Semakan BKSS

Kemaskini Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) ini pada 16 Jun 2020. Khabarnya setiap pemohon yang pernah memohon Bantuan Khas Sarawakku Sayang sebelum ini, boleh membuat semakan BKSS. Bagi Anda yang belum membuat permohonan, sila rujuk cara memohon BKSS 5.0 untuk tahun 2021.

Dan pada kesempatan ini, kami akan berkongsi dengan Anda bagaimana untuk buat semakan BKSS 2021 untuk Anda ikuti di rumah.

Semakan BKSS 2021

Semakan BKSS Tahun 2021 (Status Bantuan Khas Sarawakku Sayang)

1. Bukan BKKS, Tapi BKSS

Ramai yang tersalah anggap. Singkatan atau akronim bagi Bantuan Khas Sarawakku Sayang ialah BKSS, bukan BKKS.

2. Duit BKSS Sudah Masuk

  • Dilaporkan juga bayaran untuk pemohon bujang RM500 juga sudah masuk. Sila Anda boleh menyemak akaun masing-masing dengan buat semakan BKSS bujang.
  • Sekadar perkongsian, jika Anda hamil sekarang, atau sudah bersalin pada 1 Januari 2020, Anda layak memohon Bantuan Bersalin Sarawak.

3. Sedikit Mengenai BKSS

Bertuah betul rakyat Sarawak.

Kumpulan B40 di Sarawak akan menerima Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) yang akan dikreditkan ke akaun bank penerima pada setiap tarikh 15 setiap bulan dari 15 April 2020 hingga 15 September 2020. Ini bermakna Jun 2020 akan menjadi pembayaran ketiga.

Sebelum membuat semakan BKSS, Anda perlu tahu berapa banyak yang akan Anda terima.

  • Bayaran tunai sebanyak RM250 yang perlu dibayar dalam tempoh 6 bulan akan memberi manfaat kepada ramai rakyat Sarawak, iaitu bagi mereka yang sudah berkahwin yang termasuk dalam kategori rumah tangga.
  • Manakala bayaran sebanyak RM500 adalah untuk satu kategori.

4. Bantuan BKSS dan BSH

Menariknya, penerima yang layak adalah penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang telah diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan tidak perlu mengemukakan permohonan.

Jadi, ini bermakna Anda akan menerima wang bayaran BSH dan BKSS.

Sangat bertuah!

Sebagai makluman mengenai BSH, bagi Anda yang mendapat status Hilang Kelayakan/Tidak Lulus dalam permohonan BSH Fasa 3 2020, sila Anda membaca cara memohon BSH.

5. Kelayakan BKSS

Sebelum boleh buat permohonan dan semakan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS), Anda perlu melihat syarat dan kelayakan terlebih dahulu. Sila lihat kriteria di bawah:

  • Merupakan warganegara Malaysia dan menetap di Sarawak.
  • Merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020.
  • Berumur 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas).
  • Pendapatan isi rumah adalah RM4,000 dan ke bawah.
  • Pendapatan kategori bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.

6. Pemohon Yang Layak

Pemohon yang layak menerima Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) adalah seperti berikut:

  • Pemilik/peniaga gerai makanan.
  • Pemilik/peniaga pasar.
  • Pemilik/peniaga kedai kampung.
  • pemilik/peniaga Salun.
  • Pemilik Individu – Kantin.

Baca juga: Semakan BKSS Bujang Secara Online.

Semakan BKSS Online

Untuk semakan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) boleh dibuat secara online. Setakat ini belum ada semakan SMS.

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat semakan BKSS secara online:

  1. Pertama sekali, sila Anda layari laman web rasmi BKSS di https://www.sarawak.gov.my/web/home/bkss_semak.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad).
  3. Lalu, pastikan tidak masukkan sempang () atau Dash.
  4. Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan Anda 770101-12-3345, sila Anda masukkan sahaja 770101123345.
  5. Setelah itu, tekan butang Submit.
  6. Seterusnya, Anda akan dapat melihat Status Kelulusan.
  7. Selesai.

A. Tarikh Bayaran Selepas Semakan BKSS

Berikut merupakan jadual dan tarikh pembayaran BKSS sehingga September 2020:

  • Bayaran pertama: 15 April 2020 sebanyak RM250.
  • Bayaran kedua: 15 Mei 2020 sebanyak RM250.
  • Bayaran ketiga: 15 Jun 2020 sebanyak RM250.
  • Bayaran keempat: 15 Julai 2020 sebanyak RM250.
  • Bayaran kelima: 15 Ogos 2020 sebanyak RM250.
  • Bayaran keenam: 15 September 2020 sebanyak RM250.

B. Semakan dan Cara Pembayaran BKSS

Anda dinasihatkan untuk menyemak pembayaran BKSS dengan melihat baki di dalam akaun.

Seperti yang dimaklumkan, pembayaran akan dibuat melalui dua cara:

1. Pembayaran Terus Ke Dalam Akaun Bank

Anda akan menerima bayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) Anda melalui bank yang disenaraikan pada permohonan terkini.

2. Pembayaran Secara Tunai Melalui BSN

Sekiranya Anda tidak mempunyai akaun bank atau menghadapi masalah pembayaran terus ke akaun bank Anda, maka pembayaran BKSS akan dibuat secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bayaran tunai BKSS boleh dituntut dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran. Anda hanya perlu bawa dan tunjukkan MyKad. Pembayaran tunai BKSS akan dibayar dalam dua tahap/fasa:

  • Fasa 1 (RM750) : selepas 17 April 2020.
  • Fasa 2 (RM750) : selepas 17 Julai 2020.

Nota: Boleh dituntut di BSN sehingga 31 Disember 2020.

Sila sertai group Facebook SARAWAKKU SAYANG disini yang sedang giat membincangkan isu ini.

Laman Facebook (Group BKSS)
Laman Facebook (Group BKSS)

Baca juga: Permohonan BKSS 6.0.

Rayuan BKSS

Sebagai makluman kepada semua, permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) telah ditutup.

Menurut maklumat rasmi dari laman web rasmi sarawak.gov.my, kerajaan negeri Sarawak sedang dalam proses mengemas kini data rayuan tersebut.

Keputusan rayuan BKSS hanya akan diumumkan dan dimaklumkan semula hanya selepas proses pengemaskinian selesai sepenuhnya.

Baca juga: Cara Mohon BKSS 7.0.

Maklumat Lanjut

Sekiranya Anda mempunyai pertanyaan tentang cara membuat semakan dan pembayaran, Anda boleh menghubungi BKSS di nombor dan alamat berikut:

Itulah tadi maklumat mengenai cara buat semakan BKSS 2021 yang boleh kami kongsikan untuk Anda.