Hidup dalam era teknologi yang semakin maju ini, kita boleh melakukan banyak perkara secara online termasuk cara check KWSP balance online.
Bagi Anda yang bertindak sebagai pencarum KWSP, Anda pasti ingin tahu berapa baki yang tinggal dalam Akaun 1 dan Akaun 2 Anda. Di samping itu, berikutan wabak yang melanda dunia, kerajaan Malaysia telah meluluskan pengeluaran simpanan KWSP seperti i-Citra dan i-Sinar.
Oleh itu, tidak hairanlah ramai pencarum KWSP ingin mengetahui baki dalam akaun mereka.
Apa itu i-Akaun?
i-Akaun ialah sistem aplikasi online untuk akaun KWSP Ahli atau Majikan.
Dengan memiliki akaun di i-Akaun KWSP, Ahli atau Majikan boleh menggunakan perkhidmatan dalam talian (online) yang disediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Mereka boleh mengakses i-Akaun mereka di mana-mana dan pada bila-bila masa yang mempunyai akses internet pada peranti mudah alih mereka atau pada komputer.
Kelayakan Pendaftaran i-Akaun
i-Akaun boleh didaftarkan oleh Ahli KWSP yang mempunyai No. ID Ahli dan nombor KWSP yang sah dan Syarikat dengan nombor KWSP yang sah (i-Akaun Syarikat).
Panduan Pendaftaran i-Akaun KWSP
Anda mesti terlebih dahulu mendaftar dan mengaktifkan i-Akaun Anda sebelum Anda boleh menyemak baki KWSP Anda menggunakan i-Akaun Anda.
Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar i-Akaun KWSP:
- Sila Anda hadir ke kaunter atau kios KWSP yang berdekatan untuk mendaftar nombor telefon bagi tujuan kod pengesahan TAC.
- Setelah itu, Anda akan diberikan ID dan Password untuk kegunaan sementara melalui mesej.
- Seterusnya, Anda perlu melayari laman web KWSP (https://www.kwsp.gov.my).
- Kemudian, pada halaman utama, Anda perlu klik pada butang Login.
- Sila Anda pilih dan tekan pada bahagian i-Akaun (Member).
- Sila Anda masukkan ID dan Password Sementara.
- Kemudian, klik pada butang Login.
- Seterusnya, pastikan Anda membaca terma dan syarat yang tertera terlebih dahulu.
- Sekiranya Anda bersetuju, sila Anda Tick pada kotak persetujuan.
- Kemudian, tekan Next.
- Di sini, Anda perlu mencipta ID dan Password Baharu.
- Sila Anda pilih Imej dan Frasa Keselamatan.
- Kemudian, Anda klik pada butang Next.
- Tahniah! i-Akaun Anda telah berjaya didaftarkan.
- Selesai.
Baca juga: Cara Keluarkan Duit KWSp untuk Bayar Hutang Rumah.
Cara Check KWSP Balance Online
Terdapat dua cara Anda boleh check KWSP balance online iaitu menggunakan aplikasi i-Akaun dan melalui laman web rasmi i-Akaun KWSP di kwsp.gov.my
A. Cara Check KWSP Balance Online Menggunakan Aplikasi i-Akaun
Untuk check KWSP balance online Anda dengan mudah dan cepat, Anda boleh menggunakan aplikasi i-Akaun.
Berikut adalah langkah-langkah untuk check KWSP balance online melalui aplikasi i-Akaun:
- Pertama sekali, sila Anda buka applikasi i-Akaun di dalam telefon Anda.
- Sila Anda pastikan Imej Keselamatan Anda adalah tepat.
- Masukkan User ID Anda yang telah didaftarkan.
- Kemudian, isikan Password yang betul.
- Lalu, tekan butang Login atau boleh menggunakan fingerprint Anda.
- Seterusnya, akaun Anda akan dipamerkan.
- Sila Anda lihat baki akaun Anda pada bahagian Total Balance.
- Tahniah! Anda telah berjaya check KWSP balance online untuk akaun Anda.
- Selesai.
Nota:
- Jumlah Baki ialah gabungan jumlah Akaun 1 dan 2.
- Anda boleh menyemak baki Akaun 1 dan Akaun 2 dengan menggunakan i-Akaun.
- Pencarum boleh menyemak urusan Transaction History akaun Anda melalui i-Akaun KWSP.
- Anda boleh memilih Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris di aplikasi i-Akaun atau laman web KWSP.
B. Cara Check KWSP Balance Online Menggunakan Website i-Akaun (kwsp.gov.my)
Selain menggunakan i-Akaun pada aplikasi mudah alih, Anda juga boleh check KWSP balance online melalui laman web rasmi KWSP.
Sila ikuti langkah di bawah untuk cara check KWSP balance online di laman web rasmi i-Akaun KWSP:
- Sila Anda layari laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my
- Sila Anda pilih Saya Ahli (i-Akaun) bagi ahli.
- Dan pilih Saya Majikan (i-Akaun) bagi majikan.
- Kemudian, tekan pada butang Log masuk.
- Sila Anda tekan pada butang Log masuk sekali lagi sebagai confirmation.
- Setelah itu, Anda akan dibawa ke laman Log masuk.
- Seterusnya, sila masukkan User ID Anda.
- Kemudian, tekan Next.
- Sila Anda pastikan Security Image Anda adalah tepat.
- Kemudian, masukkan Password.
- Setelah itu, tekan Login.
- Seterusnya, Akaun Anda akan dipaparkan.
- Kemudian, Baki akaun Anda akan dipamerkan.
- Selesai.
Baca juga: Pengeluaran KWSP untuk Beli Rumah.
Maklumat Lanjut
Anda boleh menghubungi KWSP, jika Anda menghadapi masalah dalam proses pendaftaran i-Akaun KWSP:
- Talian KWSP: 03-8922 6000.
- Hari: Isnin hingga Jumaat (Kecuali pada cuti umum).
- Jam: 8 Pagi hingga 5 Petang.
Itulah tadi maklumat mengenai cara check KWSP balance online yang boleh kami kongsikan untuk Anda.