Bagi Anda yang mempunyai profesion atau bekerja sebagai peniaga menjual makanan, berikut cara daftar FoodPanda Merchant untuk kedai dan restoran Anda untuk menambah pelanggan dan menambah pendapatan.
Sebenarnya program dari Foodpanda di Malaysia ini dipanggil FoodPanda Partner, bukan FoodPanda Merchant. Namun, orang sudah biasa memanggilnya sebagai merchant, walaupun gelaran itu sebenarnya khusus untuk GrabFood Merchant.
Jika Anda berminat tetapi masih keliru caranya, di sini kami kongsikan kaedah yang mudah diikuti untuk cara daftar FoodPanda Merchant.
Sedikit Maklumat Tentang FoodPanda
FoodPanda adalah salah satu perkhidmatan penghantaran makanan pihak ketiga yang terkenal di Malaysia. FoodPanda, yang menggunakan pemandu untuk menjalankan perniagaannya, bertanggungjawab menghantar makanan kepada pelanggan ke depan pintu mereka berdasarkan alamat yang diberikan oleh pihak yang memesan.
FoodPanda bekerjasama dengan pelbagai gerai makanan, gerai, kedai makanan segera seperti McDonalds dan KFC serta restoran di Malaysia untuk menghantar makanan yang ditempah oleh pelanggan melalui laman web FoodPanda atau di aplikasi FoodPanda.
Sedikit Maklumat Tentang FoodPanda Partners (Merchant)
FoodPanda Partners adalah kerjasama antara pemilik FoodPanda dan pemilik restoran, gerai, gerai makanan, restoran makanan segera untuk menyediakan perkhidmatan makanan kepada pelanggan.
Bagi Anda yang mendaftar sebagai FoodPanda Partners, Anda boleh mempromosikan restoran atau perniagaan makanan Anda secara dalam talian (secara online) dan menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli makanan dan minuman di kedai Anda, tanpa pelanggan perlu pergi ke lokasi Anda berniaga.
Ini sudah tentu dapat membantu pelbagai pihak yang mengambil bahagian. Bagi FoodPanda Partners, ini dapat membantu Anda menambah pendapatan dan menjimatkan ruang kerana pelanggan tidak perlu lagi datang ke tempat atau kedai Anda untuk menjual.
Cara FoodPanda Merchant Berfungsi
- Pelanggan memasukkan alamat penghantaran melalui aplikasi atau tapak web dan memilih restoran terdekat.
- Restoran menerima pesanan melalui tablet yang disediakan oleh FoodPanda, dan mula menyediakan makanan untuk masa tertentu.
- FoodPanda Rider akan tiba pada masa yang sesuai untuk mengambil dan menghantar pesanan dalam masa 30 minit selepas pesanan dibuat oleh pelanggan.
- FoodPanda akan membayar Anda setiap minggu untuk pesanan Anda selain menyediakan laporan prestasi untuk pencapaian Anda dalam FoodPanda.
Baca juga : Cara daftar GrabFood Merchant.
Lokasi FoodPanda Merchant
Untuk peniaga makanan, berikut adalah lokasi yang sesuai untuk menjadi FoodPanda Merchant (Partners). Bagi yang tahu, kawasan ini juga mempunyai ramai FoodPanda Rider.
- Perak.
- Perlis.
- Sabah.
- Kedah.
- Kelantan.
- Melaka.
- Pahang.
- Selangor & Kuala Lumpur (FoodPanda Merchant untuk Klang Valley).
- Pulau Pinang.
- Terengganu.
- Negeri Sembilan – Seremban.
- Sarawak – Kuching, Sibu, Bintulu, Miri.
- Johor – Johor Bahru.
Baca juga : Cara order FoodPanda.
Syarat Mendaftar FoodPanda untuk Restoran
Berikut adalah senarai syarat untuk Anda yang ingin mendaftar FoodPanda Merchant:
- Peniaga mesti mempunyai lesen perniagaan untuk beroperasi.
- Peniage mesti beroperasi tidak kurang daripada 4 hari seminggu.
- Peniaga mesti beroperasi tidak kuranf daripda 4 jam setiap hari.
- Peniaga mesti beroperasi di lokasi tetap seperti lokasi yang didaftarkan dengan FoodPanda.
- Peniaga mesti mempunyai SSM.
Cara Daftar FoodPanda Merchant
Berikut adalah langkah-langkah cara daftar FoodPanda Merchant:
- Pertama sekali, sila Anda layari laman web rasmi FoodPanda di https://www.foodpanda.my/
- Kemudian, Anda scroll ke bawah sehingga jumpa bahagian yang tertulis List your Restaurant on FoodPanda.
- Sila Anda tekan butang Get Started untuk bahagian tersebut.
- Pada laman seterusnya, Anda scroll ke bawah. Kemudian akan ada beberapa ruangan untuk Anda isikan.
