icitra.kwsp.gov.my

Info terkini untuk Anda ahli KWSP yang ingin mengeluarkan wang KWSP melalui i-Citra, kini Anda boleh mendaftar dan log masuk melalui portal i-Citra di icitra.kwsp.gov.my.

Tetapi sebelum Anda hendak keluarkan wang, pastikan masih ada baki dalam akaun KWSP Anda.

icitra.kwsp.gov.my

icitra.kwsp.gov.my (Login & Buat Permohonan i-Citra KWSP) 2021

Anda boleh log masuk (login) i-Citra dan buat permohonan KWSP melalui portal rasmi i-Citra di icitra.kwsp.gov.my.

Nota: Untuk bertanya tentang kelulusan dan pembayaran, Anda boleh menyertai kumpulan Telegram di #kitajagakita di sini: https://t.me/joinchat/dS26mOoq-64yMzM1

A. Login icitra.kwsp.gov.my

Sila ikuti panduan mudah di bawah, untuk cara log masuk ke i-Citra di icitra.kwsp.gov.my:

  1. Sila Anda layari direct link untuk Log Masuk i-Citra KWSP di https://icitra.kwsp.gov.my
  2. Seterusnya, Akan ada beberapa bahagian yang tertera seperti:
    Permohonan.
    Semak Status Permohonan (Akan Datang).
    Soalan Lazim.
    Panduan Pengguna.
  3. Sekiranya Anda masih lagi belum daftar i-Citra, sila Anda klik butang Permohonan untuk memohon terlebih dahulu.
  4. Anda boleh rujuk Panduan Pengguna bergambar yang disediakan oleh pihak KWSP.
  5. Sekiranya Anda sudah mendaftar dan buat permohonan i-Citra KWSP, Anda boleh terus klik Semak Status Permohonan (apabila dibuka nanti) untuk melihat status kelulusan dan pembayaran.
  6. Tahniah! Selesai untuk login i-Citra di icitra.kwsp.gov.my.

Baca juga: Cara Daftar i-Citra KWSP.

B. Permohonan i-Citra di www.kwsp.gov.my

Sila Ambil Perhatian:

  • Penyerahan i-Citra ini hanya boleh dikemukakan Sekali sahaja.
  • Jika salah diisi, tiada permohonan kedua.
  • Iaitu, jika amaun atau jumlah pengeluaran adalah salah, ia adalah muktamad.
  • Tidak boleh diubah lagi.
  • Sila masukkan maklumat yang betul dan lengkap untuk mengelakkan masalah di kemudian hari.
  • Pilih amaun yang diminta mengikut keperluan Anda, bukan kehendak Anda.
  • Ulang sekali lagi, perubahan dalam jumlah tidak dibenarkan selepas penyerahan i-Citra.
  • Penjawat awam yang memohon i-Citra berisiko menggunakan saham kerajaan yang mesti dipulangkan kemudian.

Untuk panduan yang lebih terperinci, sila Anda rujuk cara memohon i-Citra secara online.

Secara ringkas:

