Sekiranya Anda mengalami masalah kewangan seperti hutang kad kredit atau hasil pinjaman, Anda boleh mencuba kaedah pendaftaran AKPK.
Bagi Anda yang tidak tahu, program ini dapat membantu kita keluar dari kemelut hutang yang tidak berkesudahan.
Sila baca langkah-langkah cara daftar AKPK dan membuat permohonan seperti di bawah. Jika sudah mendaftar, Anda boleh terus login ke AKPK.
Cara Daftar AKPK (Register & Login di akpk.org.my)
Program daripada AKPK ini dapat membantu kita keluar daripada krisis hutang yang tidak berkesudahan. Sila baca panduan cara daftar AKPK yang telah kami susun di bawah.
I. Cara Daftar AKPK
Sebagai permulaan, berikut adalah panduan cara daftar AKPK secara online:
- Pertama sekali, sila Anda layari laman web https://www.akpk.org.my/home/gateway.
- Setelah itu, Anda akan tiba di portal AKPK untuk login secara online sebagai Customer, Partner atau Organisation.
- Lalu, pada Customer Login, sila Anda tekan link Click here to login >.
- Pada laman seterusnya, sila Anda pergi ke bahagian kanan skrin. Di bawah ruangan untuk Password, sila tekan link New User? Register here. Pengguna Baru? Daftar di sini.
- Pada laman seterusnya, pada beberapa ruangan perlu diisikan. Pada ID Type, sila pilih jenis pengenalan diri Anda yang Anda mahu gunakan untuk pendaftaran. Sila Anda pilih NRIC untuk memasukkan Nombor MyKad.
- Pada ruangan ID Number, sila Anda masukkan nombor MyKad Anda (nombor kad pengenalan baru).
- Pada ruangan Customer Name, sila Anda masukkan nama penuh Anda. Nama yang Anda masukkan mestilah sama seperti nama Anda yang tertera pada MyKad Anda.
- Pada Gender, sila Anda pilih jantina Anda, sama ada Female (perempuan) atau Male (lelaki).
- Pada ruangan Date Of Birth, sila Anda tekan ruangan tersebut dan kalendar akan tertera. Kemudian, sila Anda pilih tarikh lahir Anda.
- Pada ruangan Contact Number, sila Anda masukkan nombor telefon Anda yang masih aktif dan boleh dihubungi. Sebarang karakter selain nombor termasuk simbol “-“ tidak dibenarkan.
- Pada ruangan Email Address, sila Anda masukkan alamat emel Anda yang aktif dan boleh digunakan.
- Setelah itu, sila Anda baca Notis Privasi yang tertera di bawah. Sekiranya Anda bersetuju dengan kenyataan, sila tick pada kenyataan di bawahnya.
- Kemudian, sila tekan butang Submit untuk meneruskan proses dan cara daftar AKPK secara.
- Pendaftaran Anda berjaya. Anda akan menerima emel daripada AKPK yang mengandungi link untuk mengaktifkan akaun Anda.
- Seterusnya, sila Anda pergi ke emel Anda dan dapatkan emel daripada AKPK. Dalam emel itu terkandung link untuk mengaktifkan akaun Anda serta Login ID/Customer ID.
- Sila Highlight link tersebut. Kemudian, right click pada mouse Anda dan tekan Go to……”. Anda akan dibawa ke alamat untuk link.
- Pada paparan seterusnya, akan tertera ruangan untuk Customer ID. Sila Anda masukkan Customer ID/Login ID yang Anda peroleh juga menerusi emel daripada AKPK tersebut.
- Kemudian, sila A nda tekan butang Submit.
- Pada laman seterusnya, Anda perlu mencipta Password untuk akaun Anda. Password Anda mestilah alphanumeric (mengandungi gabungan huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol). Tiada jarak dibenarkan. Panjang password Anda mestilah antara 8-15 aksara.
- Pada ruangan New Password, sila masukkan password yang Anda ingin gunakan untuk akaun Anda.
- Pada Confirm Password, sila Anda masukkan semula password yang Anda ingin gunakan di ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, tekan butang Submit.
- Selesai.
Baca juga: Pinjaman Peribadi RHB.
II. Cara Login AKPK
Seterusnya, berikut ialah langkah-langkah untuk cara login AKPK:
- Pertama, kami andaikan pendaftaran Anda berjaya.
