Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) adalah sebuah institusi di bawah Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan pada 17 April 2006 untuk membantu individu menguruskan keadaan kewangan mereka dan mencapai ketenangan fikiran hasil daripada penggunaan kredit yang bijak.
Aktiviti utama AKPK ialah: Program Pendidikan Kewangan, Kaunseling Kewangan dan Pengurusan Kredit.
Untuk menyemak baki hutang Anda, anda perlu log masuk ke AKPK melalui portal rasmi akpk.org.my
Dan di sini kami kongsikan kepada Anda, cara login AKPK yang mudah untuk Anda ikuti.
Cara Login AKPK (Semak Baki Penyata & Bayar Online)
Untuk dapat log masuk ke AKPK, Anda mesti mendaftar untuk mempunyai akaun di AKPK terlebih dahulu.
A. Cara Login AKPK
Berikut ialah langkah-langkah cara login AKPK:
- Pertama sekali, sila Anda layari laman web rasmi AKPK di https://www.akpk.org.my/home/gateway.
- Ada beberapa pilihan iaitu:
• Customer Login.
• Partner Login.
• Organisation Login. - Sila Anda pilih Customer Login dan klik pautan yang diberi: https://customer.akpk.org.my.
- Pada ruangan User ID, sila Anda masukkan Login ID yang Anda peroleh di emel Anda.
- Pada ruangan Password, sila Anda masukkan password yang Anda telah cipta untuk akaun Anda.
- Setelah itu, tekan butang Login AKPK.
- Tahniah! Cara login AKPK Anda berjaya.
- Selesai.
Baca jua: Panduan Lengkap Cara Daftar AKPK.
B. Cara Daftar AKPK
Jika Anda masih belum mendaftar, ikuti panduan pendaftaran AKPK secara online seperti di bawah supaya Anda boleh login ke AKPK:
- Pertama sekali, sila Anda layari laman web https://www.akpk.org.my/home/gateway.
- Setelah itu, Anda akan tiba di portal AKPK untuk login secara onlines sebagai Customer, Partner atau Organisation.
- Pada Customer Login, sila Anda tekan link Click here to login >.
- Pada laman seterusnya, sila Anda pergi ke bahagian kanan skrin. Di bawah ruangan untuk Password, sila Anda tekan link New User? Register here (Pengguna Baru? Daftar di sini).
- Kemudian, pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu diisikan. Pada ID Type, sila pilih jenis pengenalan diri Anda yang Anda mahu gunakan untuk pendaftaran. Sila Anda pilih NRIC untuk memasukkan Nombor MyKad.
- Pada ruangan ID Number, sila masukkan nombor MyKad Anda (nombor kad pengenalan baharu).
- Pada ruangan Customer Name, sila Anda masukkan nama penuh Anda. Nota: Nama yang Anda masukkan mestilah sama seperti nama Anda yang tertera pada MyKad Anda.
- Pada Gender, sila Anda pilih jantina Anda, sama ada Female (perempuan) atau Male (lelaki).
- Pada ruangan Date of Birth, sila tekan ruangan tersebut dan kalendar akan tertera. Kemudian, Anda pilih tarikh lahir Anda.
- Pada ruangan Contact Number, sila masukkan nombor telefon Anda yang masih aktif dan boleh dihubungi. Nota: Sebarang karakter selain nombor termasuk simbol “-“ tidak dibenarkan.
- Pada ruangan Email Address, Anda masukkan alamat emel Anda yang aktif dan boleh digunakan.
- Setelah itu, sila baca Notis Privasi yang tertera di bawah. Sekiranya Anda bersetuju dengan kenyataan, sila Anda tick pada kenyataan di bawahnya.
- Kemudian, Anda tekan butang Submit untuk meneruskan proses dan cara daftar AKPK secara online.
- Selepas pendaftaran Anda berjaya. Anda akan menerima emel daripada AKPK yang mengandungi link untuk mengaktifkan akaun Anda.
- Sila Anda pergi ke emel Anda dan dapatkan emel daripada AKPK. Dalam emel itu terkandung link untuk mengaktifkan akaun Anda serta Login ID/Customer ID.
- Seterusnya, Highlight link tersebut. Kemudian, right click pada mouse Anda dan tekan Go to……”. Lalu, Anda akan dibawa ke alamat untuk link.
- Pada paparan seterusnya, akan tertera ruangan untuk Customer ID. Sila Anda masukkan Customer ID/Login ID yang Anda peroleh juga menerusi emel daripada AKPK tersebut.
- Kemudian, sila tekan butang Submit.
- Pada laman seterusnya, Anda perlu mencipta password untuk akaun Anda. Nota: Password Anda mestilah alphanumeric (mengandungi gabungan huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol). Tiada jarak (space) dibenarkan. Dan panjang password Anda mestilah antara 8-15 aksara.
- Pada ruangan New Password, sila Anda masukkan password yang Anda ingin gunakan untuk akaun Anda.
- Pada Confirm Password, Anda masukkan semula password yang Anda ingin gunakan di ruangan yang disediakan.
- Setelah itu, tekan butang Submit.
- Tahniah! Anda telah berjaya mendaftar AKPK.
- Selesai.
Baca juga: Pinjaman Peribadi Bank Islam.
Maklumat Lanjut AKPK
Jika Anda memerlukan kaunseling atau maklumat lanjut tentang cara menyelesaikan hutang sedia ada atau cara login AKPK, sila hubungi AKPK:
- Laman web rasmi di https://www.akpk.org.my/?latest-updates=all
- Facebook di https://facebook.com/AKPKofficial
- Twitter di https://twitter.com/AKPKofficial
- Instagram di https://www.instagram.com/akpkofficial/?ref=badge
- Channel Youtube di https://www.youtube.com/user/AKPKTVC
Baca juga: Pinjaman Peribadi Maybank.
Itulah tadi maklumat mengenai cara login AKPK yang boleh kami kongsikan untuk Anda.