nickname untuk tabung Anda dan tekan Next.
- Kemudian pilih Akaun CIMB yang Anda ingin guna untuk pembayaran/pindahan wang. Anda masukkan juga nombor telefon Anda.
- Lalu, Tick pada kotak Terma & Syarat sekiranya Anda bersetuju. Kemudian, Anda tekan butang Submit.
- Tahniah, pindahan wang Anda berjaya. Anda periksa semula akaun myASNB Anda untuk melihat jumlah wang pelaburan Anda sekiranya meningkat.
- Selesai.
D. Cara Transfer Duit Ke ASB Melalui RHB Now (Ke myASNB)
Berikut adalah langkah-langkah cara transfer duit ke ASB Anda melalui RHB Now:
- Pertama sekali, sila Anda layari laman web di https://logon.rhb.com.my
- Lalu, Login ke akaun RHB Now Anda seperti biasa.
- Setelah masuk ke paparan utama akaun RHB Now Anda, Anda scroll ke sebelah kiri dan tekan butang My Favourites.
- Setelah itu, sub menu akan keluar. Anda tekan butang Manage Favourite.
- Lalu pada laman seterusnya, sila pilih butang Add Favourites pada Other Biller.
- Seterusnya, pada ruangan Billers, Anda masukkan Nama ASB pada ruangan yang disediakan. Kemudian, tekan butang Next.
- Kemudian, masukkan Nama yang Anda ingin guna untuk transaksi ini pada Preferred Name.
- Lalu, masukkan juga Jumlah Wang yang ingin dipindahkan pada ruangan Account No.
- Kemudian, tekan butang Preview.
- Setelah itu, akan keluar ruangan Security Code & One Time Password (OTP).
- Seterusnya, Anda akan menerima SMS daripada pihak RHB yang mengandungi OTP. Sila Anda masukkan OTP tersebut pada ruangan One Time Password. Kemudian, Anda tekan butang Submit.
- Tahniah, pindahan wang Anda ke akaun ASB berjaya.
- Selesai.
Itulah beberapa maklumat tentang Cara Transfer Duit ke ASB yang boleh kami kongsikan dengan Anda.