Permohonan BKSS 6.0

Mengikut pengumuman Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah mengumumkan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 pada 28 Mei 2021.

Sehubungan dengan itu, Anda mungkin mempunyai soalan, adakah perlu memohon BKSS melalui bkss.sarawak. gov.my bagi bantuan kali ini.

Oleh sebab itu, pada kesempatan ini kami akan cuba berkongsi maklumat berkenaan permohonan BKSS 6.0 dengan Anda.

Permohonan BKSS 6.0

Nota:

Anda boleh sertai group Telegram #sayangsarawak di sini: https://t.me/joinchat/6BzEHtz8KekxZThhl untuk perbincangan dan maklumat lain berkenaan aplikasi BKSS.

Permohonan BKSS 6.0 (Perlu Daftar bkss.sarawak.gov.my atau Tidak?)

Untuk makluman Anda, Anda tidak perlu membuat sebarang untuk permohonan BKSS 6.0, jika Anda layak menerima BPN dan BPR, Anda tidak perlu memohon bantuan bantuan BKSS 6.0 ini lagi.

A. Bagaimanakah Cara untuk Saya Memohon BKSS 6.0?

Untuk makluman Anda, Anda tidak perlu membuat sebarang permohonan untuk BKSS 6.0. Jika Anda layak menerima BPN dan BPR, maka Anda tidak perlu memohon bantuan BKSS 6.0 ini lagi.

Namun, bagi pemohon baharu, kami tidak pasti tentang prosedurnya. Benarkan kami mengetahui lebih lanjut tentang maklumat ini kemudian dan mengemas kininya semula.

B. Mengapa tidak Perlu Membuat Permohonan BKSS 6.0?

Untuk makluman, setiap individu dan isi rumah yang lulus BPN dan BPR secara automatik akan lulus Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0. Kami berpendapat bahawa negeri Sarawak menggunakan data yang sama daripada LHDN.

Baca juga: Cara Buat Semakan BKSS Sarawak.

C. Siapakah yang Akan Mendapat Bantuan BKSS 6.0 pada Kali Ini?

Secara umumnya pemberian bantuan kewangan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu lebih kurang sama dengan bantuan kerajaan seperti dahulu iaitu kumpulan isi rumah dan individu.

Namun, terdapat beberapa penerima tambahan. Sila Anda skrol ke bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.

D. Berapa Banyak yang Boleh Diperolehi Isi Rumah B40?

Untuk makluman, insentif untuk Ketua Isi Rumah golongan B40 ialah sebanyak RM250 sebulan, selama 6 bulan.

Jadual pembayaran yang dijangkakan adalah seperti berikut:

  • Bayaran pertama: 31 Julai 2021.
  • Bayaran kedua: 31 Ogos 2021.
  • Bayaran ketiga: 30 September 2021.
  • Bayaran keempat: 31 Oktober 2021.
  • Bayaran kelima: 30 November 2021.
  • Bayaran keenam: 31 Disember 2021.

Baca juga: Cara Buat Semakan BKSS Bujang Secara Online.

E. Berapa Banyak yang Boleh Diperolehi Oleh Seorang Individu?

Berbeza dengan golongan isi rumah, untuk golongan individu bujang hanya akan terima sekali sahaja duit bantuan BKSS 6.0 iaitu sebanyak RM500 secara one-off.

Pembayaran kepada bujang dijangka dibuat dari tarikh berikut:

  • Bayaran BKSS 6.0 bujang: 31 Ogos 2021.

Sila Anda buat semakan BKSS bujang apabila pautan sudah dibuka nanti.

F. Siapakah yang Layak Menerima Elaun Bulanan BKSS 6.0?

Berikut adalah senarai elaun bulanan yang akan diterima oleh petugas barisan hadapan yang mengendalikan pandemik COVID-19 di Sarawak. Pembayaran ini juga dibuat untuk 6 bulan.

Namun, ada juga bantuan berbayar satu kali atau secara one-off:

  1. Anggota Kesihatan (RM300).
  2. Kakitangan Imigresen Yang Bertugas Di Pos-Pos Kawalan Sempadan (RM200).
  3. Kakitangan PDRM dan Bilik Gerakan Negeri (RM200).
  4. Angkatan Tentera Malaysia yang menjaga sempadan (RM200).
  5. Anggota RELA (RM200).
  6. Anggota Kastam diRaja Malaysia yang bertugas di semua pintu masuk sempadan/pelabuhan/lapangan terbang (RM200).
  7. Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan yang bertugas dalam perkhidmatan kecemasan/kerja-kerja pemeriksaan/sanitasi (RM200).
  8. Anggota Bomba dan Penyelamat (RM200).
  9. Anggota Angkatan Pertahanan Awam (RM200).
  10. Penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (RM1,500):
    a. Dengan dua kali bayaran.
    b. Pembayaran pertama RM750 pada bulan Julai 2021.
    c. Pembayaran kedua RM750 pada bulan Disember 2021.
    d. Pembayaran ini akan dibuat melalui Sarawak Pay.

Baca juga: Cara Buat Semakan BKC.

G. Siapa yang BKSS 6.0 Secara One-Off?

Berikut ialah senarai penerima insentif satu kali atau secara one-off:

  • Pengamal media barisan hadapan di Sarawak (RM1,500 secara one-off).
  • Pemilik dan pengendali penambang yang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (RM500 secara one-off).
  • Pengendali Van Penumpang, Pemandu Teksi, Pengendali Bas dan Van Sekolah yang berdaftar di Sarawak (RM600).
  • Pemandu e-Hailing dan Tenaga Pengajar Memandu (RM500 secara one-off melalui Sarawak Pay).
  • Agensi Pelancongan berlesen (RM3,000).
  • Operator Homestay berlesen (RM600).
  • Pemandu Kenderaan Pelancongan berlesen (RM500).
  • Pemandu Pelancong dan Pemandu Pelancong Taman Negara yang berlesen (RM1,500).

Baca juga: Cara Mohon BKSS 7.0.

Itulah tadi maklumat mengenai Permohonan BKSS 6.0 yang boleh kami kongsikan untuk Anda.