Bagi Anda pelanggan bank BSN yang sedang mencari panduan cara login BSN online, maka artikel ini sesuai untuk Anda. Kerana di sini kita akan membincangkan langkah-langkah bagaimana untuk login yang mudah diikuti.
Kita semua sedia maklum bahawa Bank Simpanan Nasional (BSN) telah memperkenalkan perkhidmatan perbankan dalam talian (online banking) dikenali sebagai MyBSN bertujuan memudahkan pelanggannya menyelesaikan setiap transaksi kewangan secara dalam talian (secara online).
Melalui MyBSN, Bank BSN berusaha untuk memastikan institusinya kekal relevan sebagai salah satu institusi perbankan terbaik di Malaysia.
Perbankan dalam talian (online banking) BSN atau juga dikenali sebagai myBSN membolehkan pelanggan melakukan aktiviti perbankan seperti menyemak baki akaun BSN, membayar bil, mencetak penyata bank BSN, pindahan wang dan lain-lain.
Selain itu, MyBSN juga boleh diakses di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa selama 24 jam.
Bagi Anda yang ingin membuat pelbagai transaksi kewangan di MyBSN, Anda mesti log masuk (login) terlebih dahulu. Dan untuk itu, di bawah kami telah meringkaskan untuk Anda panduan cara login BSN online dengan mudah.
Cara Login BSN Online
Untuk boleh menggunakan perkhidmatan perbankan dalam talian BSN (myBSN). Anda mesti mempunyai akaun myBSN terlebih dahulu. Sila baca dan pelajari langkah-langkah cara daftar BSN online.
A. Cara Login BSN Online (myBSN untuk Pengguna First Time Login)
Jika Anda sudah mempunyai akaun perbankan dalam talian (online banking) BSN, Anda boleh mengikuti garis panduan berikut untuk log masuk (login) BSN dalam talian (secara online):
- Pertama sekali, sila lawati pautan rasmi BSN di https://www.mybsn.com.my
- Lalu, masukkan Username akaun Anda.
- Kemudian, klik Login.
- Setelah itu, sila klik Yes untuk sahkan Security Image Anda.
- Seterusnya, masukkan Password akaun Anda.
- Kemudian, klik Login.
- Selepas Anda login, sila masukkan semua maklumat yang mesti diisi.
- Setelah itu, klik Next.
- Seterusnya, pada Secret Question 1,2, dan 3 sila pilih soalan rahsia yang Anda inginkan.
- Lalu, masukkan Jawapan soalan tadi pada Secret Answer 1,2, dan 3.
- Kemudian, klik Submit.
- Tahniah, Anda berjaya login MyBSN.
- Seterusnya, kini Anda dapat melakukan pelbagai transaksi.
- Selesai, untuk panduan lengkap cara login BSN online.
Baca juga: Temujanji BSN.
B. Cara Login BSN Online (myBSn untuk Pengguna Kali Pertama & Sudah Berdaftar)
Bagi pengguna yang telah mendaftar akaun MyBSN dan telah log masuk sebelum ini, mereka boleh mengikuti langkah-langkah di bawah:
- Layari https://www.mybsn.com.my
- Untuk pelanggan yang sudah mencipta akaun keahlian seperti langkah di atas, anda hanya perlu masukkan username
- Tekan butang Login untuk log masuk ke akaun MyBSN anda.
- Buat pengesahan Online Image milik akaun anda.
- Masukkan password akaun anda.
- Anda kini sudah berjaya login MyBSN online
Selepas berjaya log masuk (login), sila cuba semak baki akaun BSN Anda secara online untuk melihat baki akaun terkini.
Baca juga: Cara login Agrobank online.
FAQ’s
Berikut ialah contoh soalan lazim tentang Bank Simpanan Nasional (BSN):
1. Adakah penggunaan myBSN dikenakan bayaran?
Jawab: Percuma. Langsung tiada bayaran / tiada caj.
2. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk memindahkan dana ke akaun bank lain?
Jawab: Sama seperti perkhidmatan IBG yang lain, dana akan dianggap telah berjaya dipindahkan ke akaun bank lain dalam masa 3 hari bekerja.
3. Bagaimanakah cara saya menyemak sejarah pemindahan dana saya?
Jawab: Selepas Anda login ke myBSN, sila pergi ke menu Account Overview dan kemudian klik pada Preferred Account. Setelah itu, klik pada View MyBSN Transaction History. Seterusnya, Anda akan dapat melihat pembayaran yang dibuat selama 60 hari terakhir.
4. Kenapa saya perlukan TAC?
Jawab: Kod TAC diperlukan untuk transaksi tertentu sebagai lapisan keselamatan tambahan. Ini berfungsi untuk melindungi anda daripada akses yang tidak dibenarkan kepada akaun anda. Anda hendaklah memastikan bahawa anda hanya mendaftarkan nombor telefon bimbit anda sendiri untuk tujuan TAC. Jangan daftarkan nombor telefon bimbit orang lain.
5. Jika saya menghadapi masalah log masuk, apakah yang perlu saya lakukan?
Jawab: Sila Anda hubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar Negara). BSN sedia memberi perkhidmatan 24 jam sehari.
Baca juga: Cara topup guna BSn online.
Oleh itu, dengan mengetahui cara login BSN online, Anda kini dapat mengakses akaun anda dengan lebih mudah dan menjalankan urusan perbankan anda dengan lebih cekap dan efisien.
Pastikan anda mematuhi langkah-langkah keselamatan yang diberikan oleh bank untuk memastikan keamanan akaun anda setiap kali login. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Sila baca juga artikel lainnya tentang cara semak baki akaun BSN melalui SMS.