  1. Pertama sekali, sila Anda layari portal rasmi i-Citra di https://icitra.kwsp.gov.my
  2. Akan ada dua pilihan ini:
    Nombor MyKad/MyPR.
    Nombor Pasport/MyKAS.
  3. Jika Anda adalah Warganegara Malaysia, sila Anda pilih Nombor MyKad/MyPR.
  4. Kemudian, lengkapkan ruangan Nombor Telefon Bimbit.
    Pilih Kod yang tersenarai iaitu:
    ° 010
    ° 011
    ° 012
    ° 013
    ° 014
    ° 015
    ° 016
    ° 017
    ° 018
    ° 019
    • Lalu, masukkan Nombor Telefon Bimbit yang betul dan masih lagi aktif.
  5. Kemudian, tekan butang Teruskan.
  6. Setelah itu, tunggu Nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang Anda masukkan tadi.
  7. Lalu, Masukkan Nombor OTP tersebut.
  8. Kemudian, tekan butang Sahkan Nombor OTP.
  9. Seterusnya, Anda kini berada di Bahagian 1: Amaun Pengeluaran.
    • Anda akan dapat lihat paparan Amaun Kelayakan Pengeluaran.
    • Amaun di atas adalah setelah ditolak amaun i-Sinar yang masih belum dibayar (sekiranya ada).
    • Amaun kelayakan yang dipaparkan adalah berdasarkan baki akaun Anda setakat tiga (3) hari yang lalu.
    • Andaikan Amaun Kelayakan Pengeluaran Anda ialah RM5,000.
    • Akan ada dua pilihan Amaun Pilihan Pengeluaran.
    ° Sila klik untuk memohon RM5,000.
    ° Kemudian, klik untuk mengurangkan Amaun Pengeluaran.
    • Pilih Klik untuk memohon RM5,000.
    • Anda akan dapat lihat Jadual Bayaran untuk:
    ° Bulan 1
    ° Bulan 2
    ° Bulan 3
    ° Bulan 4
    ° Bulan 5
    • Sila tekan butang Teruskan.
  10. Seterusnya, Anda kini berada di Bahagian 2: Maklumat Permohonan.
    • Semak Maklumat Pemohon:
    ° Nama Penuh.
    ° Nombor MyKad/MyPR.
    ° Nombor Telefon Bimbit.
    • Kemaskini butiran peribadi sekiranya perlu.
    • Di ruangan Adakah Anda mempunyai Akaun Bank untuk bayaran pengeluaran?, sila Anda pilih Ya.
    Masukkan Nama Bank.
    Masukkan Nombor Akaun Bank.
    • Masukkan sekali lagi Nombor Akaun Bank.
    • Jika Anda tidak masukkan Nombor Akaun Bank sekali lagi, Anda tidak boleh tekan butang Teruskan.
    • Jawab soalan Saya memohon Pengeluaran i-Citra kerana:
    ° Kehilangan sumber pendapatan utama (tidak boleh bekerja atau diberi cuti tanpa gaji).
    ° Kehilangan pekerjaan (diberhentikan).
    ° Telah lama tiada pekerjaan/pendapatan.
    ° Mengalami penguran pendapatan/gaji.
    ° Membantu pasangan/ahli keluarga yang terjejas.
    ° Menambah sumber kewangan walaupun pekerjaan/pendapatan tidak terjejas.
    ° Sebab-sebab lain.
    • Jawab soalan Pengeluaran i-Citra akan membantu saya untuk:
    ° Menampung perbelanjaan keperluan asas harian/bulanan.
    ° Membayar tunggakan hutang (rumah , kereta dan lain-lain).
    ° Perbelanjaan/ubahsuai rumah bagi keperluan pekerjaan (WFH) dan norma baharu.
    ° Menampung kos pendidikan/pembelajaran anak-anak.
    ° Menambah simpanan/dana kecemasan.
    ° Membuat pelaburan (saham, emas dan lain-lain).
    ° Membiayai kos melakukan kerja harian/pernagaan kecil-kecilan.
    ° Membantu ahli keluarga yang terjejas kewangan.
    ° Membeli hadiah untuk pasangan, ibu bapa atau orang tersayang.
    ° Perbelanjaan bukan keperluan asas.
    ° Hal-hal lain.
    • Lalu, tekan butang Teruskan.
  11. Seterusnya, Anda kini berada di Bahagian 3: Pengesahan Permohonan
    • Sila semak Maklumat Pemohon.
    • Sila semak Jadual Bayaran.
    Tick di ruangan Saya dengan ini mengesahkan.
    Tick di ruangan Saya bukan robot.
    • Lalu, tekan butang Hantar.
  12. Anda kini berada di Bahagian 4: Selesai.
  13. Tahniah! Jika semuanya berjalan lancar, permohonan i-Citra Anda kini sudah selesai.

Baca juga: Cara Mohon i-Citra KWSP.

C. Buat Semakan Kelulusan i-Citra di www.kwsp.gov.my

Berikut adalah langkah-langkah untuk buat semakan i-Citra melalui portal i-Citra:

  1. Sila Anda layari portal rasmi i-Citra di https://icitra.kwsp.gov.my
  2. Kemudian, klik Semak Status Permohonan.
  3. Lalu, masukkan Nombor MyKad/MyPR.
  4. Sila Anda abaikan Nombor Pasport/MyKAS kerana ini adalah untuk semakan pencarum yang berstatus Bukan Warganegara.
  5. Setelah itu, sila Anda pilih Kod Nombor Telefon Bimbit yang tersenarai:
    • 010
    • 011
    • 012
    • 013
    • 014
    • 015
    • 016
    • 017
    • 018
    • 019
  6. Kemudian, masukkan Nombor Telefon Bimbit Anda yang betul dan masih aktif semasa pendaftaran tempohari.
  7. Tick Saya bukan robot.
  8. Kemudian, tekan butang Semak Status.
  9. Sila Anda semak status kelulusan Anda seperti yang terpapar.
  10. Sekiranya berjaya, Anda akan melihat paparan Status Permohonan dan dibawah tulisan tersebut, terpapar Nama Anda.
  11. Selanjutnya, di bawah nama Anda, akan ada butang warna hijau Permohonan Anda Telah Diluluskan.
  12. Maklumat mengenai pembayaran juga akan dipaparkan.
  13. Contohnya: Pembayaran bulan pertama ke dalam akaun bank Anda akan dibuat sebelum 31 Ogos 2021.
  14. Tahniah! Semakan kelulusan i-Citra anda selesai.