- Seterusnya, pada kotak Pop-up berwarna hijau yang terpapar di skrin, sila Anda tekan butang Here untuk login ke akaun Anda.
- Pada laman seterusnya, pada ruangan User ID, sila Anda masukkan Login ID yang Anda peroleh di emel Anda. Anda mesti ingat Login ID ini kerana akan digunakan setiap kali Anda ingin login ke akaun anda.
- Pada ruangan Password, sila Anda masukkan password yang Anda telah cipta untuk akaun Anda.
- Setelah itu, sila tekan butang Login AKPK.
- Login AKPK Anda berjaya.
- Selesai.
Baca juga: Cara Login AKPK.
III. Senarai Cawangan AKPK di Malaysia
Sekiranya anda telah mencuba kaedah pendaftaran AKPK secara online seperti di atas, tetapi masih memerlukan khidmat nasihat, sila datang ke cawangan AKPK yang berhampiran.
Berikut adalah senarai cawangan AKPK di Malaysia:
A. Kuala Lumpur (KL)
- Level 5 and 6,
Menara Bumiputra Commerce
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur
Tel: 603 2616 7766
Fax: 603 2616 7601
*Berdekatan atau berhampiran dengan Maju Junction.
B. Shah Alam, Selangor
- Bank Muamalat
G1-3
Ground Floor
PKNS Complex
40000 Shah Alam
Selangor
*Kaunseling hanya pada hari Isnin sahaja.
C. Johor Bahru
- Bangunan Bank Negara Malaysia
Jalan Bukit Timbalan
80720 Johor Bahru
Tel: 607 221 0533
Fax: 607 221 0535
D. Melaka
- Ground & Mezzanine Floor, No 179,
Bangunan Munshi Abdullah
Jalan Munshi Abdullah
75100 Melaka
Tel: 606 292 1238
Fax: 606 292 1251
E. Seremban
- Jabatan Insolvensi Malaysia
Ground Floor
Bangunan Tabung Haji
Wisma Arab Malaysian
Jalan Tuanku Munawir
70000 Seremban
Negeri Sembilan
*Kaunseling hanya pada hari Selasa dan Rabu sahaja.
F. Alor Setar, Kedah
- No 11, Ground Floor,
Jalan Persiaran Sultan Abdul Hamid,
Kompleks Sultan Abdul Hamid,
05050 Alor Setar
Kedah Darul Aman.
Tel: 604 771 5773
G. Penang
- Bangunan Bank Negara Malaysia
No.27 Lebuh Light
10200 Penang
Tel : 604 261 2246
Fax : 604 261 2243
H. Ipoh, Perak
- Unit B-2-1 Greentown Square
Jalan Dato’ Seri Ahmad Said
30450 Ipoh
Perak
Tel: 605 242 8319
Fax: 605 242 8452
I. Kuching, Sarawak
- Bangunan Bank Negara Malaysia
Jalan Satok
93720 Kuching
Tel: 6082 414 910
Fax: 6082 414 960
J. Kota Kinabalu, Sabah
- Bangunan Bank Negara Malaysia
Jalan Lapan Belas
88000 Kota Kinabalu
Tel: 6088 538 355
Fax: 6088 538 377
K. Kuantan, Pahang
- G-02 Mahkota Square
Jalan Mahkota
25000 Kuantan
Tel: 609 513 3190
Fax : 609 513 3255
L. Kuala Terengganu
- Bangunan Bank Negara Malaysia
Jalan Sultan Mohamad
21100 Kuala Terengganu
Tel: 609 631 2797
Fax : 609 631 2801
M. Kota Bharu, Kelantan
- PT5, Ground Floor
Kota Indah,
Jln Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu
Tel: 609 747 6968
Fax: 609 746 1085
Baca juga: Pinjaman Peribadi Agrobank.
Sebaik sahaja Anda tiba di cawangan, selepas menerima kaunseling, Anda hendaklah mendapatkan borang permohonan AKPK. Sekiranya Anda masih belum bersedia kerana malu untuk hadir dan bertemu muka dengan pegawai AKPK, sila hubungi talian hotline yang tertera di atas.
Semoga dengan perkongsian cara daftar AKPK dan cara log in AKPK dapat memudahkan urusan kewangan Anda.
Itulah tadi maklumat mengenai cara daftar AKPK Malaysia yang boleh kami kongsikan untuk Anda.