- Pada ruangan Restaurant Name/Nama Restoran, sila Anda masukkan nama penuh restoran/kedai makan/gerai/warung/outlet fast food.
- Pada City/Bandar, sila Anda pilih bandar tempat perniagaan Anda dijalankan.
- Setelah itu, untuk teruskan daftar FoodPanda Merchant, pada ruang Restaurant Address/Alamat Restoran, sila masukkan alamat penuh restoran/gerai/kedai makan/outlet fast food.
- Lalu pada ruangan Vertical, memandangkan Anda merupakan pemilik perniagaan berasaskan penjualan makanan dan minuman, sila pilih Restaurant.
- Kemudian pada ruangan Vertical Segment Restaurant, sila Anda pilih sama ada Regular Restaurant sekiranya perniagaan Anda mempunyai tapak lokasi yang tersendiri, atau Home Based Kitchen sekiranya Anda menjalankan perniagaan dari rumah.
- Pada ruangan Cuisine/Jenis Masakan, Anda pilih jenis masakan utama yang disediakan di restoran Anda.
- Pada First Name/Nama Pertama, sila Anda masukkan nama pertama/panggilan Anda.
- Pada Last Name/Nama Keluarga, sila Anda masukkan nama keluarga Anda. (Bagi Anda yang beragama Islam, Anda boleh gunakan kedua-dua nama Anda seperti Achmad Rozali Bin Abdullah, di mana gunakan Achmad pada First Name dan Rozali pada Last Name, atau sekiranya nama Anda adalah seperti Dewi Bin Saidin, gunakan nama Dewi untuk kedua-dua First Name dan Last Name).
- Pada ruangan Contact Number, sila Anda masukkan nombor telefon Anda yang aktif dan boleh dihubungi.
- Pada ruangan Email, Anda masukkan emel untuk perniagaan Anda.
- Kemudian, sila Anda pilih purata harga satu hidangan yang disediakan di restoran Anda. Kemudian, ikut petunjuk yang diberi. (Nota: $ untuk kurang daripada RM15, $$ untuk kurang daripada RM30 dan $$$ untuk kurang daripada RM50)
- Lalu pada bahagian Menu Upload, Anda perlu upload gambar/salinan soft copy menu terkini di restoran Anda. Amda mestilah pastikan harga dan nama hidangan serta minuman dalam menu dikemaskini. (Nota: Hanya file dalam format pdf, excel, word dan jpg sahaja yang boleh dihantar)
- Kemudian, Anda juga perlu menekan link Here di bawah untuk mengikut panduan spesifikasi menu yang diterima untuk menggunakan servis Foodpanda.
- Setelah itu, Anda juga boleh menekan link menu Template untuk download template menu makanan Fooodpanda dan isikan untuk rujukan Anda.
- Kemudian, sila Anda tekan butang Submit Form.
- Tahniah! Pendaftaran Anda untuk cara daftar FoodPanda Merchant telah berjaya.
- Selesai.
Baca juga : Cara daftar FoodPanda Rider.
Selepas Daftar FoodPanda Merchant (Cara Pengaktifan Foodpanda Partners)
Berikut adalah langkah pengaktifan untuk menjadi Rakan Kongsi FoodPanda (FoodPanda Merchant):
- Mula-mula, daftar online.
- Kemudian, tunggu kelulusan.
- Setelah itu, FoodPanda akan hantar kontrak untuk ditandatangai.
- Seterusnya, Partner mesti tandatangan kontrak.
- Kemudian, Partner perlu hantar menu pada FoodPanda.
- Setelah itu, FoodPanda akan terima dan semak gambar serta menu dari partner.
- Lalu, Partner akan terima peranti FoodPanda.
- Kemudian, Partner akan terima latihan melalui panggilan telefon.
- Seterusnya, Partner kedai makan dan restoran kini sudah LIVE di FoodPanda punya aplikasi.
Selepas Anda mendaftar, perniagaan Anda akan ditentukan sama ada lulus atau tidak. Jika Anda lulus, FoodPanda akan menghantar kontrak kepada Anda untuk ditandatangani.
Anda juga akan menerima pratonton (preview) untuk menu Anda. Di samping itu, Anda juga akan menerima peranti untuk FoodPanda dan akan membuat latihan.
Sekiranya tiada masalah semasa proses pendaftaran dan pengaktifan, maka perniagaan Anda akan diterbitkan secara online di laman web FoodPanda dan proses pendaftaran perniagaan Anda dengan FoodPanda akan berjaya.
Maklumat Lanjut
Jika Anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang FoodPanda Merchant atau ada sebarang pertanyaan tentang cara daftar FoodPanda Merchant dan lainnya, Anda boleh menghubungi alamat di bawah:
- Layari web rasmi FoodPanda di: www.foodpanda.my
- Email Foodpanda: [email protected]
Itulah sedikit maklumat tentang cara daftar FoodPanda Merchant yang boleh kami kongsikan.