Untuk cara check KWSP guna IC boleh dibuat di mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran dengan Anda.
Cuma mungkin ada yang ingin tahu cara menyemak nombor ahli KWSP Anda secara online jika Anda terlupa.
Nombor ahli KWSP ini penting untuk kita membuat permohonan berkaitan hal ehwal KWSP seperti semak baki akaun, semakan caruman majikan, atau lain-lain.
Atas sebab ini, berikut kami akan kongsikan langkah-langkah untuk cara check KWSP guna IC secara online atau manual jika Anda terlupa yang boleh Anda ikuti dengan mudah.
Apa itu KWSP?
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Employees Provident Fund (EPF) merupakan tabung simpanan persaraan untuk pekerja. Ini adalah selaras dengan Akta Kumpulan Wang Peruntukan Pekerja Malaysia 1991.
KWSP atau EPF telah diasaskan pada tahun 1951 dan masih relevan sehingga kini. KWSP sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik bagi memastikan persaraan yang lebih baik dengan melindungi dan meningkatkan simpanan persaraan peserta.
Cara Check KWSP Guna IC
Tidak mengapa jika Anda tidak ingat nombor KWSP, ini banyak berlaku dengan pencarum.
Dan untuk menyemak nombor KWSP, caranya juga tidak sukar. Terdapat beberapa cara Anda boleh cuba menyemak nombor KWSP Anda menggunakan IC Anda, secara online dan secara manual.
Baca juga: Cara kemaskini nombor telefon KWSP.
A. Cara Check KWSP Guna IC Melalui EPF CMC
Jika Anda tidak ingat sama sekali nombor KWSP Anda, berikut adalah langkah-langkah untuk cara check KWSP guna IC Anda melalui EPF CMC:
- Pertama sekali, sila Anda hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP (juga dipanggil EPF CMC) di talian 03-89226000.
- Biasanya, telefon akan diangkat dalam beberapa saat sahaja.
- Sila beritahu bahawa Anda ingin menyemak nombor KWSP Anda.
- Pihak EPF CMC akan bertanya Nombor Kad Pengenalan Anda untuk verifikasi.
- Mereka juga akan bertanyakan Nama Penuh Anda.
- Sekiranya semuanya sah, mereka akan memberikan Nombor KWSP Anda.
B. Cara Check KWSP Guna IC Melalui Kiosk
Anda juga boleh menyemak nombor KWSP Anda di kiosk, jika Anda tidak menggunakan perkhidmatan internet.
Sekiranya Anda sejenis orang yang jarang menggunakan perkhidmatan online dan mahu terus semak baki dengan mencetak penyata, Anda boleh terus guna kiosk KWSP yang ada di dalam premis tersebut.
C. Cara Check KWSP Guna IC di Kaunter KWSP
Selain melalui kiosk KWSP, Anda juga boleh ke kaunter KWSP untuk membuat pelbagai transaksi kewangan berkaitan KWSP.
Anda bukan sahaja boleh menyemak nombor KWSP, Anda juga boleh mendapatkan penyata yang menunjukkan baki terakhir Anda.
- Sila Anda datang ke mana-mana cawangan KWSP terdekat.
- Bawa Kad Pengenalan Anda.
- Kemudian, sila ambil nombor antrean.
- Setelah itu, tunggu sehingga nombor Anda dipanggil.
- Seterusnya, sila Anda sampaikan niat Anda, iaitu ingin menyemak nombor KWSP di kaunter.
Baca juga: Permohonan bantuan e-CAP KWSP.
D. Cara Check KWSP Guna IC Melalui i-Akaun
Untuk memudahkan Anda menyemak nombor ahli KWSP menggunakan Kad Pengenalan (IC) secara online, tiada cara lain selain mendaftar menggunakan i-Akaun.
Tetapi sebelum itu, untuk memenuhi keperluan Anda untuk mendaftar untuk i-Akaun, Anda mesti memenuhi kriteria berikut:
- Anda ialah seorang pencarum KWSP.
- Anda mempunyai nombor ahli KWSP yang sah.
- Anda mempunyai nombor telefon bimbit yang masih aktif untuk terima kod TAC.
- Majikan anda juga mempunyai nombor KWSP yang sah.
- Perlu kemaskini nombor telefon sebelum mendaftar i-Akaun.
- Pastikan telefon boleh terima SMS.
Terma atau prosedur di atas adalah penting kerana Anda perlu mendapatkan kata laluan sementara.
- Pertama sekali, sila hadirkan diri ke mana-mana KWSP yang berhampiran.
- Lalu pergi ke kaunter pertanyaan.
- Sila Anda tanya mengenai pendaftaran i-Akaun.
- Setelah itu, nombor antre akan diberi.
- Sila tunggu sehingga Anda di panggil.
- Anda mestilah siap sedia dengan ID Ahli KWSP atau No IC.
- Setelah itu, sila pergi ke kaunter setelah nombor dipanggil.
- Seterusnya, sila berurusan di kaunter untuk pendaftaran i-Akaun.
- Kemudian, selepas pendaftaran, ahli akan menerima Kata Laluan Sementara melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun.
- Stelah itu, Anda perlu layari laman web KWSP untuk langkah seterusnya.
- Sila rujuk panduan di bawah untuk mendaftar i-Akaun.
- Selepas Anda dapat kata laluan sementara melalui SMS, sila Anda pergi ke mana-mana komputer yang disediakan untuk ahli KWSP secara percuma.
- Jika tidak, Anda juga boleh buat sendiri di rumah Anda.
- Cuma jika buat di KWSP, Anda boleh minta bantuan jika ada masalah atau pertanyaan.
- Sila Anda layari laman web rasmi i-Akaun KWSP di https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Sila isikan No Ahli yang diterima pada ruangan ID Pengguna dan klik Teruskan.
- Isikan juga Kata Laluan yang diterima melalui SMS dan klik Log Masuk.
- Sila Anda baca Terma dan Syarat yang dipaparkan. Lalu tanda pada kotak Checkbox dan klik Seterusnya.
- Sila Anda cipta ID Pengguna yang baharu di ruangan ID Pengguna.
- Untuk ID Pengguna yang baharu adalah gabungan alphanumeric 8-16 digit (Contoh: kualanamu1234).
- Sila ambil perhatian, untuk ID Pengguna boleh diubah sekali sahaja semasa proses pengaktifan dilakukan.
- Kemudian, sila Anda cipta Kata Laluan yang baharu dengan gabungan nombor dan abjad 8 – 20 digit serta masukkan semula kata laluan yang baharu untuk pengesahan (Contoh : Kualanamu7895).
- Setelah itu, sila Anda pilih Imej Online.
- Sila Anda isi Frasa Rahsia atau Secret Phrase dengan panjang maksimum 10 aksara kemudian klik Seterusnya.
- Seterusnya, skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan.
- Setelah itu, Ahli boleh terus Login ke i-Akaun.
- Tahniah! Jika semuanya berjalan lancar, Anda sudah boleh check KWSP guna No IC secara online.
Baca juga: Cara semak baki KWSP online.
Itulah beberapa maklumat tentang cara check KWSP guna IC yang boleh kami kongsikan dengan Anda.