Cara Daftar HSBC Online Banking

HSBC Online Banking adalah perkhidmatan perbankan digital yang membolehkan Anda mengakses akaun perbankan Anda secara dalam talian 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Dengan HSBC Online Banking, Anda boleh melakukan pelbagai urusan perbankan dari keselesaan rumah Anda atau di mana-mana sahaja dengan akses internet.

Untuk memanfaatkan perkhidmatan ini, Anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Dalam artikel ini, kami akan membantu Anda memahami cara daftar HSBC Online Banking dengan mudah dan cepat.

Cara Daftar HSBC Online Banking

HSBC Online Banking

HSBC Online Banking adalah perkhidmatan perbankan digital yang disediakan oleh HSBC, salah satu bank global terkemuka. Ia membolehkan pelanggan HSBC mengakses akaun mereka secara dalam talian dan melakukan pelbagai urusan perbankan seperti memeriksa baki akaun, membuat pembayaran, melihat penyata akaun, memohon produk perbankan baru dan banyak lagi.

Dengan HSBC Online Banking, pelanggan boleh mengakses perkhidmatan perbankan mereka 24 jam sehari, 7 hari seminggu dari mana-mana lokasi di seluruh dunia selama ada akses internet. Selain itu, HSBC Online Banking juga menyediakan lapisan keselamatan yang tinggi untuk melindungi maklumat peribadi pelanggan dan transaksi perbankan mereka.

Pelanggan HSBC boleh mendaftar untuk HSBC Online Banking melalui laman web HSBC atau aplikasi mudah alih HSBC. Proses pendaftaran mudah dan cepat, dan sekali didaftarkan, pelanggan boleh mengakses akaun mereka dalam talian dan melakukan urusan perbankan dengan mudah dan selesa.

Baca juga: Cara Daftar Bank Rakyat Online Banking.

Syarat Daftar HSBC Online Banking

Sebelum Anda boleh mendaftar untuk perbankan dalam talian (online banking) HSBC, Anda mesti melengkapkan beberapa syarat, termasuk:

  • Nombor Kad Debit, atau
  • Nombor Kad Credit, atau
  • Phone banking number dan PIN.

Selepas itu, langkah seterusnya ialah mengaktifkan kad debit/kad kredit/perbankan telefon dan PIN Anda.

A. Cara Aktifkan Kad Credit dan PIN

Sila aktifkan dan sediakan PIN HSBC Anda terlebih dahulu dengan cara berikut:

  1. Hubungi hotline pengaktifan kad 24 jam HSBC: +603 8321 8999.
  2. Tekan 1 untuk mengaktifkan kad kredit. Ikut arahan yang diberikan dan aktifkan kad.
  3. Setelah Anda menyelesaikan langkah pengaktifan, tekan 2 untuk membuat PIN kad kredit Anda.

B. Cara Aktifkan Kad Debit dan PIN

  1. Hubungi hotline pengaktifan kad 24 jam HSBC: +603 8321 8999.
  2. Tekan 2 untuk PIN Kad Debit. Masukkan NRIC / Nombor Pasport Anda, diikuti dengan 4 digit terakhir nombor Kad Debit Anda.
  3. Kod keselamatan 6 digit akan dihantar ke nombor telefon bimbit Anda yang didaftarkan.
  4. Masukkan kod keselamatan 6 digit untuk menyelesaikan pembuatan PIN Anda. Masukkan PIN 6 digit baru, masukkan semula PIN untuk mengesahkan.

C. Cara Aktifkan Phone Banking dan PIN

  1. Hubungi talian hotline perkhidmatan telebanking HSBC di 1300 88 1388 atau 1300 88 9393 (pemegang akaun Premier).
  2. Untuk pelanggan Deposit HSBC, Anda akan diminta untuk memberikan butiran berikut: Nombor Kad Debit 16 digit atau nombor Kad Pengenalan (IC) dan PIN Kad Debit.
  3. Untuk pelanggan Kad Kredit HSBC, Anda akan diminta untuk memberikan butiran berikut untuk tujuan pengesahan: Nombor Kad Pengenalan (IC).

Baca juga: Cara Daftar Ambank Online.

Cara Daftar HSBC Online Banking

Terdapat dua cara daftar HSBC Online Banking iaitu secara online melalui laman web rasmi dan melalui aplikasi mobile banking HSBC Malaysia.

