Jika dilihat pada slip gaji dan cek gaji yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP Anda setiap bulan, sudah pasti akan ada potongan yang dibuat untuk caruman KWSP.
Tetapi bagaimana Anda ingin memastikan bahawa wang yang dipotong itu benar-benar dicarumkan ke akaun Anda atau tidak? Dan adakah Anda juga menerima 13% caruman daripada majikan Anda setiap bulan?
Di sini kami ingin kongsikan cara semak baki KWSP online, Anda boleh menyemaknya di rumah atau di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa secara online.
Cara Semak Baki KWSP Online (kwsp.gov.my)
Anda perlu mendaftar akaun i-Akaun untuk menyemak baki KWSP Anda secara online. Selepas itu, Anda boleh menyemak baki KWSP Anda secara online di laman web rasmi kwsp.gov.my atau di aplikasi i-Akaun.
Dapatkan Maklumat Login Sementara untuk Proses Pendaftaran i-Akaun KWSP
Berikut adalah langkah-langkah untuk mendapatkan maklumat log masuk sementara dan proses pendaftaran akaun i-KWSP:
- Sila Anda pergi ke mana-mana kiosk atau kaunter KWSP berhampiran.
- Lalu, daftarkan nombor telefon Anda untuk kod pengesahan TAC.
- Selepas itu, Anda akan menerima ID dan Kata Laluan Sementara melalui SMS.
- Kemudian, sila Anda layari laman web KWSP untuk login dan semak baki KWSP Anda.
- Pada halaman utama, sila pilih butang Login.
- Kemudian, klik pada pilihan i-Akaun (Member).
- Seterusnya, Anda masukkan ID Sementara yang diberikan dan tekan Next.
- Lalu, masukkan Kata Laluan Sementara yang diterima dan tekan Login.
- Sila Anda baca Terma dan Syarat yang dinyatakan.
- Kemudian, Tick pada kotak persetujuan syaratan dan terma dan tekan Next.
- Setelah itu, Anda perlu mencipta ID dan Kata Laluan yang baharu.
- Kemudian, pilih Imej Keselamatan dan Frasa Keselamatan bagi tujuan sekuriti.
- Seterusnya, Anda klik Next.
- Tahniah, akaun i-Akaun KWSP Anda telah pun berjaya didaftarkan.
- Selesai.
Sila klik pada pautan cara daftar i-Akaun KWSP untuk maklumat lanjut tentang cara mendaftar!
Cara Semak Baki KWSP Online Melalui i-Akaun (Laman Web kwsp.gov.my)
Selepas Anda selesai mendaftar untuk i-Akaun, Anda boleh menyemak baki KWSP Anda secara online.
Tetapi pastikan tiada masalah log masuk ke i-Akaun. Jika Anda tidak ingat nombor KWSP Anda, sila check dahulu nombor KWSP atau ID Pengguna yang telah Anda daftarkan sebelum log masuk.
Berikut adalah langkah-langkah untuk cara semak baki KWSP online di laman web kwsp.gov.my:
- Pertama sekali, sila layari laman web rasmi i-Akaun KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member
- Kemudian, pergi ke bahagian menu atas sebelah kanan.
- Terdapat dua pilihan bahasa iaitu EN dan BM. Sila pilih BM untuk Bahasa Melayu.
- Lalu masukkan ID Pengguna.
- Lalu, tekan butang Teruskan.
- Anda mesti pastikan Imej Keselamatan dan Frasa Rahsia Anda adalah betul.
- Kemudian, masukkan Kata Laluan.
- Lalu tekan butang Log Masuk.
- Seterusnya, jika tiada apa-apa masalah, maka Anda akan berjaya masuk ke dalam sistem i-Akaun KWSP.
- Setelah itu, Anda akan dapat lihat mesej Selamat Datang (Nama Anda) berserta tarikh login terakhir.
- Sila lihat Ringkasan Akaun yang berada betul-betul di bawah mesej tadi.
- Pada bahagian Ringkasan Akaun, Anda akan dapat lihat Jumlah Simpanan secara keseluruhan.
- Anda juga akan dapat lihat baki KWSP Akaun 1 dan Akaun 2 dalam bentuk carta pai.
- Selesai.
Cara Semak Baki KWSP Online Melalui Aplikasi i-Akaun
Berikut adalah langkah-langkah untuk cara semak baki KWSP online di aplikasi i-Akaun KWSP:
- Sila Anda muat turun dan dapatkan aplikasi i-Akaun di telefon pintar Anda.
- Lalu, pilih pada pautan iOS atau Android.
- Kemudian, buka aplikasi i-Akaun di telefon pintar Anda.
- Setelah itu, sila Login akaun i-Akaun Anda.
- Seterusnya, Jumlah baki KWSP Anda akan tertera di halaman utama.
- Sila tekan pada View Transaction History untuk semak transaksi caruman ke akaun Anda.
- Kemudian, klik pada Caruman – IWS untuk mendapatkan detail transaksi.
- Selesai.
Selain Semakan Baki KWSP, Apa Lagi Servis i-Akaun?
Terdapat banyak kelebihan yang ditawarkan oleh i-Akaun selain menyemak baki KWSP. Berikut adalah senarai beberapa kelebihan perkhidmatan i-Akaun KWSP:
- Memohon e-Pengeluaran.
- Menyemak Penyata KWSP untuk tahun terkini dan tahun sebelumnya.
- Menyemak status permohonan pengeluaran
- Menyemak sejarah pengeluaran.
- Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan.
- Mengemaskini profil seperti pertukaran alamat surat-menyurat.
- Menyemak transaksi caruman KWSP terkini.
- Menyemak log aktiviti akaun KWSP.
Maklumat Lanjut KWSP
Anda boleh menghubungi KWSP, jika proses pendaftaran dan semakan Anda tidak berjaya, KWSP sedia membantu.
- Khidmat Pelanggan (Customer Service) KWSP : 03 – 8922 6000.
- Waktu Operasi Perkhidmatan Pelanggan KWSP : Isnin – Jumaat (Kecuali cuti umum): 08.00 – 17.00
Itulah maklumat tentang cara semak baki KWSP online yang boleh kami kongsikan.