Cara Tambah Pelaburan ASB Maybank2u

Bagi Anda yang mempunyai wang tambahan dan memilih untuk menyimpannya di ASB, itu adalah satu keputusan yang bijak.

Dan jika Anda ingin memindahkan wang Anda dari Maybank ke ASNB, Anda boleh cuba cara menambah pelaburan ASB melalui Maybank2u.

Di bawah ini, kami akan berkongsi dengan Anda panduan cara tambah pelaburan ASB Maybank2u yang mudah diikuti.

Cara Tambah Pelaburan ASB Maybank2u

Cara Tambah Pelaburan ASB Maybank2u Online Banking

Terdapat dua pilihan untuk cara tambah pelaburan ASB Maybank2u iaitu melalui Maybank2u versi baharu dan melalui Maybank2u versi lama.

Baca juga: Cara Transfer Duit Ke ASB.

A. Cara Tambah Pelaburan ASB Maybank2U (Versi Baharu)

Anda boleh membuat pemindahan terus melalui perbankan dalam talian (online banking) Maybank2U versi baharu, berikut adalah langkah-langkah cara tambah pelaburan ASB Maybank2 versi baharu:

  1. Pertama sekali, sila Anda layari laman web di https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do.
  2. Kemudian, pada My Username, sila Anda masukkan username Anda.
  3. Lalu, sahkan Security Phrase Anda dengan menekan butang YES.
  4. Setelah itu, masukkan password Anda pada My Password. Kemudian, Anda tekan butang Login.
  5. Seterusnya, Anda tiba di laman utama akaun Anda. Kemudian, sila Anda tekan Pay & Transfer.
  6. Kemudian, pada laman seterusnya, sila Anda pilih tab Pay.
  7. Pada Pay To, sila Anda pilih Payee.
  8. Setelah itu, tekan New Payment.
  9. Kemudian, sila masukkan Keyword ASB, dan pilih Maybank ASN/ASB Loan.
  10. Setelah itu, sebuah kotak akan tertera.
  11. Pada Amount, sila Anda masukkan Jumlah yang Anda ingin masukkan ke akaun pelaburan ASB Anda.
  12. Pada Loan Account No., sila Anda masukkan Nombor Akaun ASB Anda.
  13. Pada Effective Date, Anda pilih Tarikh yang Anda ingin pemindahan wang ini dijalankan serta-merta.
  14. Anda juga boleh aktifkan butang Set Recurring untuk menjalankan pemindahan ini lebih daripada sekali, dan secara automatik, mengikut tarikh yang Anda tetapkan.
  15. Kemudian, tekan butang Pay untuk tambah pelaburan ASB.
  16. Seterusnya, sila Anda ikuti prosedur seterusnya sehingga transaksi Anda berjaya.
  17. Selesai.
Laman Web Rasmi Maybank2u
Laman Web Rasmi Maybank2u

Baca juga: Cara Keluarkan Duit ASB.

B. Cara Tambah Pelaburan ASB Maybank2U (Versi Classic)

Anda boleh membuat pemindahan terus melalui perbankan dalam talian (online banking) Maybank2U versi lama (versi classic), berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Pertama sekali, sila Anda layari laman web di https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do.
  2. Kemudian, Anda tekan Back to the classic Maybank2U.
  3. Pada laman seterusnya, sila Anda masukkan username Anda pada Username.
  4. Kemudian, tekan butang Next.
  5. Lalu, sila Anda sahkan Security Phrase Anda dengan menekan butang Yes.
  6. Pada laman seterusnya, pada Password, sila Anda masukkan password.
  7. Kemudian, tekan butang Login.
  8. Seterusnya, Anda telah masuk ke akaun Maybank2U Anda. Kemudian, sila Anda pilih ruangan Investment.
  9. Kemudian, sila Anda pilih ASNB Unit Trust untuk tambah pelaburan ASB.
  10. Anda perlu mendaftar dahulu untuk Akaun ASB Anda. Pastikan akaun ASB Anda aktif semasa ingin didaftarkan. Kemudian, tekan link ASNB Payment.
  11. Kemudian, pada Now select the unit holder, sila Anda pilih Amanah Saham Bumiputera, yang disertakan dengan nama Anda. Kemudian, klik butang Continue.
  12. Seterusnya, sila baca dan fahami kenyataan yang tertera. Kemudian, Tick pada pernyataan yang menyatakan bahawa Anda memahami syarat-syarat yang dinyatakan. Setelah itu, tekan butang Continue.
  13. Setelah itu, pada laman seterusnya, pada Amount, sila Anda masukkan jumlah yang Anda ingin tambah ke akaun ASB Anda. Minimum ialah RM10.
  14. Kemudian, tekan butang Continue.
  15. Seterusnya, Transaksi Anda berjaya. Setelah itu, tekan Print Receipt untuk mendapatkan resit.
  16. Selesai.

Baca juga: Cara Daftar ASB Online.

Itulah tadi maklumat mengenai cara tambah pelaburan ASB Maybank2u menggunakan versi baharu dan versi lama, yang boleh kami kongsikan untuk Anda.