1. Cara Daftar HSBC Online Banking/HSBC Amanah Secara Online (hsbc.com.my)

Berikut cara daftar HSBC online banking secara online di hsbc.com.my:

  1. Sila Anda lawati pautan rasmi HSBC https://www.hsbc.com.my
  2. Kemudian, klik Register.
  3. Lalu klik Register for Online Banking.
  4. Setelah itu, Anda dapat memilih sahkan identitas dengan memilih pada tiga pilihan yang tertera.
  5. Kemudian, klik Credit Card Number/Phone Banking Number/Debit Card Number. Pada contoh kali ini kami pilih Credit Card Number.Verify your identity (Cara daftar HSBC)
  6. Masukkan Nombor Credit Card Anda pada ruangan yang tersedia.Credit Card Number (Cara daftar HSBC 2)
  7. Sila Anda jawab pertanyaan yang tertera. Kemudian lik Yes/No.
  8. Kemudian, klik Register with your mobile.
  9. Setelah itu, masukkan Tarikh Lahir Anda.
  10. Lalu masukkan 3 digit terakhir nombor telefon Anda pada ruangan yang tersedia.
  11. Kemudian, klik Continue.Register Your Mobile (Cara daftar HSBC 3)
  12. Seterusnya, sila masukkan 6 digit kod yang dihantar ke handphone melalui SMS.
  13. Kemudian, klik Continue.Verification HSBC (Cara daftar HSBC 4)
  14. Seterusnya, sila Anda masukkan Username yang Anda inginkan.
  15. Pada Password, sila Anda masukkan kata laluan yang Anda inginkan.
  16. Kemudian, masukkan sekali lagi kata laluan pada Confirm Password.
  17. Setelah itu, klik Continue.Create new log on HSBC (Cara daftar HSBC 5)
  18. Kemudian, sila Anda pilih Security question.
  19. Serta sila isikan jawapan pada Security answer.
  20. Kemudian, isikan semula Confirm security answer.
  21. Setelah itu, klik Continue.Create Security Question (Cara daftar HSBC 6)
  22. Seterusnya, sila baca Terms and Conditions, kemudian tick kotak kecil jika Anda setuju.
  23. Kemudian, Anda klik Continue.Terma dan Syarat-HSBC (Cara daftar HSBC 7)
  24. Tahniah, kini Anda berjaya daftar HSBC.
  25. Selesai, panduan untuk cara daftar HSBC online banking.

Baca juga: Cara Daftar Public Bank Online.

2. Cara Daftar HSBC Online Banking Melalui Aplikasi Mobile Banking HSBC Malaysia

Anda juga boleh mendaftar menggunakan aplikasi perbankan mudah alih (mobile banking) HSBC Malaysia. Kaedah cara daftar HSBC online banking melalui aplikasi mobile banking HSBC Malaysia adalah seperti berikut:

  1. Sila Anda buka aplikasi HSBC Anda.
  2. Kemudian, klik Not Registered for online banking.
  3. Lalu klik kotak I accept the Terms & Conditions.
  4. Kemudian, klik Continue.
  5. Setelah itu, sila sahkan identity Anda menggunakan Debit Card PIN/Credit Card PIN/Credit Card Number, Date of Birth & Mobile Number/Phone Banking PIN.
  6. Kemudian, klik Continue.
  7. Setelah itu, sila Anda masukkan Username yang Anda inginkan (6-30 kata dan mengandungi abjad&nombor).
  8. Kemudian, klik Continue.
  9. Seterusnya, masukkan Password yang Anda inginkan pada ruangan Create Password.
  10. Setelah itu, sahkan semula password pada ruangan Confirm Password.
  11. Kemudian, klik Continue.
  12. Pada Choose a security question, sila Anda masukkan soalan keselamatan.
  13. Seterusnya, sila klik Continue.
  14. Pada Answer security question, Anda tentukan jawapan untuk soalan keselamatan.
  15. Pada ruangan Confirm Answer, sila Anda sahkan jawapan tersebut.
  16. Kemudian, klik Continue.
  17. Setelah itu, masukkan PIN berangka 6 baru Anda pada ruangan Enter your new 6-digit PIN.
  18. Seterusnya, Anda akan terima SMS yang mengesahkan Mobile Secure Key Anda telah berjaya diaktifkan.
  19. Selesai.

Baca juga: Cara Daftar Bank Islam Online.

Maklumat Lanjut

Untuk mencari maklumat lanjut mengenai cara daftar HSBC Online Banking, Anda boleh mengunjungi atau hubungi:

Sekarang Anda sudah tahu cara daftar HSBC Online Banking yang mudah dan cepat. Dengan mengikuti langkah-langkah yang kami sampaikan, Anda sekarang boleh mengakses akaun perbankan HSBC Anda secara dalam talian dan melakukan pelbagai urusan perbankan dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Pastikan Anda mengambil langkah keselamatan yang betul dalam penggunaan HSBC Online Banking, seperti memastikan kata laluan Anda selamat dan tidak memberitahu kepada orang lain. Selamat mencuba dan memanfaatkan perkhidmatan perbankan digital yang disediakan oleh HSBC!