Sekiranya Anda membuat semakan i-Citra dan mendapat status gagal, jangan sedih. Anda boleh menghubungi KWSP untuk mendapatkan rayuan atau maklumat lanjut.

D. Check Status Pembayaran i-Citra di i-Akaun KWSP

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk menyemak pembayaran i-Citra melalui i-Akaun:

  1. Sila Anda layari portal rasmi i-Akaun KWSP di https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Kemudian, masukkan User ID.
  3. Lalu, masukkan Password.
  4. Setelah itu, tekan butang Login.
  5. Seterusnya, sila Anda pergi ke menu bahagian atas.
  6. Kemudian, klik Withdrawal.
  7. Sila lihat di sebelah kiri skrin.
  8. Kemudian, klik e-Pengeluaran.
  9. Seterusnya, Anda akan dapat lihat paparan senarai pengeluaran.
  10. Lihat maklumat berikut:
    Withdrawal Type: i-Citra.
    Status: Approved.
    Submission Date: Tarikh Anda hantar permohonan.
    Updated Date: Tarikh KWSP kemaskini status bayaran.
  11. Jika Anda dapat status Approved dengan Updated Date yang terkini, sila Anda check baki akaun bank Anda samada bertambah atau tidak.

E. Semakan Pembayaran Duit i-Citra Masuk dalam Akaun Bank

Jika Anda telah mendapat status Lulus, jangan terlalu gembira. Tunggu KWSP masukkan wang ke dalam akaun bank Anda. Ini adalah kerana walaupun Anda berhati-hati untuk mengisi maklumat bank sementara Anda, Anda mungkin akan melakukan perkara berikut:

  • Tersalah isi nombor akaun.
  • Memasukkan bank dan nombor akaun orang lain.
  • Memasukkan nombor akaun bank yang tidak aktif lagi.

Jika perkara ini berlaku, Anda mungkin menghadapi masalah menerima wang i-Citra.

Sekiranya semuanya berjalan lancar, berikut ialah panduan untuk menyemak baki akaun bank seperti:

  • Maybank
  • BSN
  • Bank Islam
  • RHB
  • Ambank
  • Agrobank
  • Hong Leong Bank
  • Affin Bank
  • Bank Rakyat
Laman web Rasmi KWSP
Laman web Rasmi KWSP

Ibu Pejabat Dan Cawangan KWSP di Malaysia

Berikut adalah senarai ibu pejabat dan alamat kawasan KWSP Malaysia.

  1. Alamat Ibu Pejabat, Wilayah Persekutuan, SelangorIbu Pejabat dan Cawangan KWSP
  2. Alamat Pejabat Wilayah Melaka, Johor, PerakIbu Pejabat dan Cawangan KWSP 2
  3. Alamat Pejabat Wilayah Pulai Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan, TerengganuIbu Pejabat dan Cawangan KWSP 3
  4. Alamat Pejabat Wilayah Pahang, Negeri Sembilan, SarawakIbu Pejabat dan Cawangan KWSP 4
  5. Alamat Pejabat Wilayah Sabah, Institut KWSPIbu Pejabat dan Cawangan KWSP 5

FAQ’s

Berikut adalah contoh beberapa soalan lazim yang biasanya timbul berkenaan i-Citra.

1. Saya memasukkan jumlah pengeluaran yang salah. Bolehkah saya menukar bilangan i-Citra?

Jawab: Sebagai contoh, Anda layak untuk mengeluarkan RM5,000, tetapi tersilap masukkan hanya RM3,000. Jika Anda ingin menukar semula jumlah tersebut, ini tidak dibenarkan. Tidak boleh mengemas kini i-Citra. Permohonan semula juga adalah tidak dibenarkan.

2. Saya tak perlukan duit i-Citra lagi. Bolehkah saya membatalkannya?

Jawab: Sekiranya Anda telah menerima status lulus permohonan i-Citra dan akan menerima bayaran i-Citra, tetapi ingin mengubah keputusan Anda pada saat-saat akhir, Anda dibenarkan berbuat demikian. Anda boleh terus menghubungi KWSP untuk proses pembatalan permohonan i-Citra.

Itulah tadi maklumat mengenai portal rasmi i-Citra di icitra.kwsp.gov.my, bisa login i-Citra dan buat permohonan KWSP.