Cara Mohon BKSS 7.0

Untuk makluman, program BKSS 7.0 adalah khusus untuk syarikat dan perniagaan, bukan untuk orang awam.

Atas sebab ini, di kesempatan ini, izinkan kami untuk berkongsi apa yang kami ketahui tentang program BKSS 7.0 dan cara mohon BKSS 7.0 dengan Anda.

Cara Mohon BKSS 7.0 2021

Cara Mohon BKSS 7.0 2021

Bantuan BKSS 7.0 ini dijangka dibayar secara berperingkat, dengan 2 peringkat. Fasa pertama akan dibayar pada September 2021 dan fasa kedua akan dibayar pada Disember 2021.

I. Apa itu BKSS?

Sejak penularan wabak COVID-19 di negeri ini bermula Mac 2020, kerajaan negeri Sarawak telah melaksanakan pelbagai bantuan melalui beberapa siri BKSS sebelum ini (iaitu BKSS 1.0, BKSS 2.0, BKSS 3.0, BKSS 4.0 dan BKSS 5.0 dan BKSS 6.0).

Bagaimanapun, untuk program bantuan BKSS 7.0 kali ini, ia khusus untuk syarikat dan perniagaan. BKSS 7.0 adalah untuk memperkasakan aktiviti perniagaan dan perniagaan. Bantuan kewangan sekali sahaja (one-off) daripada BKSS sebanyak RM10,000 untuk perniagaan aktif di Sarawak yang berdaftar dengan PERKESO setakat 31 Disember 2020.

Baca juga: Cara Buat Semakan BKSS Sarawak.

II. 3 Fokus Utama Bantuan BKSS 7.0

  • Bantuan Khas Kewangan One-Off Berjumlah RM10,000 kepada perniagaan aktif yang berdaftar dengan SOCSO / PERKESO.
  • Pelonggaran polisi perolehan kerajaan akibat pandemik COVID-19.
  • Pembaharuan permit pekerja asing untuk sektor pertanian, perlombongan, pembinaan dan perkhidmatan.

III. Syarat Kelayakan

Antara syarat yang ditetapkan untuk PKS ialah perniagaan mestilah aktif dan berdaftar dengan PERKESO setakat 31 Disember 2020.

PKS ialah entiti perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau badan yang berstatus setara seperti badan profesional atau pejabat daerah di Sarawak.

Walau bagaimanapun, takrifan ini tidak termasuk entiti awam yang berada di papan utama dan anak syarikat seperti berikut:

  • Syarikat tersenarai awam yang berada di papan utama.
  • Syarikat multinasional (MNCs).
  • Syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs).
  • Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKDs).
  • Perusahaan milik Kerajaan Negeri.

Sila Anda rujuk video ini untuk info lebih lanjut:

https://bkssonlinesme.sarawak.gov.my/sme_api/video/T0-Introduction.mp4

Baca juga: Cara Buat Semakan BKSS bujang Secara Online.

IV. Semakan Kelayakan

Semakan kelayakan BKSS boleh dibuat secara online melalui pautan https://service.sarawak.gov.my/.

Kerajaan Sarawak juga akan memaklumkan kepada PKS yang layak untuk menerima inisiatif One-Off RM10,000 BKSS 7.0 melalui surat-menyurat ke alamat berdaftar atau e-mel rasmi PKS yang telah dihantar oleh PERKESO.

V. Berapa Banyak Bantuan untuk BKSS 7.0?

Kerajaan negeri Sarawak akan menyediakan bantuan kewangan sekali sahaja (one off) sebanyak RM10,000. Bantuan khas kewangan ini akan dibayar dalam dua peringkat iaitu RM5,000 pada September 2021 dan baki RM5,000 akan dibayar pada Disember 2021.

Nota: Ini bermakna perniagaan baharu yang didaftarkan pada tahun 2021 adalah tidak layak.

VI. Bilakah Tarikh Pembayaran untuk BKSS 7.0?

Bantuan BKSS 7.0 dijangka dibayar secara berperingkat iaitu dalam 2 peringkat atau fasa.

Fasa pertama

  • Akan dibayar pada bulan September 2021.
  • Jumlah bayaran adalah sebanyak RM5,000.

Fasa kedua

  • Akan dibayar pada bulan Disember 2021.
  • Jumlah bayaran adalah sebanyak RM5,000.

VII. Cara Mohon BKSS 7.0

Sekiranya Anda layak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Anda tidak perlu memohon bantuan BKSS lagi kerana Anda diluluskan secara automatik.

Untuk mendaftar atau cara mohon BKSS 7.0, PKS perlu melayari laman web rasmi Kerajaan Sarawak di https://sarawak.gov.my/.

Seterusnya, sila Anda muatnaik (upload) borang dan dokumen yang diperlukan seperti dalam infografik di bawah:

Cara Mohon BKSS 7.0 (01)
Registration of Business
Cara Mohon BKSS 7.0 (02)
Extract of Registration of Business
Cara Mohon BKSS 7.0 (03)
LHDN Trading License
Cara Mohon BKSS 7.0 (04)
Company Chop
Cara Mohon BKSS 7.0 (05)
SOSCO Contribution Record (Borang 8A)
Cara Mohon BKSS 7.0 (06)
Bank Account Statement
Cara Mohon BKSS 7.0 (07)
Receipt of LHDN Trading License Renewal (Additional Documents)

Pemohon hendaklah atau perlu mendapatkan ID Sarawak untuk melengkapkan permohonan.

Sila Anda rujuk panduan permohonan lengkap di pautan berikut: https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/333/

Sesetengah PKS yang layak untuk BKSS juga telah menerima surat rasmi daripada Unit Perancang Ekonomi Sarawak.

Sila Anda rujuk surat di bawah:

Surat Rasmi Perancang Ekonomi Sarawak
Surat Rasmi Perancang Ekonomi Sarawak

VIII. Cara Membuat Permohonan Rayuan BKSS 6.0 dengan Mengisi Borang (Tambahan)

Ini adalah borang permohonan BKSS tahun sebelumnya, untuk pemohon perseorangan atau individu:

  1. Download dan print borang permohonan BKSS di sini.
  2. Isikan Maklumat Pemohon.
  3. Isikan Butiran Akaun Bank.
  4. Isikan Butiran Pasangan (hanya jika pemohon sudah berkahwin).
  5. Isikan Maklumat Anak / Tanggungan (sekiranya ada).
  6. Isikan Perakuan Pemohon:
    • Sila semak semua butiran yang diisi.
    • Kesilapan mengisi atau borang yang tidak lengkap tidak akan dilayan.
    • Sila fahami terma berikut: “Saya mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan dan dinyatakan adalan BENAR dan SAH. Saya juga memperakui telah memahami syarat permohonan dan bersetuju sekiranya butiran permohonan ini tidak lengkap dan tidak sah maka permohonan ini berhak untuk ditolak secara automatik tanpa memberi sebarang alasan atau notifikasi.”

Baca juga: Cara Buat Semakan BKC.

IX. BKSS 6.0 untuk Individu Bujang (Tambahan)

Berbeza dengan kumpulan atau golongan isi rumah, individu bujang hanya akan menerima bantuan 6.0 BKSS sekali sahaja (one-off).

Pembayaran bantuan BKSS kepada bujang dijangka dibuat dari tarikh berikut:

  • Bayaran BKSS 6.0 bujang: 31 Ogos 2021

Nota: Sila Anda buat semakan BKSS bujang apabila pautan sudah dibuka nanti.

X. BKSS 6.0 untuk Isi Rumah B40 (Tambahan)

Insentif atau bantuan untuk Ketua Isi Rumah B40 ialah sebanyak RM250 sebulan, selama 6 bulan.

Untuk tarikh pembayarannya dijangka seperti berikut:

  • Bayaran pertama: 31 Julai 2021.
  • Bayaran kedua: 31 Ogos 2021.
  • Bayaran ketiga: 30 September 2021.
  • Bayaran keempat: 31 Oktober 2021.
  • Bayaran kelima: 30 November 2021.
  • Bayaran keenam: 31 Disember 2021.

XI. Siapa Lagi yang Layak Mendapat Bantuan BKSS 6.0? (Tambahan)

Bantuan ini boleh dikategorikan sebagai elaun bulanan dan satu kali (one-off).

a. Penerima Elaun Bulanan

  1. Anggota Kesihatan (RM300).
  2. Kakitangan Imigresen Yang Bertugas Di Pos-Pos Kawalan Sempadan (RM200).
  3. Kakitangan PDRM dan Bilik Gerakan Negeri (RM200).
  4. Angkatan Tentera Malaysia yang menjaga sempadan (RM200).
  5. Anggota RELA (RM200).
  6. Anggota Kastam diRaja Malaysia yang bertugas di semua pintu masuk sempadan/pelabuhan/lapangan terbang (RM200).
  7. Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan yang bertugas dalam perkhidmatan kecemasan/kerja-kerja pemeriksaan/sanitasi (RM200).
  8. Anggota Bomba dan Penyelamat (RM200).
  9. Anggota Angkatan Pertahanan Awam (RM200).
  10. Penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (RM1,500):
    • Dengan dua kali bayaran.
    • Pembayaran pertama RM750 pada bulan Julai 2021.
    • Pembayaran kedua RM750 pada bulan Disember 2021.
    • Pembayaran ini akan dibuat melalui Sarawak Pay.

b. Penerima One-off

  1. Pengamal media barisan hadapan di Sarawak (RM1,500 secara one-off).
  2. Pemilik dan pengendali penambang yang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (RM500 secara one-off).
  3. Pengendali Van Penumpang, Pemandu Teksi, Pengendali Bas dan Van Sekolah yang berdaftar di Sarawak (RM600).
  4. Pemandu e-Hailing dan Tenaga Pengajar Memandu (RM500 secara one-off melalui Sarawak Pay).
  5. Agensi Pelancongan berlesen (RM3,000).
  6. Operator Homestay berlesen (RM600).
  7. Pemandu Kenderaan Pelancongan berlesen (RM500).
  8. Pemandu Pelancong dan Pemandu Pelancong Taman Negara yang berlesen (RM1,500).

XII. Maklumat Lanjut Berkenaan BKSS

Sila hubungi nombor di bawah, jika Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai cara mohon BKSS 7.0 dan hal lainnya terkait Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) seperti kelayakan, kriteria, kemas kini, rayuan dan semakan:

  • 082-555999.

Itulah tadi maklumat mengenai cara mohon BKSS 7.0 tahun 2021 yang boleh kami kongsikan untuk Anda. Semoga perkongsian cara memohon BKSS dapat memudahkan urusan dan kehidupan seharian Anda.